Sunday, 16 December 2018

UMRAH OH UMRAH(07/11/2018 -18/11/2018)

PENUTUP.

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya maka UMRAH OH UMRAH dari 7/11/2018 -18/11/2018 dapat disiapkan secara ringkas walaupun mungkin terdapat kelemahan dan kekurangan dari bahasanya.
Dari  pengalaman yang lepas bila ke tanah suci perlu disiapkan dari segi mental, fizikal dan spiritual .Memang nampak mudah tetapi bila kita berada di tanah suci baru kita tahu semuanya bukanlah mudah.Perlu berjalan lebih daripada 10,000 tapak untuk mengerjakan tawaf dan saie.Bila ditetapkan tarikh ,saya serta adik kesayangan   melakukan jogging untuk bertenaga bila umrah nanti.

Ilmu perlu ada untuk kesana,dengan menghadiri majlis ilmu yang disediakan oleh travel agensi dan mempelajari dengan guru yang bertauliah.Bagi saya perbanyakkan pengetahuan tentang Mekah dan Madinah.Jadi ketika berada dilokasi,dapat merasai bagaimana perjuangan  Nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabatnya memperjuangan dan menegakkan islam.

Dari segi emosi juga perlu dijaga umpamanya bila berada diRaudhah,  disana bila memasuki ke dalam Raudhah terjadi tolak menolak menyukarkan kita solat atau berdoa.Emosi perlu dijaga dengan bertenang dan berdoa agar  dipermudahkan.

Mempelajari lebih mendalam solat solat  sunat seperti solat jenazah kerana di tanah suci boleh dikatakan setiap waktu ada solat jenazah.

Mempelajari doa doa yang perlu dibaca,faham dan hafal tatacara berdoa agar doa dimakbulkan.Gunakan sebaik mungkin masa dengan membaca alquran.

Semasa saya disana,satu kejadian telah terjadi dimana cermin mata saya hilang didalam tandas ketika mengambil wuduk di masjid Syaidina Aisyah di Tana'im untuk melakukan umrah sunat.Walaupun dimana saya pergi ,saya sentiasa mendahului dengan doa.Tapi mungkin ini ujian dari Allah untuk saya.Mutawwif bertanya kepada saya boleh ke saya membaca buku panduan haji dan umrah tanpa cermin mata.Saya menjawab "boleh kot dengan izin Allah."

Saya berdoa dengan doa musibah.

Innaa lilaahi wa innaa ilaihi rooji'un.Allaahumma jurnii fii mushiibati wa akhliflii  khoiron minhaa.

Sesungguhnya kami adalah  milik Allah dan sesungguhnya hanya kepadanya kami mohon. Ya Allah,berilah aku pahala lantaran musibah yang menimpa aku ini dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya. 

Dengan izin Allah saya dapat membaca doa ,mata saya bagitu terang dan jelas apabila saya membaca buku panduan haji dan umrah semasa tawaf dan saie.Bersyukur sangat -sangat,Allah tunjukkan kebesaran kepada saya.

Semasa disana selama 12 hari rasanya masa bagitu singkat. Kembali ke Malaysia dengan rindu melihat orang setiap waktu memenuhi masjid sama ada di Masjid Nabawi  atau Masjidil Haram.Rindu akan bauan masjid dan rindu untuk melakukan tawaf dan saie,rindu ke taman syurga(Raudhah),Rindu menziarahi mu Ya Rasulullah.Rindu seronoknya.Insya allah semuga dapat menjejakkan kaki ku kesana  lagi dengan izin Mu Ya Allah.

Semuga segala ibadah umrah ku diterima.Ya Allah,Semuga segala doa kami dimakbulkan sepanjan berada disana.

Keinginan kesana memang terasa,ini disebabkan banyak lagi tempat tempat bersejarah yang belum kami kunjungi.


