Sesi pagi.
Subuh seperti biasa ke masjid dengan solat subuh diiringi dengan solat jenazah.Terasa amat gembira sekali dapat melakukan solat jenazah. Seperti biasa kelihatan pelbagai ragam orang semasa keluar dari masjid.Keluar masjid dengan doa agar hari ini segala pergerakan berjalan dengan baik serta sentiasa didalam keredhaan Allah SWT.
Setelah selesai sarapan pagi,para jemaah telah berkumpul di lobi hotel ada ziarah dalam.Ustaz Shah selaku koordinator umrah memberi penerangan ringkas mengenai tempat yang hendak dilawati.Menyusuri Masjid Nabawi menuju keSokaifah Bani Saedah(dewan orang ramai) diketuai oleh Saad Abi Waqas,tempat ini Nabi SAW selalu datang berbincang dengan para sahabat.Tempat Abu Bakar Al-Siddiq dibaiat menjadi khalifah pertama.Yang mana kemudiannya tempat ini menjadi perkampungan kaum Ansar.Sekarang menjadi taman dikota Madinah.
Kami terus mengikuti ustaz ,kelihatan bangunan lama semasa perjalanan kami,kami difahamkan bangunan itu akan diroboh.Kelihatan conopy, ,difahamkan disini tempat pelbagai jenis jualan.Terdapat jubah yang digantung,bermacam jenis tasbih serta gerai jualan kurma. Melewati gerai tersebut terus menuju suatu tempat dimana ustaz menunjuk masjid Al-Ghanimah atau Masjid Musholla.Dinamakan dengan nama Al-Ghammah kerana konon ada awan(ghammah) yang memayungi Rasululah di sinar matahari saat beliau solat.Rasulullah pernah solat disitu memohon hujan(solat istisqa) serta solat terakhir Baginda melakukan solat Aidilfitri. Ditunjukkan juga masjid Sayidina Abu Bakar Al Siddiq dan Masjid Sayidina Ali.Meneruskan perjalanan ke Kubah Hijau,rehat seketika dibawah payung raksasa sambil ustaz menceritakan tentang konspirasi jahat untuk mencuri jasad Rasulullah. Setelah hilang rasa penat terus ke Kubah Hijau sebagai ziarah wida(ziarah selamat tinggal).Berdoa sambil menghadap kiblat"
Ya Allah,janganlah Engkau jadikan ziarah ketempat mulia ini sebagai kali terakhir.Kurniakan bagi ku kepadanya ziarah untuk sekalian kalinya dalam kebajikan,kesejahteraan,kesihatan dan keselamatan.
Jika aku mampu,insyaallah aku datang,Jika sampai anakku hambaMu, ku titipkan pada disisiMu syahadah(kesaksian)ku,amanah ku,perjanjian ku,timbanganku,pada hari itu untuk hari kiamat.Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa.Tiada sekutu baginya dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanya.
Maha suci Tuhan yang mulia dariapda apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk utusan(rasul-rasul) dan segala puji bagi Allah, Tuhan bagi sekelian alam.
Pelbagai doa ku lafaskan kerana cinta kasihnya aku kepadaMu Ya Rasulullah.Tak sedar air mata membasahi pipi serta serta terasa sebak dan sayu.Setelah semua jemaah selesai berdoa kami dibawa ke perkuburan Baqi.Disana ustaz Shah masih lagi menceritakan tentang kisah.Baqi al Gharqad ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa saja yang meninggal dunia diMadinah(termasuk para jemaah haji atau umrah).Perkataan "Baqi"diambil daripada nama tempat yang banyak pohon atau umbinya"Gharqad"pohon yang banyak terdapat disitu.Sebelum hijrah terdapat banyak tanah perkuburan di Madinah,Rasulullah telah memilih"Baqi al-Gharqah"sebagai tanah perkuburan umat islam.Sahabat pertama dikebumikan di Baqi ialah Uthman bin Maz'un.Orang pertama daripada golongan ansar yang dikebumikan disitu ialah As'ad bin Zararah al-Ansari.Terdapat makam ister-isteri Rasulullah,puteri-puterinya iaitu makam Ummu Kalsum, Umayyah dan Zainab.Makam ahlul bait(keluaga Rasululah) serta makam Imam Malik bin Anas,penguasa Mazhab Maliki dan Nafi, maula(khadam)Ibn Umar dan guru imam Malik.Kira kira 10,000 sahabat yang meninggal dunia dikebumikan di Baqi.
Setelah bagitu panjang lebar mutawif menceritakan tentang perkuburan Baqi,dijemput seorang lelaki tua yang sentiasa digunakan untuk berdoa untuk membaca doa.Rasanya tak lengkap kalau sendiri tak berdoa. Mengambil kesempatan juga berdoa.
"Salam sejahtera ke atasmu wahai tempat tinggal orang-orang beriman, sesungguhnya kami akan mengikuti kami,kamu adalah orang terdahulu daripada kami dan kami adalah pengikut kamu,mudah mudahan Tuhan mengampunkan kami juga kamu dan mengasihi mereka yang terdahulu dan mereka yang terkemudian.
Ya Allah,janganlah Engkau dikecewakan kami daripada mendapat pahala amalan mereka dan janganlah Engkau fitnahkan kami selepas mereka.Ampuniah dosa kami dan dosa mereka serta ampunilah dosa ahli Baqi al-Gharqadi.
Dari perkuburan Baqi kami kembali ke hotel.Bersiap -siap untuk ke Mekah.Hati merasa sayu untuk meninggalkan Madinah tapi bersyukur kerana Allah mengizinkan aku dapat lagi memijak bumi Madinah ini.
No comments:
Post a Comment