Sunday, 2 December 2018

UMRAH OH UMRAH.(Madinah 8/11/2018)

 Sesi pagi.

Subuh lagi sudah bangun dengan penuh kegembiraan berada dibumi yang suci ini.Bersyukur pada ilahi,sambil berdoa 

"wahai Allah ,sesungguhnya saya memohon kepada Engkau akan kebaikan hari ini dan akan kebaikan yang dikandungnya.Dan saya memohon perlindungan Engkau daripada keburukan hari ini dan keburukan yang dikandung nya.

Wahai Allah,jadikanlah permulaan hari ini kebaikan(memanfaatkan), pertengahanya kemenangan dan pengunjungnya kejayaan.Dan saya. memohonkan kepada Engkau kebaikan dunia(untuk akhirat).Wahai Tuhan pengasih-pengasih antara yang pengasih.

Kami menuju ke Masjid Nabawi dengan kelihatan berduyun-duyun  orang menuju kearah yang sama.Kami menuju ke pintu 25.Kelihatan ada yang suka solat diperkarangan masjid.Kelihatan juga disediakan tempat yang kurang upaya yang berkerusi roda dikhaskan satu tempat.

Terdapat banyak rak kasut dipintu masuk tapi kami telah dibekalkan bag kasut oleh travel agency,jadi sampai saja ditangga sebelum masuk,kami menanggalkan kasut serta memasukkan kedalam bag tersebut dan membawanya masuk bersama.Pintu 25 khas untuk wanita.Berdoa masuk masjid.

Pertama kali solat subuh di Masjid Nabawi,rasa sayu kerana suatu ketika aku masuk ke masjid ini dengan arwah suami.Ia sentiasa mengingatkan aku akan doa-doa yang perlu dibaca.Kami bergegas balik ke hotel kerana ada ziarah luar.Sampai saja di hotel kami terus ke ruang makan untuk sarapan pagi.Naik ke bilik mengambil wuduk kerana kami akan ke masjid Quba.Para jemaah dinasihatkan berwuduk dibilik penginapan terlebih dahulu sebelum berziarah ke Masjid Quba.Menurut hadis Nabi SAW, sesiapa yang mengerjakan solat sunat dua rakaat diMasjid Quba,sedangkan dia telah berwuduk dirumah, nescaya akan diberikan ganjaran  seperti pahala umrah.

Kami berkumpul di lobi,kami dibawa menaiki bas menuju ke Masjid Quba.Sepanjang perjalanan mutawif Tuan Shaharan Tuan Mat menceritakan tentang  sejarah Madinah.Melintasi masjid Al-Ijabah adalah tempat dimana  dua doa Rasulullah dikabulkan.Menurut sejarah Rasul berdoa kepada Allah.Ada tiga doa

1)memohon agar Allah tidak membinasakan umat Muhammad dengan kekeringan dan kelaparan. (Doa ini langsung dijawab dan dimakbulkan).

2)memohon agar Allah tidak membinasakan umat Muhammad dengan menenggelamkan.(Doa ini dimakbulkan).

3)memohon agar dikalangan umatnya tidak ada fitnah dan perbedaan(doa ini ditunda oleh Allah SWT).

Sampai sahaja diMasjid Quba mutawif menceritakan tentang sejarah Masjid Quba dan membawa kami jemaah perempuan ketempat solat wanita.Setelah solat kami mengambil kesempatan melihat dipersekitaran masjid.Ada yang menjual barang barang seperti kurma,kekacang,kismis serta buah-buahan.Ada juga kalangan kanak -kanak yang menjual tasbih.

Dari masjid Quba kami dibawa ke kebun kurma melintasi kawasan perladangan kurma.Dikebun kurma terdapat pelbagai jenis kurma,kekacang,kismis yang dijual dengan harga berpatutan.Para jemaah mengambil kesempatan dengan berbelanja disini.Kami hanya membeli kekacang dan kismis,manakala kurma kami beli melalui ustaz.Dibelakang bangunan ini terdapat kawasan rehat .Terdapat pokok pokok kurma.Amat sesuai lokasi untuk bergambar dijadikan kenang-kenanga.