Terima kasih kepada adik kesayangannya kerana membiayai umrah aku dan buah hati.
Insan yang sentiasa bersama disana susah dan senang didalam melaksanakan umrah.
Terima kasih kepada adik ipar Che Wan Aziz kerana kesudian menjadi mahram kepada buah hati serta Puan Rohani kerna menjadi teman kami disana.
Terima kasih kepada Mutawwif 
Tuan Haji Syed Mohd Asyraf bin Syed Hamid.
Tuan Haji Ahmad Huzairi bin Mohd Noor
Tuan Haji Syed Naqib bin Syed Othman
Tuan Haji Abdul Shaarani bin Tuan Mat
Tuan Haji Mohd Ridwan bin Mohd Yunus
Tuan Haji  Ahmad Rizal
Ustaz Syed Mohammad Safuan bin Syed Hashim

Semasa disana ,saya dapati tugas Mutawwif bukanlah mudah.Sampai disana sama ada di Madinah  atau Mekah  ,tidak terdapat masalah dengan tempat menginap dan makan minum .Melayan  kerenah jemaah selain tugas utama memberi penerangan ziarah dalam dan luar. Kadangkala terpaksa  mencari jemaah yang hilang dan lain lain tugas, juga kepada semua petugas Wira Saujana yang terlibat secara  langsung atau pun tidak langsung.Sesungguhnya kalian telah menjalankan tugas dengan baik sekali.
Terima kasih kepada ustazah yang bagitu tekun melayani kerenah jemaah ketika berada di Raudhah.
Terima kasih kepada kesemua jemaah yang bagitu sporting.

Terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Ridwan Jamaludin dan Encik Wan Mustaqim yang menyampai taklimat yang terang jelas diatas perjalanan umrah.Dan menyambut kami pulang dari umrah.

Terima kasih kepada orang kuat Wira Saujana diatas pertolongan mengurus segala urusan mahram dan penginapan kami disana.

Saturday, 15 December 2018

UMRAH OH UMRAH( Mekah 17/11/2018)

Sebelum subuh lagi,kami sudah berada didalam Masjidil Haram.Hati rasa sayu kerana ini merupakan solat subuh yang terakhir.Kesempatan diambil dengan meneruskan membaca alquran.

Kembali ke hotel,mengemas barang barang agar jangan ada yang tertinggal.Setelah siap semuanya ,kami  Kembali semula ke Masjidil Haram  agar dapat masok ke Hijr Ismail sebelum melakukan tawaf wida .Tawaf wida adalah tawaf perpisahan. Sebelum masuk kedalam masjid kami minum dahulu air zam zam.

Lafaz niat tawaf wida

Ya Allah, aku hendak melakukan tawaf Baitullah Haram tujuh kali keliling tawaf wida,maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Taala.

Kami dimaklumkan oleh Mutawwif untuk melakukan tawaf wida ini sebelum zohor dan dimaklumkan juga selepas tawaf terus balik ke hotel.Kami akur.

Pada pagi itu kami telah pergi ke Hijr Ismail dengan harapan dapat melakukan solat sunat serta berdoa.Alhamdulillah kami dapat masok dan sempat berdoa.Orang bagitu ramai bersesak didalam.Kelihatan ada wanita terjatuh tersungkur .Tidak kesampaian untuk solat.

Kami melakukan tawaf wida sebelum zohor.Seterusnya kami melakukan  solat sunat tawaf dan diakhiri dengan doa.

Selesai kami terus beredar dan terus balik ke Hotel menuju ke restoran. Malangnya,kami tidak dibenarkan masuk oleh petugas disitu.Ini adalah dugaan kami.Mutawwif dimaklumkan.Beliau terus membawa kami ke restoran hotel bertemu dengan petugas itu.Petugas itu lantas mohon maaf dan membenarkan kami masuk.Tidak berselera pula nak makan.

Pukul 2 ptg,Mutawwif menjemput kami menuju ke Nada Daefah Hotel.Disebabkan sudah masok waktu zohor kami solat di surau di hotel itu.Disini sempatlah kami menimbang bag "luggage" yang tidak boleh melebihi 23kg satu beg.Alhamdulilah semua beg kami menempatkan arahan.Para jemaah dibenarkan untuk membawa 2 beg setiap seorang.

Kami menaiki bas ke Jeddah.Kesedihan mula terasa,tapi ku tanamkan niat aku pasti akan datang lagi ke sini dengan izin Allah.Sampai di Jeddah,bas berhenti di Mall.Mutawwif memaklumkan diberi masa 1 jam berada disitu.Kami tidak turun dari bas kerana memerlukan kami melintas jalan ke Mall.Ramai yang hanya menunggu jemaah lain duduk didalam bas sahaja.Dari situ kami dibawa ke restoran untuk makan malam.Hidangannya pastilah nasi Arab.Aku tidak dapat menggambar detik -detik ini sepanjang perjalanan  balik disebabkan masalah fon.

