Seperti biasa subuh kami ke Masjid Nabawi.Bersyukur pada ilahi masih lagi bernafas.Berdoa," Ya Allah,jadikalah udara di Madinah ini penawar bagiku.Ya Allah ,aku manusia lemah,Ya Allah aku kini sedang menunaikan umrah,semata-mata keranaMu.Ya Allah,berilah kekuatan kepadaku,janganlah aku lemah,tiada terdaya dan sukar untuk beramal ibadat semasa disini.
Seperti biasa dimasjid berpusu-pusu orang yang masuk kedalamnya. Aku,adik kesayangan serta buah hati setia dengan pintu 25 -kerana ianya dekat dengan hotel yang kami menginap.Kedengaran syahdu bila azan berkumandang.Kami bertiga akan mencari sudut yang selesai untuk solat kerana selalunya terdapat jemaah yang bagitu kurang sopan melangkah orang ketika solat.Kami ruang masa sedikit dengan berzikir,mengaji dan berdoa.Semasa keluar masjid aku mengambil kesempatan menghulurkan sedekah dengan wang pemberian semasa majlis kenduri tempoh hari kepada yang memerlukan.
Setelah kembali ke hotel,pasti ke ruang makan.Juadah untuk sarapan pagi disini menepati selera aku.Air yang aku suka adalah mango juice yang pekat.
Hari ini bebas tiada agenda,kami mengambil kesempatan berjalan-jalan sambil mencuci mata.Membeli pakaian untuk keluarga serta pasti jubah untuk diri sendiri.Setelah penat berjalan-jalan singgah sebentar dikedai menjamu selera dengan nasi Arab.Sedap.Cara hidangannya tidak seperti di Malaysia dengan menggunakan pinggan mangkuk yang cantik.
Selepas solat asar adik ipar dan isterinya mengajak kami membeli belah .Banyak juga yang dibelinya.Kelihatan bermacam-macam jenis tasbih terdapat dikedai,ada yang murah ada yang mahal seperti tasbih dari kayu koka.Sempat juga kami singgah dikedai minyak wangi.Wah baunya sungguh wangi.Adik kesayangan membeli beberapa botol minyak wangi.
Kesempatan diambil oleh kami bersiar-siar dimalam hari melihat suasana dibandar Madinah.Kelihatan ada yang tawar menawar didalam membeli barang.Ada yang berehat diperkarangan masjid dengan anak anak berlari-lari dibawah payung raksasa yang dapat mengembang dan menguncup.Yang seronoknya bila azan berkumandang kelihatan berduyun-duyun orang menuju ke Masjid.
Sebelum pulang ke hotel masih sempat lagi kami membeli makanan ringan untuk dibawa pulang ke hotel.
Sebelum tidur selain membaca tiga qul, ayat kursi aku juga membaca doa ini.
"Wahai zat yang diriku dalam genggaman Mu.Jadikan lidah dan hatiku sentiasa berzikir memuji kekuasaanMu,keesaanMU dan kasih sayangMu. Biar bangkitku dari tidur dalam keadaan menyebut namaMu. Dan biar lelapku bersama namaMu wahai Tuhanku yang satu.
No comments:
Post a Comment