Sunday, 16 December 2018

UMRAH OH UMRAH(07/11/2018 -18/11/2018)

PENUTUP.

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya maka UMRAH OH UMRAH dari 7/11/2018 -18/11/2018 dapat disiapkan secara ringkas walaupun mungkin terdapat kelemahan dan kekurangan dari bahasanya.
Dari  pengalaman yang lepas bila ke tanah suci perlu disiapkan dari segi mental, fizikal dan spiritual .Memang nampak mudah tetapi bila kita berada di tanah suci baru kita tahu semuanya bukanlah mudah.Perlu berjalan lebih daripada 10,000 tapak untuk mengerjakan tawaf dan saie.Bila ditetapkan tarikh ,saya serta adik kesayangan   melakukan jogging untuk bertenaga bila umrah nanti.

Ilmu perlu ada untuk kesana,dengan menghadiri majlis ilmu yang disediakan oleh travel agensi dan mempelajari dengan guru yang bertauliah.Bagi saya perbanyakkan pengetahuan tentang Mekah dan Madinah.Jadi ketika berada dilokasi,dapat merasai bagaimana perjuangan  Nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabatnya memperjuangan dan menegakkan islam.

Dari segi emosi juga perlu dijaga umpamanya bila berada diRaudhah,  disana bila memasuki ke dalam Raudhah terjadi tolak menolak menyukarkan kita solat atau berdoa.Emosi perlu dijaga dengan bertenang dan berdoa agar  dipermudahkan.

Mempelajari lebih mendalam solat solat  sunat seperti solat jenazah kerana di tanah suci boleh dikatakan setiap waktu ada solat jenazah.

Mempelajari doa doa yang perlu dibaca,faham dan hafal tatacara berdoa agar doa dimakbulkan.Gunakan sebaik mungkin masa dengan membaca alquran.

Semasa saya disana,satu kejadian telah terjadi dimana cermin mata saya hilang didalam tandas ketika mengambil wuduk di masjid Syaidina Aisyah di Tana'im untuk melakukan umrah sunat.Walaupun dimana saya pergi ,saya sentiasa mendahului dengan doa.Tapi mungkin ini ujian dari Allah untuk saya.Mutawwif bertanya kepada saya boleh ke saya membaca buku panduan haji dan umrah tanpa cermin mata.Saya menjawab "boleh kot dengan izin Allah."

Saya berdoa dengan doa musibah.

Innaa lilaahi wa innaa ilaihi rooji'un.Allaahumma jurnii fii mushiibati wa akhliflii  khoiron minhaa.

Sesungguhnya kami adalah  milik Allah dan sesungguhnya hanya kepadanya kami mohon. Ya Allah,berilah aku pahala lantaran musibah yang menimpa aku ini dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya. 

Dengan izin Allah saya dapat membaca doa ,mata saya bagitu terang dan jelas apabila saya membaca buku panduan haji dan umrah semasa tawaf dan saie.Bersyukur sangat -sangat,Allah tunjukkan kebesaran kepada saya.

Semasa disana selama 12 hari rasanya masa bagitu singkat. Kembali ke Malaysia dengan rindu melihat orang setiap waktu memenuhi masjid sama ada di Masjid Nabawi  atau Masjidil Haram.Rindu akan bauan masjid dan rindu untuk melakukan tawaf dan saie,rindu ke taman syurga(Raudhah),Rindu menziarahi mu Ya Rasulullah.Rindu seronoknya.Insya allah semuga dapat menjejakkan kaki ku kesana  lagi dengan izin Mu Ya Allah.

Semuga segala ibadah umrah ku diterima.Ya Allah,Semuga segala doa kami dimakbulkan sepanjan berada disana.

Keinginan kesana memang terasa,ini disebabkan banyak lagi tempat tempat bersejarah yang belum kami kunjungi.


Terima kasih kepada adik kesayangannya kerana membiayai umrah aku dan buah hati.
Insan yang sentiasa bersama disana susah dan senang didalam melaksanakan umrah.
Terima kasih kepada adik ipar Che Wan Aziz kerana kesudian menjadi mahram kepada buah hati serta Puan Rohani kerna menjadi teman kami disana.
Terima kasih kepada Mutawwif 
Tuan Haji Syed Mohd Asyraf bin Syed Hamid.
Tuan Haji Ahmad Huzairi bin Mohd Noor
Tuan Haji Syed Naqib bin Syed Othman
Tuan Haji Abdul Shaarani bin Tuan Mat
Tuan Haji Mohd Ridwan bin Mohd Yunus
Tuan Haji  Ahmad Rizal
Ustaz Syed Mohammad Safuan bin Syed Hashim

Semasa disana ,saya dapati tugas Mutawwif bukanlah mudah.Sampai disana sama ada di Madinah  atau Mekah  ,tidak terdapat masalah dengan tempat menginap dan makan minum .Melayan  kerenah jemaah selain tugas utama memberi penerangan ziarah dalam dan luar. Kadangkala terpaksa  mencari jemaah yang hilang dan lain lain tugas, juga kepada semua petugas Wira Saujana yang terlibat secara  langsung atau pun tidak langsung.Sesungguhnya kalian telah menjalankan tugas dengan baik sekali.
Terima kasih kepada ustazah yang bagitu tekun melayani kerenah jemaah ketika berada di Raudhah.
Terima kasih kepada kesemua jemaah yang bagitu sporting.

Terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Ridwan Jamaludin dan Encik Wan Mustaqim yang menyampai taklimat yang terang jelas diatas perjalanan umrah.Dan menyambut kami pulang dari umrah.

Terima kasih kepada orang kuat Wira Saujana diatas pertolongan mengurus segala urusan mahram dan penginapan kami disana.

1 comment:

  1. Semoga kita dapat ke sana lagi.In sya allah. Banyak lagi ziarah dalam dan luar yang belum kita terokai serta tanamkan azam untuk mempertingkatkan lebih lagi amalan di kedua masjid tersebut.

    ReplyDelete