Friday, 27 December 2013

Percutian di Bali(sambongan siri ke 2)

Kami dijamu oleh pegawai disitu dengan dihidang air kopi yang bermacam rasa.Saya cuba hanya perasa vanilla rasanya sedap.Kalau nak rasa kopi luwak kena beli harganya mahal.tidak dijual kepada muslim kerana tak halal.Hari sudah petang kami keletihan tetapi masih lagi boleh singgah diwarung yang menjual cenderahati.

Sepanjang pulang kehotel pemandang diwaktu petang cukup cantik sekali.Setelah solat maghrib saya dan suami bersiar-siar dikedai yang berhampiran dengan hotel,malangnya banyak kedai sudah tutup.Disana kebanyakan kedai tutup awal.Dibilik hotel tidak ada tv rasa macam benda tak lengkap sunyi saja,mujurlah cucu datang kebilik bermain-main dengan tok bon sambil mengajak tok bon bermain game.Hari larut malam cucu(deq deq) pinjam i pad untuk dipinjam bawa kebiliknya.Kami pun tidur dengan keletihan.

Percutian di Bali (siri 2)

Hari kedua 8 hb Dec 2013.Pagi-pagi bangun solat subuh.Cuaca diluar cerah sekali.Apabila dibuka pintu hotel terbentang sawah padi.kelihatan orang sedang menanam padi.Sungguh cantik sekali pemandangan disini.Kami terus kewarung Sari untuk sarapan pagi.

Setelah sarapan kami dibawa oleh pemandu pelancung iaitu Cik Made ke rumah traditional orang Bali.Didepan rumah terdapat tulisan berapa penghuni disitu.Berapa pria dan wanita.Didalam kawasan itu terdapat ruang tamu ditengah-tengah sebagai ruang utama.Terdapat juga rumah suci dan rumah untuk disimpan abu nenek moyang mereka.Bagi mereka anak sulung dipanggil dgn panggilan wayan.kedua made,ketiga komang dan keempat dengan pangggilan ketuk.Macam kita disini anak sulung dgn panggilan along,kedua angah dan seterusnya hampir setengah jam kami disitu.

Kemudian kami dibawa kepasar Suka Wati.Berbagai jualan disitu tapi yang menariknya jualan lukisan.Berbagai jenis lukisan semuanya menarik rambang mata dibuatnya tak tahu nak pilih semuanya cantik.Hampir sejam kami disitu.kami telah dibawa makan tengah hari diKitamari Restoran .perjalanan kesitu mengambil masa satu jam setengah.Sepanjang perjalanan dilihat penduduk disitu masa mengekal keasliannya. Direstoran itu kami dihidang secara buffer.Cuaca disitu sejuk sebab diatas gunung ianya menawarkan panorama teres sawah padi bertingkat yang unik seperti tangga,sekali gus memberikan pemandangan yang mengasyikkan.Setelah sarapan kami dibawa ke kawasan lembah iaitu kawasan Gunung Agung iaitu lembah tanah gunung berapi lsememangnya subur.Jesteru pemandangan pemandangan sawah padi yang terbentang luas dapat disaksikan.Ianya pasti memukau sesiapa saja yang melihatnya. .Semasa dilembah itu asyik saja mengambil gambar.

Dari lembah Gunung Agung kami dibawa ke Bali Pudina disitu tempat proses kopi luwak.kami dibawa oleh pegawai disitu melihat musang yang memakan biji kopi dan najisnya diguna untuk membuat kopi.Dari penerangan pegawal itu musang makan kopi.najisnya dibasoh dan dijemur hingga kering dan digoring kemudian ditumbuk menjadi kopi luwak.Kami dijamu oleh pegawal itu.

Thursday, 12 December 2013

Percutian di Bali (siri l )

Percutian ke Bali pada 7/12/2013bersamaan hari Sabtu.Ke Bali bersama anak menantu,cucu-cucu.besan serta anak menantunya iaitu Baizura dan Onn.Pagi-pagi bangun dgn rasa kesyukuran kerana diizinkan Allah badan sihat boleh melacong melihat negara orang.Bertolak dari rumah menaiki teksi ke LCCT.Sampai disana lebih kurang pukul 8.30 pagi.Bersarapan pagi di Mc Donald dan terus check in.

