KEPULANGAN KE MALAYSIA..bye bye Yogyakarta.
Setelah memastikan barang-barang telah dikemas sebaik mumgkin.Aku dan adik kesayangan ke kafe untuk sarapan pagi buat kali terakhir.Ubi kayu yang bersira dan mee goreng serta air kopi.
Balik ke bilik mengambil bag kelihatan pemandu van hotel sudah berada di lobby menunggu kami semua dihantar ke airport.Sebelum berangkat balik sempat lagi berfoto.Bayaran yang dikenakan bagi sebuah van Rp150 ribu.Kami menyewa dua buah van.Selamat tinggal hotel Tasneem.
Seperjalanan ke airport aku sempat berbual dengan pemandu van iaitu Encik Senario.Dia menceritakan tentang tempat yang cantik terdapat diYogyakarta ini dari digunung ke hutan hingga ke tepian pantai.Ini memang aku akui akan keindahan alam yang cantik disini.
Sampai saja diairport terus berurusan dari chech in bagasinya hingga selamat ke check in Imegersen. Sementara menunggu untuk berangkat balik masih sempat minum di Coffee bean.Penerbangan balik ke Malaysia menggunakan kidmat AirAsia.
Sampai ke Malaysia dengan selamatnya.Terima kasih kepada adik kesayanganku Hajjah Norihan atas pelawaan bercuti bersama teman -teman sekerja nya iaitu Rasidah,Hanis Sofiana,Cik Viva,Thah,Nasa, AmiroMiyo.Kalian sporting serta mesra.Tak ketinggalan juga buat buah hati ibu(Opie)menjadi pemandu pelancong kami.Mungkin disuatu masa nanti pasti kedestinasi lain pula kita bercuti.Satu percutian yang menghiburkan.Bye bye Yogyakarta.