Saturday, 1 December 2018

UMRAH Oh UMRAH

Setelah solat subuh aku memastikan segala keperluan yang dibawa tidak ada yang tertinggal.Semasa menunggu anakku sampai untuk menghantar kami ke Klia,sempat aku solat sunat dhuha,diiringi dengan solat sunat musafir.Aku berdoa" Engkaulah sahabat dalam musafir dan tempat kami menyerahkan keluarga.Ya Allah Ya Tuhan, aku mohon perlindungan Mu dari kesusahan dalam perjalanan, pemandangan yang buruk dan kesusahan yang buruk pada harta ahli dan anak.

Anakku datang menjemput kami dalam pukul 9.30 pagi. Meninggalkan rumah dengan doa agar segala ibadat kami dipermudahkan.Kami sampai diKlia pukul 11 pagi terus check in dengan disambut oleh pegawai yang bertugas dari travel agensi dari Wira Saujana.

Kami berkesempatan minum pagi bersama sama dengan keluarga sebelum taklimat.Jemaah berkumpul taklimat  diadakan  di booth tabung haji dengan penyerahan passport,tagging bag serta tag nama(perlu dipakai sebagai pengenalan diri menggantikan kad pengenalan) sebagai  tempoh menjadi tetamu Allah serta penerangan mengenai pergerakan kami disana.Penerbangan SaudiaArabia iaitu SV829 KUl-MED,waktu 1500-2035.Jemaah kesempatan solat tamam disebabkan penerbangan kami pukul 3 ptg.

Bila saja kaki ini menuju ke kapal terbang tiba- tiba rasa sayu kerana suatu ketika dahulu aku pergi ke tanah suci bersama arwah suami ,kini bersama adik kesayangan,buah hati serta adik ipar serta isterinya.Doa di baca ketika hendak menaiki kapal terbang. "Dengan nama Allah semasa berangkat dan semasa tiba,sesungguhnya  Allah itu Maha pengampun lagi penyayang.

Semasa penerbangan ,tasbih dibaca 7kali."Segala pujian bagi Allah yang memberikan petunjuk jalan ini dan kami tidak akan mendapat petunjuk ini tanpa petunjukMu.Ya Allah,Engkaulah yang telah memberikan nikmat penerbangan ini dan hanya kepadaMu,tempat kami memohon segala perkara.

Semasa didalam penerbangan hidangan makanan bagitu enak sekali.Dapat melihat gelagat jemaah ada yang berzikir,ada yang ambil kesempatan tidur.Penerbangan mengambil masa 8 jam ,berhenti seketika di Riyadh menurunkan penumpang.Tiba di lapangan terbang Madinah pada pukul 8malam (waktu Arab Saudi).Setiba disana disambut oleh pegawai travel agensi iaitu Tuan Shaharan Tuan Mat dan kami dibawa ke Hotel Rove Al-Madinah dengan menaiki bas.Sepanjang perjalanan ke hotel beliau bagitu panjang lebar menceritakan tentang Madinah.

Tiba je dibumi Madinah aku  terus berdoa."Ya Allah ,jadikanlah udara Madinah ini penawar bagiku.Ya Allah ,Ya Tuhan kami,kami mahu ke rumahMu kerana ingin melakukan ibadat semata mata keranaMu. Pemudahkanlah segala urusan kami.

 Ya Allah.Berikan kami ruang ibadat yang terbaik dan biarlah tempatnya aman tenteram agar kami sentiasa khusyuk ketika beribadat kepadaMu.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan fizikal dan mental sepanjang kami berada rumahMu.Wahai Tuhan, kami datang ke sini semata mata keranaMu Ya Allah,wahai Tuhan,perkenankanlah.

Di hotel kami terus dibawa ke ruang makan untuk makan malam dan seterusnya penyampai kunci bilik.Setelah selesai makan terus naik ke bilik berehat keletihan.Besok tak sabar rasa untuk pergi solat subuh di Masjid Nabawi.



Bergambar seketika sebelum check in
Taklimat yang disampaikan oleh pegawai travel agensi
Kelihatan jemaah bagitu khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan.

Ketika tiba diKlia
Kesempatan berfoto dengan keluarga




Sepanjang berada di Madinah kami menginap di hotel Rove Al- Madinah.

No comments:

Post a Comment