Kami bertiga bangun tidur sebelum subuh walapun kami lewat balik daripada menunaikan umrah wajib,ini adalah disebabkan tak sabar untuk mengerjakan solat subuh yang pertama diMasjidil Haram .Seperti biasa sampai sahaja dimuka pintu masjid kami menanggalkan kasut ,memasukkan didalam bag yang telah disediakan oleh travel agensi untuk dibawa kedalam masjid.Semua bag wanita akan diperiksa oleh petugas wanita yang ingin bersolat didalam masjid,tak kecuali kami, bag kami juga diperiksa.Kami terus menuju ke ruang khas untuk wanita . Kelihatan ada yang membaca al-quran ,berzikir dan merehatkan diri, ada yang kurang sopan melangkah kedepan saf dengan agak kasar. Kami mencari tempat yang sesuai,melakukan solat tahiyatul masjid dan terus niat iktiraf masjid.Terasa sayu bila mendengar azan diMasjidil Haram.Setelah melakukan solat subuh diikuti solat jenazah.Kami mengambil kesempatan dengan membaca Al quran kerana tidak aktiviti hari ini.Jemaah bebas melakukan sendiri dengan berehat. Kami cuba mendapatkan tenaga/stimina kami kembali untuk umrah berikutnya. Terasa damai dan tenang dihati.
Setelah pulang ke hotel, kami berpeluang sarapan pagi di hotel penginapan dengan hidangan antarabangsa.Segala makanan disitu menepati selera.
Kesempatan diambil sambil berjalan-jalan di hotel itu.Kelihatan ditingkat bawah terdapat pasaraya Bin Dawood,kedai jam, minyak wangi,Baskin Robin,warong aiskrim ala Arab. Disebelah pintu masok ke hotel ada KFC serta kedai pizza.Menyusuri hotel kami dipelawa oleh buah hati ke kedai aiskrim dimana beliau pernah membeli aiskrim disitu semasa umrahnya dahulu.
Kembali semula ke Masjid dengan melakukan solat asar.Selepas membaca Al-quran.Kami cuba berjalan- jalan didalam masjid.Aku cuba mengambil gambar sambil melihat bermacam macam kerenah.Tiba tiba aku tertangkap gambar sesorang yang memakai pakaian ala imam.Aku cuba memberi isyarat bahawa aku tertangkap gambarnya tapi dia buat tak pandang.Aku berlalu dari situ dengan seribu pertanyaan.Diluar iaitu di dataran,kelihatan bagitu ramainya orang.Ada yang tidur di tepian masjid,ada yang asyik dengan bajet mereka,ada yang berdoa dengan bagitu khusyuk sekali.
Kembali ke hotel pasti melalui walkalator dan pintu automatik.Kami memanggilnya dengan nama Ahmad.Setiap kali ke Masjid pasti aku memberi salam.Dan disitu jugalah aku sering berdoa apabila ke Masjid.
Rasanya masa bagitu pantas semasa berada di Mekah ini.Setelah solat isyak kami melakukan tawaf sunat.Setelah selesai melakukannya berehat sambil memerhatikan Kaabah teringat akan rujukan tentang Kiswah kaabah.Tidak diketahui sebenar tradisi memasang kiswah mula dilaksanakan,namun ada beberapa pendapat menyatakan ia bermula sejak zaman Nabi Ismail.
Diriwayatkan,orang pertama yang meletakkan kiswah ialah Tubbak al-Himyariyy Asad Abi Karb atau RajaYaman kira-kira 220 tahun sebelum Hijrah yang menggunakan kain buatan Yaman ditenun benang perak. Ada pendapat menyatakan datuk Nabi Muhammad,Adnan Ad ialah pertama berbuat demikian.Tradisi itu diteruskan raja dan pembesar Arab yang menyediakan kelambu Kaabah daripada pelbagai warna, antaranya putih, kuning,hijau dan hitam mengunakan kain sutera kasar.Hinggalah pada zaman Nabi Muhammad,kelambu Kaabah ditukar dua kali setahun iaitu sebelum Ramadan dan hari wukuf ketika musim haji.Kini kiswah diperbuat dari kain sutera.Sulaman disulam dari emas dan perak.Pembuatannya mengambil masa setahun untuk siap.
Ayat ayat suci Al quran yang telah dipilih untuk kiswah kaabah adalah seperti berikut.
1)Bahagian di pintu Kaabah. (Rukun ini terpenting sekali,ia tempat permulaan& kesudahan tawaf)
Surah Al-Baqarah ayat 125,125, 127 dan 128.
2)Dibahagian Rukun Yamani atau sebelah Shahrul Aswad(kanan)
Surah Ali-Imran ayat 95 ,96,97,97.
3)Dibahagian Rukun Itali atau bertentangan dengan pintu Kaabah(kiri)
Surah Hajj ayat 26 ,27, 28 ,29.
4)dan akhir sekali dibahagian Rukun Suami atau diHijir Ismail.
Surah Al-Baqarah ayat 197 ,197, 198'199.
Setelah penat berligar-ligat diMasjid,kami pun menuju ke D'Salji( Restoran Malaysia).Disini kami bertiga menjamu selera ala Malaysia .Rindu nasi campur dan teh tarik.Satu kepuasan bila dapat makanan serta minuman kegemaran kami.Kami pulang ke hotel dengan senang hati.

No comments:
Post a Comment