Berlepas pada pukul 9 50 pagi.Sampai dilapangan terbang di Denpasar Ngurai International Airport.Proses untuk masuk agak susah juga terpaksa mengisi borang kemudian menuju ketempat bagasi untuk mengambil bag.Teksi sudah sedia menanti kami.Ia memperkenalkan namanya Komang.Kami terus dibawa ke Uluwatu Temple.Sepanjang perjalan dapati rumah mereka direka bagitu cantik masih kekal keaslianya.Sampai disana kami diberi kain warna kuning atau jingga untuk diikat dipingggang sebagai menghormati tempat suci mereka.Sepanjang berjalan diliring bagitu banyaknya monyet.kami dinasihati berwaspada kalau memakai cerminmata kerana monyet disitu amat meminatinya.Memandangkan disitu amat cantik.Kami semua berihat seketika kerana penat memanjat anak tangga.Setelah membeli tiket kami terus menuju ketempat kecak dance.Tempat duduknya bertingkat-tingkat.Persembahan ini bermula dgn diletaknya ubur-ubur api ditengah-tengah gelanggang.Pawangnya masuk dgn memeterakan tempat itu seterusnya persembahan ini dgn panduan suara daripada 70 orang pria tanpa mengunakan muzik.Tarian ini menceritakan tentang Seri Ramayana.Persembahan ini mengambil masa selama satu jam.Dari tempat duduk kita dapat lihat pemandangan bagaimana matahari terbenam.

Dari Uluwatu temple kami terus ke New Moon Cafe makan malam. .Sambil menikmati hidangan kami disajikan dgn persembahan kebudayaan.Dari situ kami terus dibawa keUbut check in hotel iaitu Tegal Sari hotel tempatnya amat cantik ditepi sawah.

Thursday, 7 November 2013

Muharram(siri3)

Amalan di bulan Muharram. 1)Mandi sunat,mandi dengan niat mandi Asyura(mudah-mudahan selamat dan sihat dalam setahun itu). 2)Bercelak mata (mudah-mudahan tak sakit mata pada tahun itu.) 3)Mengerjakan solat sunat Muharram.Abu Bakar bin Muhammad syatha Ad-Dimyati dalam kitabnya I'anatuth Thalibin menyatakan,bahawa barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada hari sepuluh Muharram nescaya akan diampuni Allah segala dosanya dalam jangka 50tahun.Sembahyang 4 rakaat(dua salam) dibaca pada tiap rakaat akan Fatihah dan Qulhu 11 kali(niscaya diampuni Allah akan dosanya dan dibangun baginya Mimbar dari nur di Syurga. 4)Puasa sunat Muharram.Sepuluh Muharram adalah merupakan hari yang sangat bersejarah didalam islam.Memandangkan sangat mulianya hari tersebut,makaRasulullah saw menganjurkan supaya kita mengerjakan ibadat puasa.Pernah ditanya oleh sahabat,apa faedahnya puasa Asyura itu.Nabi bersabda"Yukaffiri ''ssanata'Imaadhhiah"."Mengkaratkan (menghapuskan) dosa-dosa yang berlalu". 5)Menyapukan/menyantuni anak yatim(diberi Allah kebaikan sebanyak rambut dikepalanya). 6)Bersedekah kepada fakir miskin(seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta selama hidupnya. 7)Meluaskan/melapangkan perbelanjaan rumah tangga(semoga Allah memberikan kelapangan rezekinya dalam masa setahun)sabda Nabi"Barangsiapa melapangkan belanja rumahtangganya(keluarga) pada hari Asyura,Allah melapangkan baginya(rezekinya)) pada tahun itu. Semoga Allah melapangkan hati kita dapat melakukan amalan ini pada bulan ini.Amin.

