Tuesday, 24 October 2017

Yogyakarta...berlibur di Candi Prambanan.

 Dipagi 21/10/2017 hari Sabtu,pagi -pagilagi aku telah bangun bersiap ke Klia2 mengikut adik kesayanganku bercuti bersama teman sepejabatnya ke Yogyakarta. Aku dan buah hatiku ke Klia2.Kami parking kereta disana.Tiba disana kami dua beranak terus ke kafe kerana adik kesayangku srta rakan-rakannya bersarapan pagi.Setelah sarapan kami terus ke check in bagasi,setelah proses disitu selesai kami terus ke gate 19.Penerbangan  pada pada pukul 11 pagi. Cuaca pada hari ini cukup memuaskan.Tiba disana kami dijemput oleh Cik Eko.Tempat pertama yang kami pergi setelah memijak bumi Yogyakarta adalah restoran makan.Makanan disitu bagitu enak sekali.

Di hari pertama tempat yang akan kami kunjungi adalah Candi Prambanan,Candi Ijo serta Hutan Pinus Pengger.

  Van kami menuju terus ke Candi Prambanan.Dari jauh kelihatan tersergam indah di sinari matahari. Memasoki ke Candi dikenakan bayaran sebanyak Rp300.000 kira-kira RM100 Malaysia.Memasoki saja kami diberitahu oleh penjaga disitu untuk menukar kopun untuk mendapat air mineral secara percuma. Kami mula teruja untuk berfoto.

  Candi Prambanan adalah salah satu kompleks candi yang terkenal di Indonesia peninggalan kerajaan dan Dinasti Sarijaya bercorak agama hindu dibangun pertengahan abad ke 9 di dirikan oleh Raja Balitung Maha Sambu.Menjulang setinggi 47 meter memiliki 3 candi utama yang mengadap keTimur yakni Candi wisnu,Candi Brahma dan Candi Siwa yang sangat unit .Bangunannya yang kukuh serta unit ukirannya. Keluasan 39.8 hektar.Disitu terdapat bagitu banyak candi.

Bagitu ramai pelawat disana.Aku serta rakan adik kesayang teruja berfoto disini.

 Berbagai gaya kami pose.Sesekali kami masok kedalam candi melihat suasana didalamnya.Agak gelap.Terdapat satu batu bersurat tentang gempa bumi yang mengakibatkan candi runtuh.Setelah penat melawat candi disana kami menaiki shuttle bus gratis yang disediakan oleh pihak Taman Wisata Candi(TWC) dari Prambanan ke candi candi kecil yang terdapat disana seperti Candi Sambisari,candi sewu dan candi candi yang lain.

Shuttle kami naiki singgah ke mini Museum iaitu Studio Pemugaran Manjusi ghra melihat kisah sejarah akan cara candi bina  Disitu kami diberi lagi air mineral. Meneruskan perjalanan dengan melihat bertapa gahnya candi candi yang kecil terdalam kawasan yang bagitu luas.Terdapat juga taman haiwan memelihara rusa serta padang untuk pelawat beriadah.Terdapat juga gerai jualan bagi pelawat membeli sebagai souvier serta barang kenangan .Ada gerai yang menjual t-shirt serta terdapat jualan lesong batu yang unit bentoknya.Kami semua terus ke van.Destinasi seterusnya ialah Candi Ijo.

Bersarapan pagi  di kafe bersama teman rombongan
Menuju ke gate 19
Didalam van yang dipandu oleh cik Ekol
Di laluan ke Candi Prambanan 
Di Candi Prambanan
Di Studio Pemugaran Manjusrighra
Cara  candi di bina
shuttle bus gratis yang disediakan oleh pihak TWC
gerai yang terdapat di Prambanan

No comments:

Post a Comment