Monday, 30 October 2017

Yogyakarta..berlibur..(siri4)siri akhir..

KEPULANGAN KE MALAYSIA..bye bye Yogyakarta.

Setelah memastikan barang-barang telah dikemas sebaik mumgkin.Aku dan adik kesayangan ke kafe untuk sarapan pagi buat kali terakhir.Ubi kayu yang bersira dan mee goreng serta air kopi.

Balik ke bilik mengambil bag kelihatan pemandu van hotel sudah berada di lobby menunggu kami semua dihantar ke airport.Sebelum berangkat balik sempat lagi berfoto.Bayaran yang dikenakan bagi sebuah van Rp150 ribu.Kami menyewa dua buah van.Selamat tinggal hotel Tasneem.

Seperjalanan ke airport aku sempat berbual dengan pemandu van iaitu Encik Senario.Dia menceritakan tentang tempat yang cantik terdapat diYogyakarta ini dari digunung ke hutan hingga ke tepian pantai.Ini memang aku akui akan keindahan alam yang cantik disini.

Sampai saja diairport terus berurusan dari chech in bagasinya hingga selamat ke check in Imegersen. Sementara menunggu untuk berangkat balik masih sempat minum di Coffee bean.Penerbangan balik ke Malaysia menggunakan kidmat AirAsia.

Sampai  ke Malaysia dengan selamatnya.Terima kasih kepada adik kesayanganku Hajjah Norihan atas pelawaan bercuti bersama teman -teman sekerja nya iaitu Rasidah,Hanis Sofiana,Cik Viva,Thah,Nasa, AmiroMiyo.Kalian sporting serta mesra.Tak ketinggalan juga buat buah hati ibu(Opie)menjadi pemandu pelancong kami.Mungkin disuatu masa nanti pasti kedestinasi lain pula kita bercuti.Satu percutian yang menghiburkan.Bye bye Yogyakarta.


van hotel Taseem yang menghantar kami ke airport
kami berfoto sebelum pulang ke Malaysia.Bye bye Yogyakarta
ke Adisutjipto Airport
kembali pulang ke Malaysia menggunakan kidmat AirAsia

Yogyakarta..berlibur..(siri 3)Mailobo &Alun Alum.

MAILOBO &Alun Alun

Sepanjang  perjalanan ke Mailobo Encik EKo membawa kami mengelilingi kota Yogyakarta melintasi tugu Jogja,bangunan keeajaan serta sadium..Melintasi tugu jogja kata Encik Eko ianya memiliki mintos.Didirikan oleh Pangeran Raden Mas Sujana/Sri Sultan Hamengkubuwono pertama sebagai peringatan persatuan raja &rakyat dalam melawan Belanda pada ketika itu.Aku bagitu teruja mendengar penerangan yang jelas tapi kadang kala aku kurang faham daleknya.Bagitu juga dengan nama  Mailobo dalam bahasa sankritnya Maliaoboro' bermakna karangan bunga.Dan ada lagi satu pandangan mengatakan dari nama seorang kononiel Inggeris yang bernama 'Marlborough' yang pernah tinggal disitu pada 1811-1816 M.Itulah yang diterangkan dan aku mencatitkan sebagai kenanganku mengenai fakta sejarah.

Tiba di Mailobo sudah petang.Kedaan jalan disana sesak.Kelihatan sederetan kereta kuda  serta beca berada dihadapan kedai -kedai menunggu untuk disewa .Kami memulakan membeli belah,dari satu pintu kedai kami masok.Disitu terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai barang  seperti beg kulit ,t-shirt berema Yogyakarta , sandal ,kain sarong.Boleh dikatakan jualan disitu keseluruhan bercorak batik. Aku serta adik kesayangan membeli baju serta seluar batik sebagai souvier.

Deretan kedai disana membuat aku teringat Kenanga di Kuala Lumpur .Ada juga gerai -gerai kecil diluar kedai yang menjual bag kain,gelang rantai, seleper, seluar batik dengan harga yang berpatutan.

Setelah penat memasoki dari satu kedai ke satu kedai  kami duduk di kerusi ysng terdapat disitu.Kelihatan ada kereta sorong yang lalu,kelihatan orang menjual air meneral,keropok.Disitu terdapat warong terdapat meja panjang bagi pelangan menjamu selera dengan bersila.

Aku sempat menikmati air kopi yang dijual disitu dengan membawa plas panas.Bila dibeli akan dibancuhnya.Aku dapat menikmati keenakkan kopi sambil mendengar nyanyian dari penyanyi jalanan. Pelbagai lagu dinyanyinya dengan suara yang cukup mempesonakan.

