Saturday, 28 October 2017

Yogyakarta..berlibur..(siri 3) Merapi.(Museum Mini Sisa Hartaku)

MUSEUM  MINI SISA HARTAKU

Pagi pagi telah bangun bersarapan makan ubi kayu dengan gula melaka dan nasi goreng jawa,rasanya enak.Hari ini merupakan hari ke tiga kami berada dibumi Yogyakarta.Hari ini cik Eko datang awal kerana katanya ingin di bawa ke Merapi disitu tempat peninggalan sisa letupan gunung berapi. Didalam perjalanan terlihat akan  deretan pokok  yang dicat putih pada batangnya dan juga kelihatan papan tanda yang gah mempamirkan tentang jeep yang perlu disewa apabila sampai disana.Sampai saja ditempat terdapat jeep yang bagitu banyak.Cik Eko memberitahu kami jeep perlu disewa untuk pergi ke tempat sisa letupan berapi itu.Satu mobil jeep Rp350 ribu dalam RM 109.50 boleh memuatkan empat orang.Kami menyewa dua jeep.Kami berempat yang berusia menaiki jeep Encik Nur manakala lima yang muda menaki jeep yang lagi satu.Sebelum berangkatan kami sempat berfoto didepan logo 'JEEP'.

Memulakan perjalanan yang mencabar dengan laluan yang bergelombang menembusi pepohon kehijauan terlihat akan pintu gerbang tertera Selamat datang ke Museum mini sisa hartaku.Sesampai disana Cik Nur membawa kami ke rumah museum mini.Didepan terdapat kekerangka dua ekor sapi milik watinem dan anaknya yang mati terkena awan panas..Memasoki kedalam dapat dilihat sisa -sisa letupan dengan botol yang meleleh,dokumen, peralatan rumah,gelas,piring, sendok,uang logam yang meleleh.Juga kelihatan disudut tepi kelihatan television juga meleleh serta pakaian yang berdebu serta hampir hangus.

Terdapat ruang tamu,ruang tengah serta dua bilik kamar serta bilik mandi.Disalah satu ruang,pengujung dilarang mengambil gambar isi didalam ruang itu.Terdapat bayak gambar digantung di dinding.Yang menarik perhatian aku potret Mbah Maridjan yang dikatakan enggan meninggal tempat itu hingga beliau terkorban..Dikatakan ia penjaga disitu.Kejadian ini berlaku pada 5 hb Nov 2010 pukul 12 lebih 5 minit 40 detik hari jumaat.Ini dapat lihat akan buktinya dengan jam dinding yang terdapat disitu. Yang mengkagumkan  aku akan senaskah alquran tidak hangus disitu terletak didalam kotak cermin untuk ditunjuk kepada pengunjung.Didepan terdapat batu bertulis serta didalamnya ruang bilik tulisan didinding seperti'Bencana bukan akhir segalanya'. Habis sudah semua dan juga diluar terdapat tulisan dibatu bertulis'Dengan anda melihat bekas sisa Erupsi Merapi"maka" renungi /resepi arti hidup ini  oleh Riyanto.Salah satu caranya beliau  memperlihatkan isi hati tentang kemusnahan yang dahsyat . Mengumpul  sisa-sisa,yang rusak akibat letupan,  maka lahirlah Museum Mini Sisa Hartaku". Didalamnya terkumpul koleksi yang cukup lengkap.

Di bahagian depan muzeum terpampang motor dan sepeda yang hangus .Setelah puas melihat hasil koleksi Mbak Riyanto.Kami turun ke jeep berfoto  dengan berlatar belakang tertera Museum Mini Sisa Hartaku.Dari situ meneruskan perjalanan ke Batu Alien.

nasi puteh,tempe  serta daging berlada salah satu meno di kafe

Berfoto didepan logo Museum Mini sisa hartaku
beraksi diatas jeep
didepan pintu  museum mini sisahartaku dengan kekerangka dua ekor sapi.
sisa-sisa barang peralatan seperti dokumen yang terkena awan panas.
Al quran yang tidak hangus.Subhaallah
Potret Mbah Maridjan yang terkorban semasa letupan pada 5 nov 2010.
Batu bertulis  yang menjadi renungan buat kita terdapat di Museum Mini Sisa Hartaku.
Berfoto dengan Hajjah Norihan (adik kesayangan) dengan Encik Nur pemandu jeep
Dua kerangka motor di bahagian depan Museum ini

No comments:

Post a Comment