Monday, 30 October 2017

Yogyakarta..berlibur..(siri 3)Mailobo &Alun Alum.

MAILOBO &Alun Alun

Sepanjang  perjalanan ke Mailobo Encik EKo membawa kami mengelilingi kota Yogyakarta melintasi tugu Jogja,bangunan keeajaan serta sadium..Melintasi tugu jogja kata Encik Eko ianya memiliki mintos.Didirikan oleh Pangeran Raden Mas Sujana/Sri Sultan Hamengkubuwono pertama sebagai peringatan persatuan raja &rakyat dalam melawan Belanda pada ketika itu.Aku bagitu teruja mendengar penerangan yang jelas tapi kadang kala aku kurang faham daleknya.Bagitu juga dengan nama  Mailobo dalam bahasa sankritnya Maliaoboro' bermakna karangan bunga.Dan ada lagi satu pandangan mengatakan dari nama seorang kononiel Inggeris yang bernama 'Marlborough' yang pernah tinggal disitu pada 1811-1816 M.Itulah yang diterangkan dan aku mencatitkan sebagai kenanganku mengenai fakta sejarah.

Tiba di Mailobo sudah petang.Kedaan jalan disana sesak.Kelihatan sederetan kereta kuda  serta beca berada dihadapan kedai -kedai menunggu untuk disewa .Kami memulakan membeli belah,dari satu pintu kedai kami masok.Disitu terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai barang  seperti beg kulit ,t-shirt berema Yogyakarta , sandal ,kain sarong.Boleh dikatakan jualan disitu keseluruhan bercorak batik. Aku serta adik kesayangan membeli baju serta seluar batik sebagai souvier.

Deretan kedai disana membuat aku teringat Kenanga di Kuala Lumpur .Ada juga gerai -gerai kecil diluar kedai yang menjual bag kain,gelang rantai, seleper, seluar batik dengan harga yang berpatutan.

Setelah penat memasoki dari satu kedai ke satu kedai  kami duduk di kerusi ysng terdapat disitu.Kelihatan ada kereta sorong yang lalu,kelihatan orang menjual air meneral,keropok.Disitu terdapat warong terdapat meja panjang bagi pelangan menjamu selera dengan bersila.

Aku sempat menikmati air kopi yang dijual disitu dengan membawa plas panas.Bila dibeli akan dibancuhnya.Aku dapat menikmati keenakkan kopi sambil mendengar nyanyian dari penyanyi jalanan. Pelbagai lagu dinyanyinya dengan suara yang cukup mempesonakan.

Dari situ kami dibawa ke Alun Alun.Kelihatan dari jauh terang menerang cahaya.Bila didekati kelihatan bermacam jenis kereta berhias.Ianya perlu dikayoh .Kami tidak lama disitu kerana sudah lapar. Kami dibawa ke restoran yang menyediakan makanan ala-ala ayam penyet.Hari telah larut malam kami pulang ke hotel.Dihotel kami berfoto  dengan Encik Eko sebagai tanda kenang kenangan.Terima kasih Encik Eko kerana membawa kami melancong ke tempat  yang indah.

Kereta kuda 
berfoto belatar belakangkan deretan kedai di Mailobo
Rakan rombongan Rashidah  bersama penyanyi jalanan.
kereta berhias yang terdapat di Alun Alun.
makan malam bersama dengan Encik Eko

Berfoto dengan Encik Eko pemandu van di hari terakhir kami berada di Yogyakarta.

No comments:

Post a Comment