Wednesday, 12 December 2018

UMRAH OH UMRAH(Mekah 15/11/2018)

DiMekah pagi ini agak sejuk,di dataran terasa hujan renyai-renyai. Kelihatan petugas mencuci  bagitu sibok membersihkan lantai sementara kelihatan kenderaan khas mengeringkankan lantai  berbaris datang kesatu satu kawasan mengeringan lantai.Bagitu cekap mereka menjalankan tugas mereka.Terus memasukkan karangan masjid dengan berdoa.Kelihatan bagitu ramai walaupun belum masuk waktu subuh.Kami menuju ke ruang untuk muslimah, kelihatan pencuci wanita bagitu sibok dengan vacuum cleaner membersihkan ruang solat ini.

Kami bergegas balik ke hotel dari masjid kerana Mutawwif akan menjemput kami untuk ke ziarah luar.  Sementara menunggu Mutawwif sampai sempat jugalah aku melihat persekitaran hotel itu.Di hotel Nada Daefah aku masih lagi berpeluang mengambil gambar didepan hotel .

Bas menuju ke Ta'if .Didalam bas Mutawwif memberi sedikit penerangan mengenai Ta'if.Ta'if merupakan salah sebuah daerah yang sangat subur di Arab Saudi,dimana disinilah pelbagai tumbuhan dan buah-buahan segar.Ta'if terletak kira kira 80 km ditengggara Mekah dan berada pada sekitar 1,800 meter dari aras laut di banjaran Sarawat, khususnya di lembah Asin dan al Nada.Taif juga dikenali dengan tempat memproses bunga Ros .Dikatakan 10,000 kuntum bunga Ros digunakan untuk menghasilkan cairan pewangi yang berkualiti tinggi.Sebelum kesana kami telah dimaklumkan oleh travel agensi bahawa untuk ke Ta'if dikenakan bayaran SR 150 seorang merangkumi lawatan,makan minum kerana ke Ta'if perjalanan sehari suntuk.

Sampai ke Ta'if kami dibawa ke Masjid Abdullah Ibnu Abbas.Menurut cerita kenapa masjid itu dinamakan Abdullah Ibnu Abbas.Mengikut sejarah Abdullah bin Abbas telah menjadi pembantu Rasullulah sejak kecil lagi dan sentiasa mengikut kemana saja Baginda pergi. Menjadikan ia mendapat ilmu terus dari Nabi.

Setelah kewafatan Rasullulah beliau terus mencari ilmu dari sahabat sahabat Rasullulah.Beliau merupakan orang yang amat cerdik dan telah meriwayatkan lebih kurang 1600 hadis.Hadis yang dikumpulkan beliau datangnya secara terus dari Rasulullah dan juga dari sahabat-sahabat Rasulullah.

Beliau berhijrah ke bumi Ta if untuk mendidik masyarakat Ta if dan beliau dapat mengislamkan bumi Ta if hinggalah kewafatannya.

Perjalanan diteruskan melewati  masjid Addas.Teringat akan  rujukan aku sebelum keTa'if.Sedikit perkongsian tentang Addas .Addas beragama Nasrani berasal dari Iraq.ketika Rasululah  berhenti penat dikebun anggur dalam perjalanan ke Ta if.Rasulullah berteduh dimana dakwahnya tidak diterima.Addas memberi anggur kepada Baginda. Ketika hendak makan,Rasullulah membaca Bismillah sehingga menyebabkan Addas terkejut kerana tidak pernah mendengar ucapan itu,lantas bertanya agama Rasulullah.Sejurus Rasulullah mengatakan islam,Addas merangkul dan mencium tangan baginda dan seterusnya memeluk islam.Addas adalah orang pertama di Ta if yang memeluk islam. 

Dari situ terus melewati masjid Kuk.Diceritakan masjid ini sangat bersejarah ,kerana pertama kalinya baginda berkunjung ke Ta if beliau melakukan solat dimasjid ini,namun sambutan penduduk Ta if kurang baik,mereka melemparkan batu kepad a Rasullulah.Pada saat masyarakat Ta if melempar Rasulullah dengan batu,turunlah malaikat penjaga gunung Ta if meminta izin untuk membaling gunung Ta if kepada masyarakat yang melemparkan batu itu,tapi baginda tidak mengizinkan,sehingga batu itu tergantung sampai hari ini.