Dari situ kami dibawa ke Jabal Uhud(bukit menyendiri yang ada disyurga). Dikenang kerana lembah gunung ini pernah terjadi peperangan besar antara pejuang islam dengan kafir Quraisy. 15 Shawal 3H(625) menyebabkan 70 pejuang islam mati syahid.Antaranya paman Nabi Hamzah bin Abdul Muttalib yang digelar As aDullah wa Asadur Rasul(Singa Allah & Rasul) dibunuh kejam oleh Wahsyi bin Harb atas arahan Hindun binti Utbah kerana membalas dendam kematian suaminya didalam perang Badar.Berserta gugur Mush'ab bin Umair dan Abdullah bin Jahsyin.

Para syuhada di makam ditempat itu.Nabi bersabda "mereka yang dimakam di Uhud tidak memperolehi tempat lain kecuali ruhnya berada didalam burung hijau yang melintasi sungai surgawi.Turunlah ayat 3:169.

Kami tidak lama disitu kerana difahamkan pemandu bas pernah disaman.Agak terkilan kerana tidak dapat menghampiri perkuburan pada syuhada.Mutawif membaca doa dengan bagitu syahdu sekali sambil diaminkan oleh kami semua.

Didalam perjalanan pulang ke hotel,kami melewati masjid Qiblatain(ertinya masjid dua kiblat.)Mulai dikenali dengan nama Masjid Bani Salamah,kerana dibangunkan diatas bekas rumah Bani Salamah .Letaknya ditepi jalan menuju ke Universiti Madinah.

Menurut sejarah,pada mulanya Islam,solat kiblat kearah Baitulmaqdis( nama lain Masjidil aqsa),kemudian turun wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat kearah MasjilHaram diMekah.Peristiwa ini terjadi pada tahun 2Hijrah hari isnin,waktu zohor ketika Rasulullah tengah solat dengan menghadap ke Masjid Aqsa.Ditengah solat turun wahyu.,(surah Baqarah 144).Merujuk pada peristiwa tersebut,lalu masjid ini dinamakan Masjid Dibuatkan yang bererti masjid berkiblatkan dua.

Kami pulang ke hotel dengan keletihan tetapi banyak yang dapat kami ketahui mengenai sejarah yang terjadinya di Madinah.

Berfoto diperkarangan Masjid Nabawi selepas solat subuh.
Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina dalam islam Ia dibina sebaik sahaja Rasululah SAW tiba dari Mekah ketika berhijrah bersama sahabat baginda,Sayidina Abu Bakar.Masjid ini disebut didalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan diatas dasar taqwa.         


Kami mengambil kesempatan di Masjid ini dengan solat tahiyatul masjid,solat dhuha.Ada juga yang memanjangkan solat dengan solat hajat.                                                                                                                 

Tuan ShaharanTuan Mat selaku mutawif menerangkan bagitu panjang lebar mengenai Masjid Quba.
SAmbil menuju ketempat solat perempuan  dibahagian belakang bangunan, mutawif masih lagi menerangkan mengenai Masjid Quba.
Bergambar beramai-ramai sebelum ke ladang kurma.
Terdapat penjual menjual kurma,kacang serta tasbih dihadapan  Masjid Quba.
Kelihatan  kawasan perladangan kurma disepanjang perjalanan ke kebun kurma.
Didalam bangunan kurma itu terdapat bermacam,-macam jenis kurma dengan harga yang berpatutan.

Para jemaah menuju kekawasan Jabal Uhud.


Mutawatir memberi penerangan tentang Jabal Uhud.
Para jemaah bagitu khusyuk mendengar yang disampaikan oleh mutawif tentang perjuangan para syuhada.

No comments:

Post a Comment