Friday, 27 October 2017

Yogyakarta...berlibur : pantai parangtritis (siri 2)

PANTAI PARANGTRITIS.

Didalam perjalanan ke Pantai Parangtritis kelihatan sekumpulan orang berdiri didalam lori.Bila aku tanya pada Cik Eko dia menerangkan bahawa mereka itu pergi menziarahi kematian.Itu adalah caranya tradisi mereka pergi beramai-ramai.

DI rumah simati akan dipasang bendera putih tanda memberitahu  masyarakat disitu bahawa ada kematian dan juga tanda berkabung.

Sampai saja di Pantai Parangtritis  dapat melihat bagitu ramai pengujung dipantai kelihatan terdapat yang sedang bermain layang-layang,mandi mandi, kanak-kanak berlari-lari.Terdapat juga sederet payung  bagi mereka yang berehat melindungi diri daripada panasnya sang matari.Terdapat penjual ais cream dan penjual rojak.Buah hati terus membeli rojak buah.Penjual itu meletaknya didalam mangkok katanya bila sudah makan barulah dipulangkan.

Pasir dipantai ini berwarna hitam.Kelihatan ombak bagitu ganas memukul pantai.Kami menuju ke kereta kuda.Untuk menaiki kereta kuda perlu membayar Rp100.000 untuk satu putaran.Kami setuju untuk menyewa kereta kuda  menyusur pantai.Sambil melihat keindahan pantai pemandu menerangkan tentang kenapa dinamakan Parangtritis.Dalam bahasa jawa"paran".Sedang tetesan air itu disebut "tumatitis"hingga dinamakan tumatis sehingga di daerah dengan sebut "parangtritis ertinya 'air yang menetis dari batu'.

Pemandu terus memandu menyusul pantai hingga kepenghujung pantai ke pantai karang untuk berfoto.Batu karang yang putih bagitu cantik sekali.Kedengaran ombak pemukul batu karang ada membuat kami teruja berfoto.Disana kami pergi kepesisiran pantai bermain dengan ombak yang bagitu cantik bila sang matahari menyinari lautan. Disitu ada juga juru photo langsung jadi kalau kita perlu kidmatnya.

Pemandu kereta kuda membantu kami berfoto bersama kudanya yang bernama 'Joey'.Dari pantai karang kami dibawa mengelilingi persisiran pantai sambil melalui pengujung  bermacam ragam ada yang bermain dengan rakan -rakan.Kelihatan anak -anak berlari kepantai dikejari oleh ibunya.Pelbagai gelagak dapat di lihat dengan ribuan pengujung. Hampir sejam kami mengelilingi pantai hingga pemandu mengambil foto di logo Pantai Parangtritis. Kami beredar kewarong yang terdapat disitu dengan minum petang.Kini van kami menuju  kota Yogyakarta ke Butik Rumah.

Pada pandangan peribadi saya,dapati keadaan pantai yang dijaga dengan bagitu rapi sekali hingga dapat menarik ramai pengujung.Mengunakan kereta kuda  sebagai kenderaan untuk menikmati keindahan pantai disini.

 
kelihatan lori membawa pelawat menziarahi kematian
pengujung bagitu ramai di pantai
Kelihatan sederetan  payung bagi pengujung berehat
kelihatan indahnya panorama di pantai Parangtritis
pasir hitam terdampar di Pantai Parangtritis
di di Pantai Karang 
pemberitahui mengenai tarif naik  bendi kuda
beraksi membelakangkan logo 'Pantai Parangtritis'
meno terdapat diwarong diPantai Parangtritis
deretan warong di Pantai Parangtritis

No comments:

Post a Comment