Dari situ terus ke lapangan terbang Jeddah.Setelah selesai memastikan beg beg kami ok dan diurus oleh Mutawif.Kami dibawa oleh Mutawwif ke surau disitu untuk menunaikan solat.

Bergambar seketika sebelum berlepas bersama Mutawwif untuk dijadikan kenangan.Kami dibawa menaiki shuttle ke kapal terbang.  Penerbangan berlepas pada pukul 3 pagi(waktu Arab saudi) pesawat SV 834 JED- KUL.Selamat sampai ke KLIA pukul 5.55 petang waktu Malaysia.

Kami disambut oleh dua orang Mutawwif dari Wira Saujana.Diberikan 1 kotak air zam zam serta pewangi.Kesempatan bersalam salaman dengan jemaah .Semuga silaturahim berpanjangan.

Sedia menunggu anak,menantu serta cucu-cucuk.Kami solat dahulu di surau di KLIA sebelum pulang.


Ini adalah pintu masok setiap waktu solat di Masjidil Haram.
berfoto seketika selepas solat subuh.
Bergambar sebelum kedalam Masjidil Haram melakukan Tawaf  Wida.
Doa tawaf wida
 Ya Allah,Ya Tuhan ku! yang memberi segala perlindungan,lindungilah aku.Allah yang Maha mendengar,perkenankanlah permohonannya.

Ya Allah,Tuhan yang Maha Gagah Perkasa ,tutupkan segala kelemahan ku. Ya Allah Yang Maha Pemurah ,kasihanilah aku.Ya Allah,Ya Tuhan yang mengembalikan sesuatu,kembalikan daku ke Baitullah ini lagi dimasa masa akan datang.                                                                     

Ya Allah,murahkan  rezeki supaya dapat kembali menziarahi Baitullah berulangkali dengan bertaubat,beribadat,mengucap syukur dan puji-pujian.Telah benar janji Allah,bagi menolong hambaNya memuliakan sekalian bala tenteraNya dan mengalahkan musuhNya dengan keraguanNya.   
  
Ya  Allah, selamatkanlah kami dan hamba-hamba Engkau yang menziarahi Baitullah dan mengerjakan fardu haji dan umrah,mereka berjihad,mereka yang musafir sama ada melalui daratan,lautan atau ruang udara dimana mereka ini terdiri dari umat Sayidina Muhammad saw seluruhnya.                  

Ya Allah Ya Tuhan ku,peliharakalah aku daripada segenap pihak dikanan,dikiri,dihadapan,dibelakang,diatas dan dibawah ini ku sehingga aku sampai kembali keluargaku dan negeriku.Ya Allah,Jangan lah Engkau jauhkan aku daripada rahmat Mu walaupun sekelip mata sekalipun.
Ya Allah,Ya Tuhanku,Engkau yang menjaga kami didalam perjalanan ,Engkaulah yang menjaga keluarga kami,sepeninggalan kami menziarahi rumah Engkau,hancurkanlah segala musuh musuh kami,Engkau membinasakan mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami.
Ya Allah Ya Tuhan,kurniakanlah nikmat penglihatan ku dan perlihatkanlah pembalasanMu terhadap seteru ku,tolonglah aku daripada mereka yang menganiaya aku.
Ya Allah,Ya Tuhanku,Aku berlindung dengan Engkau daripada segala kedukaan,kelemahan,kemalasan,pengecut menghadapi segala penceroboh,kikir,kedekut dan bergelumbang didalam hutang yang tidak putus atau kekerasan musuh.
Ya Allah Ya Tuhan ku,pendekkanlah perjalanan kami,selamatkanlah kami dari apa yang mendukacitakan kami.Ya Allah,Sampaikan lah perkhabaran baik dan berikanlah keredhaan Mu dengan kekuasaaMu,Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa.  