Tuesday, 5 November 2013

Muharram(siri2)

Doa-doa yang mujarab.Sayyidi Muhamad Ghauthullah telah menyebut didalam kitabnya yang bernama Jauhan.Sesiapa yang membaca pada hari Asyura 70kali zikir ini."Hasbunaa illahu wa ni ma'lwa kil.ni ma lmaulaa wa ni ma nNasiir.Ertinya"Cukuplah kepada Allah kami berserah,ialah sebaik -baik tempat berserah,sebaik-baik memimpin dan sebaik-baik penolong.Kemudian membaca doa ini sebanyak tujuh kali. Maha suci Allah sepenuh-penuh timbangan dan sebanyak-banyak ridhanya dan seberat timbangan Arasynya.Tiada tempat berlindung dan berlepas diri,melainkan kepadanya.Maha suci Allah sebanyak bilangan yang genap dan ganjil dan sebanyak bilangan kalimah Allah yang sempurna,Aku memohon kepadaMu(yaAllah) keselamatan dengan rahmatMu ya Tuhan yang Maha Penyayang dan tiada daya dan upaya dan kekuatan,melainkan dengan Allah yang maha tinggi,lagi maha Agung.Dialah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.Dialah sebaik Pemimpin dan sebaik-baik penolong.Semoga kesejahteraan atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabatnya sekelian,dan segala puja dan puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Sunday, 3 November 2013

Muharam(siri1)

Pengertian Muharram:Muharam ertinya "yang diharamkan" atau "yang dipantangkan".Dinamakan Muharram kerana pada bulan ini dilarang berperang atau menumpahkan darah.Larangan ini berlangsung terus sampai pada masa permulaan Islam. Penetapan satu Muharram sebagai tahun baru Hijrah.Penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.Menilai bahawa peristiwa hijrah Rasullah adalah merupakan peritiwa sangat penting untuk dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.Usulan khalifah Umar bin Khattab diterma oleh para sahabat.maka ditetapkan satu Muharram sebagai permulaan tahun baru dalam Islam atau disebut dengan permulaan tahun Hijrah.Membaca doa(doa akhir tahun)pada akhir waktu asar.sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan zulhijjah.Erti doa akhir tahun"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,segala puji bagi Allah seru sekelian alam,selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan dan sahabatnya sekelian.Ya Allah Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya,maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami,malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau,maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau,maka ampunilah kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhanya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya,maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan yang Mulia.Doa awal tahun .hendaklah dibaca setelah menempurnakan fardu maghrib pada malam satu Muharram.Erti doa awal tahun: Dengan nama Allah yang Maha penyayang segala puji bagi Allah Penguasa sekalian alam selawat dan salam kepada junjungan Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad saw kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.Ya Allah!Engkaulah yang kekal,qadim lagi azali dan diatas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami,kami memohon dan cucurilah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada keluarganya dan pada para sahabatnya dan salam dengan kemurahan Maha Suci Engkau Tuhan yang tinggi dan mulia daripada sesuatu yang disifatkan,dan kesejahteraan kepada sekalian Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.Semoga dengan keizinan Allah swt kita dapat melakukannya pada hari ini. amin

Sunday, 27 October 2013

Tafsir ayat AlKursi(siri 1)