Kami dibawa oleh Mutawwif ke kilang minyak wangi.Kilang ini menjadi pilihan bagi lawatan yang dianjurkan oleh agensi umrah.Sampai tempat itu hujan mulai turun.kedinginan mula terasa.Mutawif menghidangkan kami dengan teh perisa Ros.Tayangan video disediakan cara penghasilan minyak ros adalah kaedah penyulingan air kelopak bunga Ros dari jenis 'damascene atau damaskus.Terdapat jualan disitu seperti minyak wangi,eau de colonge/body palace,sabun dll.Juru jual juga menerangkan cara pemakaian minyak wangi bertahan lama cukup sekadar sapu sedikit dinadi atau dibelakang telinga.

Dari situ kami dibawa ke restoran nasi Arab.Disitu jemaah boleh memilih cara makan bermeja atau bersimpuh di lantai.Kami bertiga memilih di lantai.Cara hidangan makanan dilonggokkan nasi dengan ayam ,kambing diatas plastik dan makan beramai.Sungguh enak rasanya.

Dari restoran itu bas bergerak menuju ke pasar buah.Kedinginan kian terasa,kelihatan kabus tebal serta jarak penglihatan kabur.Difahamkan suhu 18 celcius.Terdapat pelbagai buahan segar seperti anggur,buah delima ,mangga dan bermacam macam lagi.Hari kian petang,bas bergerak balik,singgah di Masjid Qarn Manazil.Miqat bagi yang diTa'if. Kali ini kami bertiga tidak buat umrah sunat.

Selepas insya kami kembali semula ke Nada Daefah kerana ada  bacaan yasin serta taklimat.Bacaan yasin diketuai oleh Ustaz Asyraf serta beliau menyampai taklimat tentang keberangkatan pulang jemaah ke Malaysia.Rasa sedih pula untuk meninggalkan tanah suci.Melihat sepuas-puasnya keadaan di Masjidil Haram dalam perjalanan pulang ke hotel.

kelihatan petugas pencuci wanita bagitu sibok membersihkan diruang solat wanita.
Panorama di lobi di Millennium Towers
Berswafoto di lobi hotel sementara menunggu Mutawwif datang menjemput kami keziarah luar.
Mutawwif ustaz Ridwan  memberi penerangan tentang tempat tempat bersejarah yang akan dikunjungi.
Pemandangan di Ta'if
Gambar pintu gerbang Masjid Abdullah Ibnu Abbas
Kesempatan bergambar dihadapan Masjid Abdullah Ibnu Abbas.
bergambar dengan Mutawwif dihadapan Masjid Abdullah Ibnu Abbas sementara menunggu jemaah lain
permaidani diruang solat didalam masjid Abdullah Ibnu Abbas.

Sebelum keluar dimana- mana masjid aku lawati akan berdoa

"Ya,Allah,Ya,Tuhan kami,perkenalkanlah doa kami,berikanlah aku afiat kepada kami,ampunkanlah segala dosa-dosa dan kesalahan kami,sempurnakan ajal kami didalam islam.Hidupkanlah kami didalam islam,satukanlah kami dengan orang-orang yang soleh.Ya Allah,aku tinggalkan tempat suci ini pada hari ini hingga hari kiamat dengan ikhlas dan jujur.Aku bersaksikan sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kelihatan Mutawwif sedang melayan jemaah dengan memberi secawan kecil teh yang berperisa bunga Ros.

Kesempatan berfoto sebelum dihidang nasi mandy Arab.
Ini cara memakan nasi Arab dengan dihidang diatas plastik dan dimakan beramai ramai didalam satu hidangan. 
Pelbagai jenis buah-buahan terdapat disitu.Semunya segar.Ada terdapat sejenis buah daripada kaktis  yang jual disini.Rasanya lemak dan enak.
Suhu disini lebih kurang 18celcius diikuti dengan hujan renyai-renyai.
Kabus tebal dan cuaca sejuk.Kami memang membawa baju sejuk kerana sebelum kesinii kami melayari u  tube menyatakan hujan dan suhu dingin.
Melewati  Masjid kuk.
Namanya masjid kuk tapi sesungguhnya hanya penanda berupa bangunan kecil berbatu bata sangat sederhana.Didalamnya ada ruangan kecil yang digunakan untuk solat bagi beberapa orang.
Bergambar didepan masjid Miqat Qarun Al-Manazil(Al Soal Al Kabir)
Didalam ruang solat wanita kelihatan corak permainannya sebegini.
Kelihatan tempat permainan   perjalanan pulang dari Ta if.
Panorama pemandangan di kawasan masjidil Haram sebelum kami menghadiri taklimat pulang ke Malaysia.

No comments:

Post a Comment