Sebelum subuh lagi,kami sudah berada didalam Masjidil Haram.Hati rasa sayu kerana ini merupakan solat subuh yang terakhir.Kesempatan diambil dengan meneruskan membaca alquran.
Kembali ke hotel,mengemas barang barang agar jangan ada yang tertinggal.Setelah siap semuanya ,kami Kembali semula ke Masjidil Haram agar dapat masok ke Hijr Ismail sebelum melakukan tawaf wida .Tawaf wida adalah tawaf perpisahan. Sebelum masuk kedalam masjid kami minum dahulu air zam zam.
Lafaz niat tawaf wida
Ya Allah, aku hendak melakukan tawaf Baitullah Haram tujuh kali keliling tawaf wida,maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Taala.
Kami dimaklumkan oleh Mutawwif untuk melakukan tawaf wida ini sebelum zohor dan dimaklumkan juga selepas tawaf terus balik ke hotel.Kami akur.
Pada pagi itu kami telah pergi ke Hijr Ismail dengan harapan dapat melakukan solat sunat serta berdoa.Alhamdulillah kami dapat masok dan sempat berdoa.Orang bagitu ramai bersesak didalam.Kelihatan ada wanita terjatuh tersungkur .Tidak kesampaian untuk solat.
Kami melakukan tawaf wida sebelum zohor.Seterusnya kami melakukan solat sunat tawaf dan diakhiri dengan doa.
Selesai kami terus beredar dan terus balik ke Hotel menuju ke restoran. Malangnya,kami tidak dibenarkan masuk oleh petugas disitu.Ini adalah dugaan kami.Mutawwif dimaklumkan.Beliau terus membawa kami ke restoran hotel bertemu dengan petugas itu.Petugas itu lantas mohon maaf dan membenarkan kami masuk.Tidak berselera pula nak makan.
Pukul 2 ptg,Mutawwif menjemput kami menuju ke Nada Daefah Hotel.Disebabkan sudah masok waktu zohor kami solat di surau di hotel itu.Disini sempatlah kami menimbang bag "luggage" yang tidak boleh melebihi 23kg satu beg.Alhamdulilah semua beg kami menempatkan arahan.Para jemaah dibenarkan untuk membawa 2 beg setiap seorang.
Kami menaiki bas ke Jeddah.Kesedihan mula terasa,tapi ku tanamkan niat aku pasti akan datang lagi ke sini dengan izin Allah.Sampai di Jeddah,bas berhenti di Mall.Mutawwif memaklumkan diberi masa 1 jam berada disitu.Kami tidak turun dari bas kerana memerlukan kami melintas jalan ke Mall.Ramai yang hanya menunggu jemaah lain duduk didalam bas sahaja.Dari situ kami dibawa ke restoran untuk makan malam.Hidangannya pastilah nasi Arab.Aku tidak dapat menggambar detik -detik ini sepanjang perjalanan balik disebabkan masalah fon.
Dari situ terus ke lapangan terbang Jeddah.Setelah selesai memastikan beg beg kami ok dan diurus oleh Mutawif.Kami dibawa oleh Mutawwif ke surau disitu untuk menunaikan solat.
Bergambar seketika sebelum berlepas bersama Mutawwif untuk dijadikan kenangan.Kami dibawa menaiki shuttle ke kapal terbang. Penerbangan berlepas pada pukul 3 pagi(waktu Arab saudi) pesawat SV 834 JED- KUL.Selamat sampai ke KLIA pukul 5.55 petang waktu Malaysia.
Kami disambut oleh dua orang Mutawwif dari Wira Saujana.Diberikan 1 kotak air zam zam serta pewangi.Kesempatan bersalam salaman dengan jemaah .Semuga silaturahim berpanjangan.
Sedia menunggu anak,menantu serta cucu-cucuk.Kami solat dahulu di surau di KLIA sebelum pulang.

Ini adalah pintu masok setiap waktu solat di Masjidil Haram.

berfoto seketika selepas solat subuh.
Bergambar sebelum kedalam Masjidil Haram melakukan Tawaf Wida.
Doa tawaf wida
Ya Allah,Ya Tuhan ku! yang memberi segala perlindungan,lindungilah aku.Allah yang Maha mendengar,perkenankanlah permohonannya.
