Hari ini ziarah luar iaitu Muzium Haramain.Mutawwif hari iaitu Ustaz Safuan dan ustaz Ridwan.Didalam perjalanan ustaz Ridwan menceritakan tentang Muzium Huramian serta penerangan tentang umrah Badal.
Sampai saja dikawasan Muzium,Ustaz mengarahkan kami semua bergambar beramai-ramai dimuka pintu muzium sebagai kenangan. Didalam muzium ustaz Safuan menerangkan tentang pembesaran Masjidil Haram.Dari satu sudut kesatu Ustaz Safuan membawa jemaah meninjau serta memberi penerangan diselang seli dengan mengambil gambar.
Aku meninjau dari satu tempat kesatu tempat sambil mengambil gambar.Bagitu teruja,tapi malang kesemua gambar yang ku ambil hilang dalam fon.Sungguh sedih mungkin masa aku menukarkan skim card tersilap caranya atau memang fon ku cap ayam.Dengan belas ihsan dari adik kesayangan serta buah hati memberi gambar-gambar yang diambil disitu kepadaku.Terima kasih banyak banyak.
Meneruskan perjalanan ke Hudaibiyah terletak kira kira 22 km kearah barat dari Masjidil Haram dekat dengan sempadan Tanah Haram Mekah.Sekarang terdapat Masjid Al-Ridwan.Nama lain Hudaibiyah adalah Al-Shuhaimi, yang diambil dari Asy-Sumaisi yang mengalirkan sumur.Masjid ini dibangun ditempat Nabi Muhammad penandatangan perjanjian damai dengan orang kafir pada tahun 6Hijrah(628) yang dikenali dengan "Perjanjian Hudaibiyah".
Pada tahun 6Hijrah/628M,Nabi mengajak para sahabat untuk melaksanakan haji ke Mekah.Pada tahun ibadat haji sudah diisyariatkan berdasar pada surah Al Imran.
Nabi SAW memimpin lansung sekitar1000 umat islam pada bulan Zul Qaidah yang dalam tradisi Arab dilarang berperang.Namun kafir Quraisy berusaha menghalang umat islam masuk ke kota Mekah.Nabi mengutuskan Uthman bin Affan untuk menyampaikan maksud dan tujuan kedatangan umat islam.Kafir Quraisy menolak keinginan umat islam dan memerintah mereka kembali ke Madinah.Pada masa yang sama,tersebar isu bahawa Uthman bin Affan dibunuh oleh kafir Quraisy.Mendengar berita tersebut,Nabi Muhammad saw memerintahk kan umat islam untuk melakukan bai'at kepada Nabi bahawa mereka bertekad berjuang demi ketitisan darah terakhir.Bakat tersebut dikenali dengan Bai'at al-Ridwan.Setelah umat islam bersumpah,Uthman bin Affan kembali dari Mekah dengan selamat.Seperti firman Allah dalam surah Al Fath ayat 18.
Adapun Kafir Quraisy merasa khawatir akan tekad umat Islam untuk memasuki kota Makkah tahun itu.Kerana itu mereka mengutus Suhaili bin Amr, Mikraz bin al-Hafsah dan Hawatib bin Abdul Azza untuk menyusun naskah perjanjian bersama Nabi Muhammad.Perjanjian tersebut dikenal dengan Pertemuan Hudaibiyah.Nabi meminta Ali bin Abi Talib sebagai juru tulis naskah perjanjian.Suhaili menolak pencantuman Bismillahirrahmanirrahim.Sebagai ganti Bismillah Allahumma(atas nama ya Allah),dia juga menolak.Dia juga menolak pencantuman Muhammad Rasulullah diganti dengan Muhammad bin Abdullah.Kedua usul itu diterima Nabi,walaupun sahabatnya menentang.
Dari Hudaibiyah,bas menuju terus ke Masjidil Haram.Didalam bas Mutawif masih lagi memberi penerangan mengenai umrah sunat. Diiringi dengan bertalbiah.Sampai di Masjidil Haram sudah hampir zohor.Kami mengambil kesempatan dengan membaca alquran.Setelah selesaikan solat,dengan bertemankan seorang jemaah ingin mengikut kami melakukan umrah badal.Kini kami berempat.Kami masih menggunakan khidmat scooter elektrik untuk melakukan saie.
Setelah saie kami pun menuju ke Salfa Tower menikmati teh tarik diD'Saji.
Dimalam hari,kami memenuhi masa kami diMasjid dengan membaca alquran.
No comments:
Post a Comment