Ya Allah,Temankanlah kami didalam perjalanan ini dan peliharalah kami dan keluarga kami.Ya Allah,Peliharakanlah disekeliling ku,dibelakang,di kanan,di kiri,dan di atas ku.Aku berlindung dengan kebesaran Mu daripada segala yang membinasakan aku,Wahai Tuhan yang Pengasih lagi Maha Penyayang.
                                                                    

Selesai berdoa di Hilji Ismail masih lagi kesempatan berdoa,sebelum melakukan Tawaf wida
Selepas melakukan tawaf wida,terus ketempat air zam zam mengambil berkat
Pemandangan dari hotel suasana diKota Mekah

 Bergambar beramai ramai  Di lapangan Terbang Jeddah.
Cucu datang menjemput kami pulang dari melakukan umrah.
Doa ketika berada dengan keluarga
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Segala puji hanya tertuju kepada Allah yang tidak mati dan sirna selamanya.(Sesungguhnya)kami bertahmid kepadaMu Ya Allah dengan ibadah kami yang telah kami selesaikan dan dengan sunnah nabi Mu yang telah kami jalani.Kami bertaubat,kami  bertaubat,kami bertaubat kepada Allah,kami mengharap taubat kami diterima,kami tidak akan mengulangi dosa-dosa lagi.Ya Allah,sampailah kami dan orang_orang yang kami minta keampunan kepada Mu dari ahli bait kami,saudara saudara kami,dan segenap kaum muslimin dan muslimat,wahai Tuhan Maha Perkasa dan Maha Pengampun dengan memohon rahmat wahai zat Yang Maha Pengasih.
Anakku sempat berbisik kepadaku "Ibu doa  dan niat sebelum balik umah ibu akan dapat mengerjakan umrah lagi."aku mengangguk mengiakan kata-katanya.
Aku berdoa agar aku dapat menjejakkan kaki ku ke tanah suci dengan melibatkan ganda lagi amalannya disana.Amin.


Friday, 14 December 2018

UMRAH OH UMRAH(Mekah 16/11/2018).

Hari ini merupakan hari kedua terakhir di Bumi Mekah.Walaupun aku tidak  bagitu lama disini tapi aku cuba melakukan ibadah sebaik mungkin. Walaupun sedih tapi aku berdoa agar aku dapat lagi menjejakkan kaki ke sini.Insyaallah.Pagi ini aku dan adik kesayangan saja yang solat subuh di Masjid  kerana buah hati demam.Disebabkan hari jumaat kelihatan jemaah yang datang ke Masjidil Haram ini bagitu ramai. Seperti biasa kami menuju ke tempat yang agak selesa untuk solat.Ketika aku sedang membaca Al,quran(ari  Ini tak guna i pad untuk mengaji),Apabila dibuka alquran terdapat cop dihadapannya dan tertera nama -nama  individu dicatatkan dibelakang untuk diwakafkan. Pencuci wanita menyuruh kami kebelakang sebentar,ketika itu seorang warga emas dari Pakistan duduk disebelah,agak sukarnya bangun,pencuci itu agak kasar menyuruhnya bangun,aku terus memegangnya dan mengalihkanya sehingga pencuci itu siap membersihkan tempat itu.Setelah selesai solat subuh serta solat jenazah,aku menghulurkan sejadah ku itu kepada warga emas yang duduk disebelah ku.Ia bagitu terharu apabila aku memberikan kepadanya.

Dari masjid kami berdua terus ke Safwa Towers,menjamu mata sambil membeli barang barang,tak ketinggalan ke Malaysia Restoran untuk sarapan pagi,tapi bila lihat disebelah restoran itu terdapat maggi teringin pula ,terus order.

Dari situ kami terus ke kedai  berhampiran dengan kedai aiskrim,   dimana dikedai ini menawarkan makanan percuma kepada jemaah.  Bagi sesiapa yang ingin bersedekah bolehlah berjumpa dengan pihak pengurusan yang berada dihadapan kedai berkemeja putih.Kelihatan yang berstatus panjang untuk mengambil makanan terdiri daripada warga India dan Pakistan.Kami mengambil keberkatan hari jumaat menghulurkan sedekah yang termampu.Sedekah juga boleh dipelbagaikan caranya terpulang kepada keikhlasan kita.

Kembali ke hotel dengan memastikan buah hati makan ubat serta pastikan kesihatan makin baik.Kami turun semula ke masjid,seperti biasa aku akan melalui pintu elektrik  yang kami panggilan 'Ahmad'.Ia menutup dengan bunyi yang kuat,rupa rupanya ia memberitahu aku yang aku tidak dapat masuk ke Masjid.Bila aku ke masjidil Haram segala pintu sudah ditutup laluannya.Kami berdua terpaksa solat di dataran.Hari ini dapat dilihat dari segala sudut menjadi tempat jemaah solat.Ada yang solat bersejarah dan ada tanpanya.Hanya satu matlamat.

