Friday, 14 December 2018

UMRAH OH UMRAH(Mekah 16/11/2018).

Hari ini merupakan hari kedua terakhir di Bumi Mekah.Walaupun aku tidak  bagitu lama disini tapi aku cuba melakukan ibadah sebaik mungkin. Walaupun sedih tapi aku berdoa agar aku dapat lagi menjejakkan kaki ke sini.Insyaallah.Pagi ini aku dan adik kesayangan saja yang solat subuh di Masjid  kerana buah hati demam.Disebabkan hari jumaat kelihatan jemaah yang datang ke Masjidil Haram ini bagitu ramai. Seperti biasa kami menuju ke tempat yang agak selesa untuk solat.Ketika aku sedang membaca Al,quran(ari  Ini tak guna i pad untuk mengaji),Apabila dibuka alquran terdapat cop dihadapannya dan tertera nama -nama  individu dicatatkan dibelakang untuk diwakafkan. Pencuci wanita menyuruh kami kebelakang sebentar,ketika itu seorang warga emas dari Pakistan duduk disebelah,agak sukarnya bangun,pencuci itu agak kasar menyuruhnya bangun,aku terus memegangnya dan mengalihkanya sehingga pencuci itu siap membersihkan tempat itu.Setelah selesai solat subuh serta solat jenazah,aku menghulurkan sejadah ku itu kepada warga emas yang duduk disebelah ku.Ia bagitu terharu apabila aku memberikan kepadanya.

Dari masjid kami berdua terus ke Safwa Towers,menjamu mata sambil membeli barang barang,tak ketinggalan ke Malaysia Restoran untuk sarapan pagi,tapi bila lihat disebelah restoran itu terdapat maggi teringin pula ,terus order.

Dari situ kami terus ke kedai  berhampiran dengan kedai aiskrim,   dimana dikedai ini menawarkan makanan percuma kepada jemaah.  Bagi sesiapa yang ingin bersedekah bolehlah berjumpa dengan pihak pengurusan yang berada dihadapan kedai berkemeja putih.Kelihatan yang berstatus panjang untuk mengambil makanan terdiri daripada warga India dan Pakistan.Kami mengambil keberkatan hari jumaat menghulurkan sedekah yang termampu.Sedekah juga boleh dipelbagaikan caranya terpulang kepada keikhlasan kita.

Kembali ke hotel dengan memastikan buah hati makan ubat serta pastikan kesihatan makin baik.Kami turun semula ke masjid,seperti biasa aku akan melalui pintu elektrik  yang kami panggilan 'Ahmad'.Ia menutup dengan bunyi yang kuat,rupa rupanya ia memberitahu aku yang aku tidak dapat masuk ke Masjid.Bila aku ke masjidil Haram segala pintu sudah ditutup laluannya.Kami berdua terpaksa solat di dataran.Hari ini dapat dilihat dari segala sudut menjadi tempat jemaah solat.Ada yang solat bersejarah dan ada tanpanya.Hanya satu matlamat.

Sebelum kami berdua kembali ke hotel,teringin pula nak makan aiskrim.Singgah sebentar di gerai aiskrim serta membeli pizza dijadikan makan tengah hari.

Kami berdua solat maghrib dimasjid kelihatan jemaah semakin ramai terdiri dari bangsa Arab.Kelihatan ramai yang berjubah hitam dan berpurdah.Kami kembali ke hotel,kali ini kami mengenakan jubah hitam dan berpurdah,disebabkan semasa kami di Madinah ketika itu malam jumaat bagitu ramai mereka ini,dan mereka bagitu senang memasuki Raudhah.Sebelum isyak kami kembali ke Masjidil Haram,kali ini buah hati ikut serta maklumlah malam terakhir solat isyak diMasjid ini.Kami cuba ke roof top tapi laluan telah ditutup.Disebabkan kami berpurdah petugas Masjidil Haram menunjukkan laltuan yang lain.A.khirnya sampai juga hajat kami solat di roof top.Setelah solat ,kami mengambil kesempatan dengan menyambung baca alquran.Tempat ini sungguh menyenangkan walaupun terdapat ramai jemaah.

Kami mengambil gambar dipersekitaran Masjidil Haram dari atas.Dapat disaksikan bagitu ramai orang melakukan tawaf serta solat di Multazam dan juga di Hijir Ismail.

Kembali ke hotel untuk mengemaskan pakaian kerana esoknya kami akan pulang ke Malaysia.

Menyambung bacaan dengan menggunakan alquran yang terdapat disini  Selalunya aku menggunakan i pad.Al-quran dibaca ketika hari terakhir di Masjidil Haram
Di bahagian hadapan dicop, dan tertera nama nama individu dimana alquran yang diwakafkan.
Sejadah yang aku sedekah kepada seorang warga  emas Pakistan
Selalunya Malaysian Restoran ini tempat persinggahan kami bertiga untuk menikmati teh ais atau pun nescafe tarik.
 
Menikmati  maggi disebelah Malaysia Restoran kerana dah rindu dengan makanan ringan ini.

Disinilah terdapat tempat individu yang ingin menghulur sedekah melalui pengurusannya disitu.
Bila melihat Kaabah(Baitullah)
Allahu akbar,Allahu akbar,Allahu akbar,La ilahaillallahu wahdahu la  syarika lahu,lahul mulku wa lahul hamdu  wahuwa ala kulli syai in qadir.

Allah Maha Besar,Allah Maha Besar,Tiada tuhan melainkan Engkau,tiada sekutu-Nya.Bagi-Nya segala kebesaran dan segala pujian dan Dialah yang Maha Berkuasa keatas segalanya.

 

Kesempatan solat di roof top di Masjidil Haram.Tenang dan lapang tempatnya.
Suasana di roof top 

Di Masjidil Haram  Kami mengambil kesempatan untuk solat jenazah.Kerana hampir setiap waktu ada jenazah untuk disolatkan.Di sini imamnya tidak membaca doa selepas tabir keempat,mereka terus memberi salam selepas takbir keempat.

Rukun solat jenazah 7 perkara
Pertama:  niat.                                                                        
Kedua:   berdiri betul                                                             
Ketiga: Empat kali takbir termasuk takbiratulihram.      
Keempat: Membaca Fatihah selepas takbir pertama.   
Kelima: Selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir kedua
Keenam: Doa khusus bagi mayat sesudah takbir ketiga
Ketujuh: Memberi salam selepas takbir keempat.          

Niat: Sengaja aku solat keatas mayat yang disifatkan oleh imam ini,empat takbir fardu kifayah ma'umum kerna Allah Taala.

Gambaran dari roof top .

No comments:

Post a Comment