Thursday, 6 December 2018

UMRAH OH UMRAH(10/11/2018)

Sesi malam.


Setelah solat zohor diMasjid Nabawi,Hati terasa sayu kerana ini solat terakhir kerana kami akan ke Mekah.Sebelum keluar masjid sempat aku berdoa agar aku dapat datang lagi kesini ,kami bergegas pulang ke hotel,makan tengah hari dengan  nasi arab.Balik ke bilik melakukan mandi sunat ihram.

Kami turun ke lobi,kelihatan jemaah lelaki sudah bersiap dengan pakaian ihram.Kami menaiki bas menuju ke Bir Ali(Zulhulaifah)iaitu miqat(batas antara tanah suci dan tanah haram).Semua  jemaah tidak boleh memasuki ke tanah suci sebelum berihram dimiqat ini sekiranya dari Madinah.Dinamakan Bir Ali kerana Saidina Ali bin Abu Talib(paling banyak menggali seumur). Masjid ini dibangunkan dilokasi  berlangsungnya  Rasulullah saw dibawah pohon Acasia ketika menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Kami bergegas ke dewan solat wanita dengan mengerjakan solat  tahiyatul masjid serta solat sunat ihram serta berniat ihram,maka kami hendaklah menjaga pantang larang ihram.Didalam bas mutawif menerangkan tentang ihram serta pantang larang.Kepada wanita dingatkan tentang kedatangan haid hendaklah berdoa" Sahaja aku mengerjakan umrah dan ihram aku dengannya dan sekiranya aku datang haid atau lain lain sebab,maka halallah aku dengannya.(dalam keadaan suci tanpa haid)Ini .Ini adalah niat bersyarat.Niat taqlid masa(dalam keadaan haid)"Sahaja aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala,dan sekiranya haid aku berterusan sehingga hari pulangkan,maka jadi halallah aku.

Diiringi dengan bertalbiah bergema suara didalam bas berserta dengan doa.Kami bertiga  berzikir dan beristighfar sepanjang jalan hingga kami singgah disatu perhentian untuk menunaikan solat.

Sampai di Mekah,aku terus berdoa

"Ya Allah,jadikan udara Mekah ini penawar bagiku.Ya Allah,kami menuju ke rumahMu kerana ingin melakukan ibadat semata-mata keranaMu.Ya Allah,berikanlah aku kekuatan fizikal dan mental sepanjang berada dirumah Mu.Ya Allah, Ya Tuhan,perkenankanlah.

Sampai di Mekah kami berlima menginap Millennium Towers @ Hilton. Ada jemaah yang menginap di Nada Daefah .Berjumpa kembali jemaah yang lain di pintu King Abdul Aziz untuk melakukan ibadat umrah iaitu tawaf dan saie.Kami menuju kedalam dengan diketuai Ustaz Shah. Beliau memaklumkan kepada kami semasa tawaf,jangan terlalu bergantung kepada buku panduan, bacalah apa yang kita tahu.Kami bertiga membaca

             1)Tawaf pusingan l :     Subhanallah

              2)Tawaf pusingan ll :   Alhamdulillah

              3)Tawaf pusingan ll :  La ila ha ila Allah

              4)Tawaf  pusingan lV:  Allah hu akbar

              5)Tawaf  pusingan V:  Astagfiruallah hal azim

              6) Tawaf pusingan  Vl :  Selawat Nabi

               7)Tawaf pusingan Vll : Ya Allah.

Kelihatan sesekali kelihatan beliau memegang  bag kecil  dan mengangkat tangan kanannya keatas sebagai panduan jemaah dibelakang.Setelah siap tawaf kami dibawa oleh Ustaz Shah ke Multazam.Disana kami solat sunat tawaf dan berdoa. ustaz memberi memberi masa untuk  kami memanjatkan doa.Sebelum mengerjakan saie kami minum air zam zam yang terdapat dikawasan masjid itu.Kami mengerjakan saie dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh pusingan.Bila tiba ditempat lampu hijau bagi lelaki disunatkan berlari-lari anak dan berdoa .

Wahai Tuhan ampuni kami, rahmatilah, maafkan kami, kurniakanlah kami dengan kemurahan dan sampailah segala apa yang Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkau lah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.

Kami bertiga  berjaya mengerjakan saie walaupun adik kesayangan berhenti seketika untuk makan ubat kerana kurang sihat.Sebelum bertahalul,semasa berada di Bukit Marwah,bagi mengakhiri saie ,aku terus berdoa, "Ya Allah,kami memohon agar diterima doa kami,maafkan dan ampuni kami,berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan    bersyukur kepada Engkau.Janganlah membiarkan kami bergantung kepada yang lain selain Engkau.Matikanlah kami didalam keadaan iman dan Islam yang sempurna,sedang Engkau reda kepada kami Ya Allah ya Tuhan,peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkara yang tidak berfaedah dan kurniakanlah kepadaku seelok pandangan pada perkara yang menyebabkan keredhaan Engkau kepadaku wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan.

Dengan berdoa sambil memegang rambut  menggunting sedikit iaitu secebis  paling kurang ,3 helai untuk tahallul serta berdoa.Tahallul ialah bergunting /bercukur setelah sempurna saie.Minimum adalah sebanyak 3 helai rambut dan disunatkan lelaki bercukur habis (membotakkan kepala) maka terlepaslah pantang larang ihram.

Sesi bergambar setelah semua jemaah selamat mengerjakan saie.Kami dibawa keluar dan sempat mutawif menunjukkan kesatu arah rumah kelahiran Nabi yang kini dijadikan perpustakaan.Menyedut udara Mekah seketika diwaktu tengah malam.Jemaah keletihan dan kami meminta izin untuk balik ke hotel.



Hotel Prove Al-Madinah,hotel yang kami menginap di Madinah.
Kesempatan bergambar dengan adik ipar dan isterinya sebelum berlepas ke Mekah.
Kelihatan bandar Madinah ini bersih serta hotelnya yang tersergam indah.
Hotel millennium Towers dimana menempatkan kami menginap disitu.
Buah hati bagitu khusyuk bila aku membacakan doa.
Laluan saie ketika tengah malam.
Kesempatan berfoto aku,adik kesayangan,buah hati dan adik ipar berehat sementara menunggu jemaah lain sedang melakukan saie
Bergambar beramai ramai setelah jemaah selesai umrah wajib.

No comments:

Post a Comment