Dari Pantai Parangtritis van terus menghala ke Masjid Raya Al-Muttaqun.Kami semua solat dimasjid tersebut.Bentuk masjid yang sedehana sahaja.Tiada foto diambil diabadikan disini.
Dari Masjid itu meneruskan perjalanan kami Batik Rumah suryowijayaan.Jualannya hanya bercorakkan batik.Harganya berpatutan.Aku mula rambang mata,kelihatan semuanya cantik. Sejadahnya amat menarik perhatianku.
Dari Batik Rumah kami dibawa ke Bakpia Pathok(ole-ole jogja) tempat menjual makanan ringan seperti pia crispy molek,kacang ijo perasa keju ,nenas ,coklat. Rakan-rakan membeli untuk dibawa balik sebagai cenderahati.Terdapat ramai juga orang tempatan membeli mungkin untuk jualan.
Badan mula terasa kurang selesa akhirnya di bawa ke spa.Urutan seluruh badan cara jawa disini dikenakan bayaran sebanyak Rp125 ribu se jam.
Perut mula terasa lapar kami dibawa ke restoran nasi ayam penyek Surabaya.Semua dari kalangan kami memesan ayam penyet kampong.Air semestinya air sirsak iaitu air durian belanda yang memang enak. Hari sudah lewat malam dalam kepenatan kami pulang ke hotel. Semuga besok pasti lebih mencabar tempat yang kami akan pergi.Berakhir lawatan kami pada hari Ahad 22/10/2017.
No comments:
Post a Comment