Dari situ kami dibawa ke Alun Alun.Kelihatan dari jauh terang menerang cahaya.Bila didekati kelihatan bermacam jenis kereta berhias.Ianya perlu dikayoh .Kami tidak lama disitu kerana sudah lapar. Kami dibawa ke restoran yang menyediakan makanan ala-ala ayam penyet.Hari telah larut malam kami pulang ke hotel.Dihotel kami berfoto  dengan Encik Eko sebagai tanda kenang kenangan.Terima kasih Encik Eko kerana membawa kami melancong ke tempat  yang indah.

Kereta kuda 
berfoto belatar belakangkan deretan kedai di Mailobo
Rakan rombongan Rashidah  bersama penyanyi jalanan.
kereta berhias yang terdapat di Alun Alun.
makan malam bersama dengan Encik Eko

Berfoto dengan Encik Eko pemandu van di hari terakhir kami berada di Yogyakarta.

Sunday, 29 October 2017

Yogyakarta..berlibur..(siri 3) Bunker Kaliadem.

BUNKER KALIADEM.

Dari Batu Alien jeep kami menuju ke Bunker Kaliadem .Perjalanan kesana bagitu mencabar .Sampai disana kami dibawa ketempat terdapat satu terowong iaitu bunker atau lubang pelindung dibawah tanah yang  menyimpan makanan.Kelihatan beberapa anak tangga menuju kebawah.Terdapat ruang lapang dan juga bilik air.Di dalamnya itu terkorban dua orang yang tak kesempatan menutup pintu kebal itu semasa letupan gunung berapa pada tahun 2010.

Kami semua berfoto tulisan tanda'BUNKER KALIADEM'.Di atas sana terdapat tanah lapang masih lagi berfoto belakangkan panorama gunung  .Angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa. Kembali ketempat parking jeep terdapat  beberapa warong yang menjual minuman serta t-shirt.Dari situ pemandu jeep membawa kami ketepi gaung bagitu mengerikan. Kami menjerit sekuat hati kerana pemandu meletakkan jeep dalam keadaan senggit diatas batu yang besar.Disitu kami semua berpose sakan .Ada yang bergambar duduk diatas jeep,bergambar ditepi lereng kelihatan gaung dibawah sana.Kami semua terhibur kerana dapat merasai hebat ciptaan Allah.

Kami pulang ketempat penyewaan jeep dengan membawa pengalaman yang indah.Disitu kami membeli foto ketika melawat Museum Mini Sisa Hartaku sebelum kami pulang.Dari situ ke restoran makan Jejamuran.Makanan disitu sungguh enak.Air sirsak menjadi minuman kegemaran kami semua disana.

Dari Restoran kami terus ke Adisutjipto Airport kerana buah hati(Opie) pulang ke Malaysia ada tugasan. Meneruskan  dengan mengerjakkan solat di Masjid Al-Ittihad.Dari situ kami  ke Mailobo.

Bunker Kaliadem
sempat berfoto berlatar belakangkan gunung ganang
bergaya dengan jeep US ARMY MJ 1958 YK
Suasana ketika pulang dari Bunker Kaliadem

 Didalam masjid Al-attihaad
Di Masjid Al-Attihaad
makan tengah hari di JeJamuran
hidangan yang di order.memang banyak kerana ingin merasai makanan tempatan diJejamuran
melihat lauk yang terhidang pun dah rasa kenyang
Beramai -ramai menikmati  makanan yang enak di Jejamuran.

Yogyakarta..berlibur..(siri 3)Merapi-Batu Alien.

BATU ALIEN.

Dari Museum Mini Sisa Hartaku  menuju ke Batu Alien.Menuju kesana jalannya makin mecabar. Sesekali kami menjerit bila pemandu melanggar objek menyebabkan kami terkejut.Sesampai disana kami berfoto beramai -ramai didepan gerbang tertulis 'Selamat datang diobjek Batu Alien'.

Kami dibawa oleh Encik Nur kesatu tempat terdapat satu bongkah batu yang besar.Menurut beliau batu itu terdampar dipuncak gunung setelah dibawa oleh lahar panas pada tahun 2010 semasa letupan gunung berapi yang dashyat.Keadaan disitu seperti padang jarak padang terkukur.Lahar kepanasan mengambil masa 3 tahun untuk sejuk.

Bongkah batu dapat dilihat mirip menyerupai wajah makhluk yaitu alien.Bila dekat akan nampak tekstur wajah yang lengkap seperti mata,hidung,mulut serta telinga.

Disitu terdapat juga spot foto dan beberapa burung hantu  yang jinak.Ada dikalangan kami berfoto dengan burung hantu ini dengan bayaran Rp 10.000.

Kami berjalan kepenghujung lereng dengan berfoto disitu menikmati panorama  megah gunung Merapi.

