Seperti biasa sebelum subuh telah berada didalam Masjidil Haram. Ketika kami masok ketempat ruang untuk muslimah kelihatan orang dah ramai, ada yang membaca al quran, ada yang melakukan solat sunat.Pelbagai kelakuan dapat dilihat.Aku mengambil kesempatan menyambung surah yang ku baca semalam.Setelah solat subuh diiringi solat jenazah. Kami bergegas keluar masjid,berjalan kaki ke Nada Daerah,tapi kali ini adik ipar ikut serta.Kami bersarapan pagi disana. Setelah sarapan kami ke lobi menunggu jemaah lain yang akan ke ziarah luar.
Kami menaiki bas menuju ke Jabal Thur itu yang dimaklum oleh Mutawif. Mutawif pada hari ini ialah ustaz Tuan Haji Syed Mohd Asyraf. Didalam perjalanan ustaz mencerita tentang Jabal Thur.Jabal Thur merupakan sebuah bukit dimana terdapat gua (di puncak) yang merupakan tempat persembunyian Rasulullah SAW dan sahabatnya Abu Bakar As Siddiq ketika dalam perjalanan berhijrah dari Mekah ke Madinah.Terdapat beberapa orang yang bertanggongjawab diatas menyorokkan mereka ini.
1)Abdullah bin Abu Bakar( anak lelaki Saidina Abu Bakar )memberi khabar dan berita terkini dari kota Mekah.
2)Aisyah dan Asma ( dua puteri Abu Bakar) menyediakan makanan untuk Nabi Muhammad dan Abu Bakar.
3)Abdullah Ibn Ariqath berpura-pura mengembala dua ekor kambing disekitar Jabal Thur,peranan susu dijadikanminuman kepada Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar.
4)Amir bin Fuhairah menjadi juru pandu kepada Rasulullah SAW dan Abu Bakar dan beliau jugalah bertanggongjawab menghapuskan jejak kaki Rasulullah dan Abu Bakar.
Dari Jabal Thur melalui Arafah kelihatan khemah-khemah putih sejauh mata memandang.Padang Arafah adalah tempat menghimpunkan semua jemaah haji pada 9 Zulhijjah setiap tahun.Dikenali sebagai "wukuf" iaitu salah satu daripada rukun haji.Teringat semasa aku mengerjakan haji bersama arwah suami beberapa tahun lalu.
Dari melalui Arafah bas terus menuju ke Jabal Rahmah.Mutawif sempat menunjuk sebuah masjid yang diberi nama Masjid Namirah ,dikenali juga dengan julukan Masjid Ibrahim atau masjid Arafah.Disini Rasulullah SAW menyampaikan khutbah bersejarah terakhir haji. DiMasjid ini khutbah haji disampaikan.Hanya di buka setahun sekali yakni pada tanggal 9 Zulhijjah.Dibuka kepada jemaah haji melaksanakan wukuf.Pada musim haji setiap tahunnya Mufti Arab Saudi akan memberi khutbah dihadapan jemaah haji DiMasjid ini.
Tiba di Jabal Rahmah,disini Mutawif memberi masa hanya 20 minit saja. Beliau menyuarakan bolehlah memanjat bukit bagi yang mampu.Kelihatan orang bersesak turun naik bertali arus.Kelihatan sebuah tugu peringatan yang didirikan untuk mengingatkan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.Kami hanya berlegar di dataran itu sahaja sambil mengambil gambar dijadikan kenangan.Kelihatan ada yang menjual pelbagai jenis jualan seperti jubah,tasbih.Sambil menunggu jemaah yang lain ,buah hati mengambil kesempatan membasah tekak dengan membeli aiskrim.
Mengikut sejarah diyakini sebagai tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah mereka diturunkan dari syurga oleh Allah SWT setelah berpisah bertahun-tahun akibat kesalahan melanggar larangan Allah SWT ke muka bumi.Adam diturunkan di India manakala Hawa diturunkan di Jeddah.Jabal Rahmah adalah tempat pertemuan romantik mereka.
Dari Jalal Rahmah menyusul ke Jaranah.Miqat di situ untuk melakukan umrah.Jemaah lelaki menukar ke pakaian ihram.Kami buat umrah Badal(umrah untuk hadiah yang diniatkan umrah untuk mak ,ayah yang telah meninggal dunia/sesiapa yang kita niatkan).
Menurut sejarah mengikut cerita dari Mutawif, Rasulullah pernah bermiqat disini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari perang Hunain.Disinilah Nabi berihram untuk melakukan ihramnya yang ke 3,tempat paling afdal.
Mengikut sejarah terdapat sebuah telaga(seumur Bir Thaflah).Berlaku sepatu mukjizat sewaktu Rasulullah dan pasukannya kehabisan air setelah selesai perang Hunain.Rasulullah memukul tongkatnya dimana serta merta air keluar.Dan tempat ini juga Rasululah SAW bertemu dengan wanita yang menyusui semasa bayi bernama "Halimatun Sa'ayiah.
Nama Jaranah diambil sempena nama seorang wanitanya yang mengabdikan diri menjaga dan membersihkan masjid ini.Ia adalah wanita Quraisy dari Bani Tim.
Melewati Jabal Nur. Mutawif menunjukkanJabal Nur kepada kami terletak7 km dari Masjidil Haram tepatnya disebelah kiri jalan ke Arafah. Nur ertinya cahaya.Diatas bukit ini terletak gua yang bernama "Hira".Disinilah pada permulaan tahun kenabian Baginda Rasulullah SAW sentiasa beribadat dan bertafakur disini,sehinggalah Allah SWT menurunkan wahyu yang pertama keatas Baginda menerusi Malaikat Jibril.Untuk mendaki sehingga ke puncak memakan masa lebih kurang satu jam dengan jalan yang agak susah.
Sampai di Masjidil Haram hampir zohor.Kami melakukan solat zohor .Adik ipar tidak dapat ikut kami melakukan tawaf serta saie kerana keuzuran,minta izin melakukan selepas asar.Kami bertiga terus melakukan tawaf.Disebabkan waktu zohor cahaya matahari agak terik khidmat spek hitam sangat membantu,tidak silau boleh membaca buku panduan haji & umrah dengan relax.Masih menggunakan khidmat scooter elektrik semasa mengerjakan saie.Setelah selesai saie,kami pun menuju ke D'salji mencari teh tarik.
Selepas solat isyak,kami berjalan di Safwa Tower sambil membeli belah.
No comments:
Post a Comment