Ayat Al Kursi merupakan ayat ke255 daripada 286 ayat dalam surah Al Baqarah.Ayat ini dikenali dikalangan umat Islam dengan sebutan ayat al kursi,kerana ada sebutan al kursi pada ayat tersebut. Ayat mulia ini dimulai dengan nama "Allah" Yang Mulia keagunganNya,dan ayat ini mengkhabarkan bahawa hanya Allah itu satu-satunya Tuhan bagi seluruh makhluk.Allah itu "Yang tetap hidup" ertinya yang memiliki kehidupan sempurna lagi kekal,tanpa ada permulaan dan tanpa ada akhir.Dan Allah itu "Al Qayyum" ertinya Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan urusan sekalian makhlukNya dan memelihara mereka. "Yang tidak mengantuk usahkan tidur" ertinya Allah itu tidak lalai dan tidak tidur dari makhlukNya.Kerana hal ini merupakan tabiat baharu(makhluk) lemah yang memerlukan kedua perkara tetsebut untuk mengembalikan kekuatan dan kecergasannya. "Yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi".ertinya Allah memiliki segala yang ada dilangit dan dibumi,terdiri daripada manusia,haiwan,tumbuhan,benda mati dan segala yang hidup. "Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat(pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinya" ertinya tiada seorang pun yang dapat memberi pertolongan kepada orang lain disisi Allah Taala,melainkan apabila Allah memberi keizinan kepadanya,dan hanya akan diberi izin dengan berupa ilmu,kebijaksanaan,hikmah dan kurniaan.AlQuran Alkarim dan hadis-hadis sahih telah menyatakan bahawa Allah swt tidak memberi keizinan hambaNya seperti malaikat,dan bahawa syafaat yang besar itu hanya bagi Nabi Muhammad saw.

Friday, 18 October 2013

Khasiat Al Kursi(siri3)

16) Ada ulama yang menganjurkan agar ayat Al Kursi ini diamalkan khasnya bagi mereka yang dalam keadaan dukacita atau dalam kesulitan hendaklah dibaca ayat ini sebanyak 313x,sebaiknya pada waktu tengah malam setelah solat isyak,ditempat atau didalam keadaan sunyi agar benar-benar khusyu dan dalam keadaan berwudhuk yang sempurna. 17)Sesiapa yang membaca ayat al kursi ketika masuk rumah,maka syaitan akan keluar dari rumah itu.Ianya dapat menjaga dirinya,anak cucunya,rumahnya,hartanya dan rumah-rumah jiran tetangganya. 18)Amallah surah al kursi dan dua surah alBaqarah(ayat 285-286). sabda Rasullah saw:Sesungguhnya Allah Taala telah mengakhiri surah Al Baqarah dengan dua ayat yang mana ianya adalah perbendaraan Allah dibawah 'Arasy,maka belajarlah kamu akan ayat itu dan ajarlah ia kepada isteri-isteri kamu dan anak+anak kamu.Maka sesungguhnya ia adalah solat,doa dan Quran. Kaifiat amalan membaca ayat al kursi untul hajat tertentu: 1)Solat sunat 2rakaat sama ada solat sunat mutlaq,solat sunat hajat atau solat tahajjut sebaiknya diwaktu tengah malam yamg sunyi supaya benar-benar khusyu'. 2)Selepas selesai solat bacalah istigfar,bertaubat dan mohon ampun kepada Allah diikuti membaca AlFatihah dan selawat keatas Nabi saw. 3)Seterusnya bacalah Ayat Al Kursi seberapa banyak mengikut jumlah yang dikehendaki.Jika batal wudhuk ambil wudhuk semula.Disini elok diselangi dengan solat sunat semula sebelum menyambung bacaan Ayat Al Kursi. Peringatan:Khafiat mengamalkan membaca ayat Al Kursi ini ada berbagai cara lagi.mengikut yang biasa diamalkan oleh alim ulama dan guru-guru.

Khasiat ayat Al Kursi(siri2)