Agak lama kami disitu ,matahari kian meninggi ,kami dibawa  ke Bunker Kaliadem.

berfoto didepan pintu gerbang 'Selamat datang diobjek wisata Baru Alien".
Batu Alien berbentuk mata,hidung ,mulut dan telinga
Encik Nur memberi penerangan tentang Batu Alien.
Salah seorang dari kami  iaitu Amiro Miyo berfoto dengan burung hantu
Kesempatan berfoto berlatar belakang  gunung diliputi awan.

Saturday, 28 October 2017

Yogyakarta..berlibur..(siri 3) Merapi.(Museum Mini Sisa Hartaku)

MUSEUM  MINI SISA HARTAKU

Pagi pagi telah bangun bersarapan makan ubi kayu dengan gula melaka dan nasi goreng jawa,rasanya enak.Hari ini merupakan hari ke tiga kami berada dibumi Yogyakarta.Hari ini cik Eko datang awal kerana katanya ingin di bawa ke Merapi disitu tempat peninggalan sisa letupan gunung berapi. Didalam perjalanan terlihat akan  deretan pokok  yang dicat putih pada batangnya dan juga kelihatan papan tanda yang gah mempamirkan tentang jeep yang perlu disewa apabila sampai disana.Sampai saja ditempat terdapat jeep yang bagitu banyak.Cik Eko memberitahu kami jeep perlu disewa untuk pergi ke tempat sisa letupan berapi itu.Satu mobil jeep Rp350 ribu dalam RM 109.50 boleh memuatkan empat orang.Kami menyewa dua jeep.Kami berempat yang berusia menaiki jeep Encik Nur manakala lima yang muda menaki jeep yang lagi satu.Sebelum berangkatan kami sempat berfoto didepan logo 'JEEP'.

Memulakan perjalanan yang mencabar dengan laluan yang bergelombang menembusi pepohon kehijauan terlihat akan pintu gerbang tertera Selamat datang ke Museum mini sisa hartaku.Sesampai disana Cik Nur membawa kami ke rumah museum mini.Didepan terdapat kekerangka dua ekor sapi milik watinem dan anaknya yang mati terkena awan panas..Memasoki kedalam dapat dilihat sisa -sisa letupan dengan botol yang meleleh,dokumen, peralatan rumah,gelas,piring, sendok,uang logam yang meleleh.Juga kelihatan disudut tepi kelihatan television juga meleleh serta pakaian yang berdebu serta hampir hangus.

Terdapat ruang tamu,ruang tengah serta dua bilik kamar serta bilik mandi.Disalah satu ruang,pengujung dilarang mengambil gambar isi didalam ruang itu.Terdapat bayak gambar digantung di dinding.Yang menarik perhatian aku potret Mbah Maridjan yang dikatakan enggan meninggal tempat itu hingga beliau terkorban..Dikatakan ia penjaga disitu.Kejadian ini berlaku pada 5 hb Nov 2010 pukul 12 lebih 5 minit 40 detik hari jumaat.Ini dapat lihat akan buktinya dengan jam dinding yang terdapat disitu. Yang mengkagumkan  aku akan senaskah alquran tidak hangus disitu terletak didalam kotak cermin untuk ditunjuk kepada pengunjung.Didepan terdapat batu bertulis serta didalamnya ruang bilik tulisan didinding seperti'Bencana bukan akhir segalanya'. Habis sudah semua dan juga diluar terdapat tulisan dibatu bertulis'Dengan anda melihat bekas sisa Erupsi Merapi"maka" renungi /resepi arti hidup ini  oleh Riyanto.Salah satu caranya beliau  memperlihatkan isi hati tentang kemusnahan yang dahsyat . Mengumpul  sisa-sisa,yang rusak akibat letupan,  maka lahirlah Museum Mini Sisa Hartaku". Didalamnya terkumpul koleksi yang cukup lengkap.

Di bahagian depan muzeum terpampang motor dan sepeda yang hangus .Setelah puas melihat hasil koleksi Mbak Riyanto.Kami turun ke jeep berfoto  dengan berlatar belakang tertera Museum Mini Sisa Hartaku.Dari situ meneruskan perjalanan ke Batu Alien.

nasi puteh,tempe  serta daging berlada salah satu meno di kafe

Berfoto didepan logo Museum Mini sisa hartaku
beraksi diatas jeep
didepan pintu  museum mini sisahartaku dengan kekerangka dua ekor sapi.
sisa-sisa barang peralatan seperti dokumen yang terkena awan panas.
Al quran yang tidak hangus.Subhaallah
Potret Mbah Maridjan yang terkorban semasa letupan pada 5 nov 2010.
Batu bertulis  yang menjadi renungan buat kita terdapat di Museum Mini Sisa Hartaku.
Berfoto dengan Hajjah Norihan (adik kesayangan) dengan Encik Nur pemandu jeep
Dua kerangka motor di bahagian depan Museum ini