Sebelum kami berdua kembali ke hotel,teringin pula nak makan aiskrim.Singgah sebentar di gerai aiskrim serta membeli pizza dijadikan makan tengah hari.

Kami berdua solat maghrib dimasjid kelihatan jemaah semakin ramai terdiri dari bangsa Arab.Kelihatan ramai yang berjubah hitam dan berpurdah.Kami kembali ke hotel,kali ini kami mengenakan jubah hitam dan berpurdah,disebabkan semasa kami di Madinah ketika itu malam jumaat bagitu ramai mereka ini,dan mereka bagitu senang memasuki Raudhah.Sebelum isyak kami kembali ke Masjidil Haram,kali ini buah hati ikut serta maklumlah malam terakhir solat isyak diMasjid ini.Kami cuba ke roof top tapi laluan telah ditutup.Disebabkan kami berpurdah petugas Masjidil Haram menunjukkan laltuan yang lain.A.khirnya sampai juga hajat kami solat di roof top.Setelah solat ,kami mengambil kesempatan dengan menyambung baca alquran.Tempat ini sungguh menyenangkan walaupun terdapat ramai jemaah.

Kami mengambil gambar dipersekitaran Masjidil Haram dari atas.Dapat disaksikan bagitu ramai orang melakukan tawaf serta solat di Multazam dan juga di Hijir Ismail.

Kembali ke hotel untuk mengemaskan pakaian kerana esoknya kami akan pulang ke Malaysia.

Menyambung bacaan dengan menggunakan alquran yang terdapat disini  Selalunya aku menggunakan i pad.Al-quran dibaca ketika hari terakhir di Masjidil Haram
Di bahagian hadapan dicop, dan tertera nama nama individu dimana alquran yang diwakafkan.
Sejadah yang aku sedekah kepada seorang warga  emas Pakistan
Selalunya Malaysian Restoran ini tempat persinggahan kami bertiga untuk menikmati teh ais atau pun nescafe tarik.
 
Menikmati  maggi disebelah Malaysia Restoran kerana dah rindu dengan makanan ringan ini.

Disinilah terdapat tempat individu yang ingin menghulur sedekah melalui pengurusannya disitu.
Bila melihat Kaabah(Baitullah)
Allahu akbar,Allahu akbar,Allahu akbar,La ilahaillallahu wahdahu la  syarika lahu,lahul mulku wa lahul hamdu  wahuwa ala kulli syai in qadir.

Allah Maha Besar,Allah Maha Besar,Tiada tuhan melainkan Engkau,tiada sekutu-Nya.Bagi-Nya segala kebesaran dan segala pujian dan Dialah yang Maha Berkuasa keatas segalanya.

 

Kesempatan solat di roof top di Masjidil Haram.Tenang dan lapang tempatnya.
Suasana di roof top 

Di Masjidil Haram  Kami mengambil kesempatan untuk solat jenazah.Kerana hampir setiap waktu ada jenazah untuk disolatkan.Di sini imamnya tidak membaca doa selepas tabir keempat,mereka terus memberi salam selepas takbir keempat.

Rukun solat jenazah 7 perkara
Pertama:  niat.                                                                        
Kedua:   berdiri betul                                                             
Ketiga: Empat kali takbir termasuk takbiratulihram.      
Keempat: Membaca Fatihah selepas takbir pertama.   
Kelima: Selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir kedua
Keenam: Doa khusus bagi mayat sesudah takbir ketiga
Ketujuh: Memberi salam selepas takbir keempat.          

Niat: Sengaja aku solat keatas mayat yang disifatkan oleh imam ini,empat takbir fardu kifayah ma'umum kerna Allah Taala.

Gambaran dari roof top .

Wednesday, 12 December 2018

UMRAH OH UMRAH(Mekah 15/11/2018)

DiMekah pagi ini agak sejuk,di dataran terasa hujan renyai-renyai. Kelihatan petugas mencuci  bagitu sibok membersihkan lantai sementara kelihatan kenderaan khas mengeringkankan lantai  berbaris datang kesatu satu kawasan mengeringan lantai.Bagitu cekap mereka menjalankan tugas mereka.Terus memasukkan karangan masjid dengan berdoa.Kelihatan bagitu ramai walaupun belum masuk waktu subuh.Kami menuju ke ruang untuk muslimah, kelihatan pencuci wanita bagitu sibok dengan vacuum cleaner membersihkan ruang solat ini.