5)Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Al Kursi sebanyak 170x pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat yang baik,insyaAllah akan berhasil hajatnya. 6)Sesiapa yang selalu marah,bacalah ayat ini.insyaalah akan dijauhkan drp syaitan yg memanaskan hatinya.Mereka yg rajin mengamalkan membaca ayat ini.insyaallah terjauh dari segala bala bencana dan gangguan syaitan. 7)Sesiapa yg membaca ketika mahu tidur bacalah taawwudz sebanyak 3x yaitu:A'uudzu billahi minas syaithaanir rajim.Lalu teruskan dgn membaca ayat kursi sebanyak 3x.Apabila sampai pada bacaan:Wa laa yauuduhuu khifdzuhumaa wa huwal alliyyul adziim".maka ulangilah sampai 3x.Insyallah tidur akan terbebas dari mimpi yang menyeramkan. 8)Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati.amalkan membaca ayat ini se banyak 170x.Amalan ini juga insyallah boleh mendapat petunjuk dari Allah swt tentang sesuatu yang ingin diketahuinya. 9)Sesiapa yg membaca ayat ini ketika hendak tidur maka dua malaikat akan menjaganya hingga kepagi.Ia akan terlepas dari kejahatan jin dan syaitan dan juga kejahatan manusia atau binatang. 10)Sesiapa yg mengamalkan ayat ini setiap selepas solat fardu,maka diampuni dihapuskan tiap-tiap kejahatannya. 11)Sesiapa yang membaca ayat ini dan dihadiahkan kepada ahli kubur,maka Allah swt masukkan empat puluh nur kedlm setiap kuburan didunia dari timur hingga kebarat,dan diluaskan kuburan itu serta mendapat pahala enam puluh nabi 12)Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat al kursi semasa sakit,maka Allah swt memudahkan ketika sakaratul-maut. 13)Menambah berkat makanan hendaklah membaca ayat al kursi dibaca pada makanan atau lauk, 14)Sesiapa yang mrmbacakan ayat al kursi dan ayat(inna rabbakumullahu..) dan al-muawwidzatain (surah al-Falaq dan an-Nas)pada orang yang hendak melahirkan,maka Allah akan memberikan kemudahan dalam proses bersalin. 15)Sesiapa yang membaca ayat ini pada harta benda,maka syaitan tidak berani mendekatinya.

Thursday, 17 October 2013

KHASIAT AYAT AL KURSI(siri 1)

Bismillaahir rahmaanir rahim.Allaahu laa ilaaha huwal hayyul qayyuumu laa ta khudzuhuu sinatuw walaa nauum,lahuu maa fis samaawaati wa maa fil ardii mandzal ladzii yasyfa'u indahuu illaa bi idznih,ya lamu maa baina aidiihim wa maa khalfahum wa laa yuhiithuuna bi syai im min ilmmihii illaa bima syaa-a wasi a kursiyyuhus samaawaati walardii wa laa yauudu hifdzuhumaa wa huwal aliyyul adzim. Ertinya:Allah,tiada Tuhan(yg berhak disembah)melainkan Dia yang tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbir(sekalian makhluknya) Yang tidak mengantuk dan tidak tidur,Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi,Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat(pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya,Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada dibelakang mereka.Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada(kandungan)ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki(memberitahu kepadanya) Luasnya Kursi Allah(ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi.Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya,Dan Dialah Yang Maha Tinggi(darjat kemuliaanNya),lagi Maha Besar(kekuasaanNya). Sabda Rasulullah saw:Aayatul kursiyyi sayyidatu aayil quraani. Ayat Al Kursi itu adalah penghulunya ayat-ayat Al Quran. Khasiat-khasiat ayat Al Kursi adalah: 1) Ayat Al Kursi adalah ayat paling mulia dalam al-Quran.Daripada Ubay bin Kaab ra bahawa Nabi saw bertanya kepadanya:"Ayat apakah yg paling mulia dlm alQuran?"Ubay menjawab:"Allah dan rasulNya sahaja yg lebih mengetahuinya."Nabi saw terus mengulangi pertanyaannya,kemudian Ubay menjawab:"Ayat Al kursi." 2)Sesiapa yg membaca ayat al Kursi akan terlindung dari gangguan jin dari pagi sampai petang dan sebaliknya sesiapa yang membacanya pada waktu petang maka dia akan terpelihara pula daripada gangguan jin sampai pada hari keesokannya. 3)Ayat Al Kursi adalah sebanding dengan seperempat alQuran. 4)Melebur dosa-dosa kecil.Bacalah ayat ini setiap lepas solat.Maka faedahnya dapat melebur dosa-dosa kecil yang telah dilakukan.melainkan dosa yang ada hubongan dengan manusia.