Ya Allah,Tuhan yang Maha Gagah Perkasa ,tutupkan segala kelemahan ku. Ya Allah Yang Maha Pemurah ,kasihanilah aku.Ya Allah,Ya Tuhan yang mengembalikan sesuatu,kembalikan daku ke Baitullah ini lagi dimasa masa akan datang.
Ya Allah,murahkan rezeki supaya dapat kembali menziarahi Baitullah berulangkali dengan bertaubat,beribadat,mengucap syukur dan puji-pujian.Telah benar janji Allah,bagi menolong hambaNya memuliakan sekalian bala tenteraNya dan mengalahkan musuhNya dengan keraguanNya.
Ya Allah, selamatkanlah kami dan hamba-hamba Engkau yang menziarahi Baitullah dan mengerjakan fardu haji dan umrah,mereka berjihad,mereka yang musafir sama ada melalui daratan,lautan atau ruang udara dimana mereka ini terdiri dari umat Sayidina Muhammad saw seluruhnya.
Ya Allah Ya Tuhan ku,peliharakalah aku daripada segenap pihak dikanan,dikiri,dihadapan,dibelakang,diatas dan dibawah ini ku sehingga aku sampai kembali keluargaku dan negeriku.Ya Allah,Jangan lah Engkau jauhkan aku daripada rahmat Mu walaupun sekelip mata sekalipun.
Ya Allah,Ya Tuhanku,Engkau yang menjaga kami didalam perjalanan ,Engkaulah yang menjaga keluarga kami,sepeninggalan kami menziarahi rumah Engkau,hancurkanlah segala musuh musuh kami,Engkau membinasakan mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami.
Ya Allah Ya Tuhan,kurniakanlah nikmat penglihatan ku dan perlihatkanlah pembalasanMu terhadap seteru ku,tolonglah aku daripada mereka yang menganiaya aku.
Ya Allah,Ya Tuhanku,Aku berlindung dengan Engkau daripada segala kedukaan,kelemahan,kemalasan,pengecut menghadapi segala penceroboh,kikir,kedekut dan bergelumbang didalam hutang yang tidak putus atau kekerasan musuh.
Ya Allah Ya Tuhan ku,pendekkanlah perjalanan kami,selamatkanlah kami dari apa yang mendukacitakan kami.Ya Allah,Sampaikan lah perkhabaran baik dan berikanlah keredhaan Mu dengan kekuasaaMu,Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa.
Ya Allah,Temankanlah kami didalam perjalanan ini dan peliharalah kami dan keluarga kami.Ya Allah,Peliharakanlah disekeliling ku,dibelakang,di kanan,di kiri,dan di atas ku.Aku berlindung dengan kebesaran Mu daripada segala yang membinasakan aku,Wahai Tuhan yang Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selesai berdoa di Hilji Ismail masih lagi kesempatan berdoa,sebelum melakukan Tawaf wida
Selepas melakukan tawaf wida,terus ketempat air zam zam mengambil berkat
Pemandangan dari hotel suasana diKota Mekah
Bergambar beramai ramai Di lapangan Terbang Jeddah.
Cucu datang menjemput kami pulang dari melakukan umrah.
Doa ketika berada dengan keluarga
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Segala puji hanya tertuju kepada Allah yang tidak mati dan sirna selamanya.(Sesungguhnya)kami bertahmid kepadaMu Ya Allah dengan ibadah kami yang telah kami selesaikan dan dengan sunnah nabi Mu yang telah kami jalani.Kami bertaubat,kami bertaubat,kami bertaubat kepada Allah,kami mengharap taubat kami diterima,kami tidak akan mengulangi dosa-dosa lagi.Ya Allah,sampailah kami dan orang_orang yang kami minta keampunan kepada Mu dari ahli bait kami,saudara saudara kami,dan segenap kaum muslimin dan muslimat,wahai Tuhan Maha Perkasa dan Maha Pengampun dengan memohon rahmat wahai zat Yang Maha Pengasih.
Anakku sempat berbisik kepadaku "Ibu doa dan niat sebelum balik umah ibu akan dapat mengerjakan umrah lagi."aku mengangguk mengiakan kata-katanya.
Aku berdoa agar aku dapat menjejakkan kaki ku ke tanah suci dengan melibatkan ganda lagi amalannya disana.Amin.