Kami bergegas balik ke hotel dari masjid kerana Mutawwif akan menjemput kami untuk ke ziarah luar.  Sementara menunggu Mutawwif sampai sempat jugalah aku melihat persekitaran hotel itu.Di hotel Nada Daefah aku masih lagi berpeluang mengambil gambar didepan hotel .

Bas menuju ke Ta'if .Didalam bas Mutawwif memberi sedikit penerangan mengenai Ta'if.Ta'if merupakan salah sebuah daerah yang sangat subur di Arab Saudi,dimana disinilah pelbagai tumbuhan dan buah-buahan segar.Ta'if terletak kira kira 80 km ditengggara Mekah dan berada pada sekitar 1,800 meter dari aras laut di banjaran Sarawat, khususnya di lembah Asin dan al Nada.Taif juga dikenali dengan tempat memproses bunga Ros .Dikatakan 10,000 kuntum bunga Ros digunakan untuk menghasilkan cairan pewangi yang berkualiti tinggi.Sebelum kesana kami telah dimaklumkan oleh travel agensi bahawa untuk ke Ta'if dikenakan bayaran SR 150 seorang merangkumi lawatan,makan minum kerana ke Ta'if perjalanan sehari suntuk.

Sampai ke Ta'if kami dibawa ke Masjid Abdullah Ibnu Abbas.Menurut cerita kenapa masjid itu dinamakan Abdullah Ibnu Abbas.Mengikut sejarah Abdullah bin Abbas telah menjadi pembantu Rasullulah sejak kecil lagi dan sentiasa mengikut kemana saja Baginda pergi. Menjadikan ia mendapat ilmu terus dari Nabi.

Setelah kewafatan Rasullulah beliau terus mencari ilmu dari sahabat sahabat Rasullulah.Beliau merupakan orang yang amat cerdik dan telah meriwayatkan lebih kurang 1600 hadis.Hadis yang dikumpulkan beliau datangnya secara terus dari Rasulullah dan juga dari sahabat-sahabat Rasulullah.

Beliau berhijrah ke bumi Ta if untuk mendidik masyarakat Ta if dan beliau dapat mengislamkan bumi Ta if hinggalah kewafatannya.

Perjalanan diteruskan melewati  masjid Addas.Teringat akan  rujukan aku sebelum keTa'if.Sedikit perkongsian tentang Addas .Addas beragama Nasrani berasal dari Iraq.ketika Rasululah  berhenti penat dikebun anggur dalam perjalanan ke Ta if.Rasulullah berteduh dimana dakwahnya tidak diterima.Addas memberi anggur kepada Baginda. Ketika hendak makan,Rasullulah membaca Bismillah sehingga menyebabkan Addas terkejut kerana tidak pernah mendengar ucapan itu,lantas bertanya agama Rasulullah.Sejurus Rasulullah mengatakan islam,Addas merangkul dan mencium tangan baginda dan seterusnya memeluk islam.Addas adalah orang pertama di Ta if yang memeluk islam. 

Dari situ terus melewati masjid Kuk.Diceritakan masjid ini sangat bersejarah ,kerana pertama kalinya baginda berkunjung ke Ta if beliau melakukan solat dimasjid ini,namun sambutan penduduk Ta if kurang baik,mereka melemparkan batu kepad a Rasullulah.Pada saat masyarakat Ta if melempar Rasulullah dengan batu,turunlah malaikat penjaga gunung Ta if meminta izin untuk membaling gunung Ta if kepada masyarakat yang melemparkan batu itu,tapi baginda tidak mengizinkan,sehingga batu itu tergantung sampai hari ini.

Kami dibawa oleh Mutawwif ke kilang minyak wangi.Kilang ini menjadi pilihan bagi lawatan yang dianjurkan oleh agensi umrah.Sampai tempat itu hujan mulai turun.kedinginan mula terasa.Mutawif menghidangkan kami dengan teh perisa Ros.Tayangan video disediakan cara penghasilan minyak ros adalah kaedah penyulingan air kelopak bunga Ros dari jenis 'damascene atau damaskus.Terdapat jualan disitu seperti minyak wangi,eau de colonge/body palace,sabun dll.Juru jual juga menerangkan cara pemakaian minyak wangi bertahan lama cukup sekadar sapu sedikit dinadi atau dibelakang telinga.

