Friday, 27 October 2017

Yogyakarta..berlibur...Restoran Bumi Langit(siri 2)

RESTORAN  BUMI LANGIT.

Dari Rumah Hobbits van menuju ke restoran Bumi Langit.Kelihatan sudah ramai yang sedang menjamu selera.Tempat parking disediakan. Memasuki restoran itu perlu menanggal sepatu. Semua meja sudah penuh kami terpaksa menunggu sementara itu sempat juga melihat ada jualan dimeja disitu seperti jamu.

Kami dipelawa oleh pelayan di restoran menempatkan kami menjamu selera dihujung restoran berhampiran dengan dapor masak.Buah hati memilih roti sorgun sementara menunggu nasicampur sampai.Dikalangan kami memesan air mangga serta air sirsak.Aku melihat dapurnya dari tempat duduk didapati dapurnya cukup besih walaupun tukang masaknya ramai.

Buah hati memberitahu ku bahawa buah buahan yang diblend serta sayuran yang dimasak adalah hasil tanaman restoran itu sendiri.

Makanan disini bagitu enak sekali.Bersyukur sangat dapat menikmati makanan yang enak di negara orang menepati selera.

Terdapat musolah diatas bersebelahan restoran bagi mereka yang ingin solat .

Dari restoran Bumi Langit van kami menuju ke Pantai Parangtritis.

Restoran Bumi Langit
suasana di restoran bumi langit
air mangga
nasi campur
menu bumi langit

No comments:

Post a Comment