Dari situ kami dibawa ke restoran nasi Arab.Disitu jemaah boleh memilih cara makan bermeja atau bersimpuh di lantai.Kami bertiga memilih di lantai.Cara hidangan makanan dilonggokkan nasi dengan ayam ,kambing diatas plastik dan makan beramai.Sungguh enak rasanya.

Dari restoran itu bas bergerak menuju ke pasar buah.Kedinginan kian terasa,kelihatan kabus tebal serta jarak penglihatan kabur.Difahamkan suhu 18 celcius.Terdapat pelbagai buahan segar seperti anggur,buah delima ,mangga dan bermacam macam lagi.Hari kian petang,bas bergerak balik,singgah di Masjid Qarn Manazil.Miqat bagi yang diTa'if. Kali ini kami bertiga tidak buat umrah sunat.

Selepas insya kami kembali semula ke Nada Daefah kerana ada  bacaan yasin serta taklimat.Bacaan yasin diketuai oleh Ustaz Asyraf serta beliau menyampai taklimat tentang keberangkatan pulang jemaah ke Malaysia.Rasa sedih pula untuk meninggalkan tanah suci.Melihat sepuas-puasnya keadaan di Masjidil Haram dalam perjalanan pulang ke hotel.

kelihatan petugas pencuci wanita bagitu sibok membersihkan diruang solat wanita.
Panorama di lobi di Millennium Towers
Berswafoto di lobi hotel sementara menunggu Mutawwif datang menjemput kami keziarah luar.
Mutawwif ustaz Ridwan  memberi penerangan tentang tempat tempat bersejarah yang akan dikunjungi.
Pemandangan di Ta'if
Gambar pintu gerbang Masjid Abdullah Ibnu Abbas
Kesempatan bergambar dihadapan Masjid Abdullah Ibnu Abbas.
bergambar dengan Mutawwif dihadapan Masjid Abdullah Ibnu Abbas sementara menunggu jemaah lain
permaidani diruang solat didalam masjid Abdullah Ibnu Abbas.

Sebelum keluar dimana- mana masjid aku lawati akan berdoa

"Ya,Allah,Ya,Tuhan kami,perkenalkanlah doa kami,berikanlah aku afiat kepada kami,ampunkanlah segala dosa-dosa dan kesalahan kami,sempurnakan ajal kami didalam islam.Hidupkanlah kami didalam islam,satukanlah kami dengan orang-orang yang soleh.Ya Allah,aku tinggalkan tempat suci ini pada hari ini hingga hari kiamat dengan ikhlas dan jujur.Aku bersaksikan sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kelihatan Mutawwif sedang melayan jemaah dengan memberi secawan kecil teh yang berperisa bunga Ros.

Kesempatan berfoto sebelum dihidang nasi mandy Arab.
Ini cara memakan nasi Arab dengan dihidang diatas plastik dan dimakan beramai ramai didalam satu hidangan. 
Pelbagai jenis buah-buahan terdapat disitu.Semunya segar.Ada terdapat sejenis buah daripada kaktis  yang jual disini.Rasanya lemak dan enak.
Suhu disini lebih kurang 18celcius diikuti dengan hujan renyai-renyai.
Kabus tebal dan cuaca sejuk.Kami memang membawa baju sejuk kerana sebelum kesinii kami melayari u  tube menyatakan hujan dan suhu dingin.
Melewati  Masjid kuk.
Namanya masjid kuk tapi sesungguhnya hanya penanda berupa bangunan kecil berbatu bata sangat sederhana.Didalamnya ada ruangan kecil yang digunakan untuk solat bagi beberapa orang.
Bergambar didepan masjid Miqat Qarun Al-Manazil(Al Soal Al Kabir)
Didalam ruang solat wanita kelihatan corak permainannya sebegini.
Kelihatan tempat permainan   perjalanan pulang dari Ta if.
Panorama pemandangan di kawasan masjidil Haram sebelum kami menghadiri taklimat pulang ke Malaysia.