Wednesday, 16 October 2013

Khasiat surah Al Qadr

Bismillaahir rahmaanir rahiim. 1) Innaa anzalnaahu fi lailatil qadr. 2) Wa maa adraaka maa lailatul qadr. 3) Lailatul gadri khairum min alfi syahr. 4) Tanazzalul malaaikatu war ruuhufiihaa bi idzni rabbihim min kulli amr. 5) Salaamun hiya hattaa mathla'il fajr. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 1) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (AlQuran)pada mlm kemuliaan. 2) Dan tahukah kamu apakah mlm kemuliaan itu? 3) Mlm kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. 4) Pada mlm itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dgn izin dari Tuhannya untuk mengatur segala urusan. 5) Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar. Adapun khasiat-khasiat yg terkandung didlm surah Al Qadr antara lain adalah: 1) Untuk keteguhan iman Bacalah surah ini setiap hari jumaat sebanyak 1000x.Insyaalah iman kita akan selalu dijaga oleh Allah dan tidak mudah luntur oleh berbagai cobaan.Orang yang mengamalkan secara berterusan tidak akan mati sebelum mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw. 2) Baca kpd kanak-kanak. Dibaca diubun kanak-kanak.khususnya bayi yg baru lahir.Lnsyaallah tidak akan berlaku zina keatas dirinya.Jika dibaca surah ini pada ubun anak-anak dan isteri,insyAllah mereka tidak akan melakukan perkara yg tidak diingini. 3) Terpelihara dari gangguan Sesiapa membaca surah ini ketika mendaki bukit,nescaya terpelihara dari gangguan syaitan.Jika dibaca ketika menaiki kenderaan,nescaya selamat dalam perjalanan sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju. Sesiapa membaca surah ini 10x.nescaya diampunkan seribu(1000) dosanya oleh Allah. Jika dibaca ketika hendak bermusafir.Insyaallah selamat dalam perjalanan pergi dan balik. 4) Sesiapa yang berkehendakkan perkataannya sentiasa benar(tidak bercakap bohong) hendaklah mengamalkan surah yang mulia ini. 5) Surah ini jika ditulis pada bekas yang bersih,kemudian dihapuskan dengan air.Sesiapa meminum air ini.Insyaallah akan dilimpahkan cahaya pada matanya dan yakin pada hatiny 6) Supaya ditunaikan segala hajat dan dilimpahkan rezeki bacalah surah ini sebanyak 41x Mintalah kepadanya dengan kesungguhan hati.Insyaallah. Sabda Rasulullah saw: Sesiapa membaca surah Innaa Anzalnahufii Lailatilqadr sebanyak 100x,nescaya terlukis pada hatinya nama Allah Yang Maha Besar dan dimakbulkan segala.permintaaannya. Diriwayaat dari hadith Nabi: Sesipa mengambil tanah kubur yang bersih ketika hendak mengebumikan jenazah,kemudian dibacakan surah ini sebanyak 7x.Setelah selesai letakkan tanah itu bersama-sama jenazah tadi atau didalam liang kubur.Nescaya mayat tersebut tidak akan di azab didalam kubur. Demikianlah diantara khasiat surah Al Qadr dimana dalam ayat ini. diterangkan bahawa Al Qur Al Quran diturunkan pada mlm Laialatul Qadr yaitu kemuliaan yang nilainya lebih dari seribu bulan.Pada mlm itu malaikat Jibrail turun kedunia untuk mengatur segala macam urusan. Amin.

Friday, 4 October 2013

Rahsia & khasiat Bismillah(siri 3)

Khasiat-khasiat yg terkandung didlm bacaan 'Basmalah' antaranya ialah: 1) Aman dari gangguan syaitan:Bacalah"Bismillahir rahmannir rahim" 21 kali ketika hendak tidur amanlah ia. dari gangguan syaitan.Dari kejahatan dan manusia dan jin dari kecurian,kebakaran.terhindar dari mati mendadak dan terhindar dari semua bencana.Lakukanlah setiap malam ketika mahu tidur. 2) Menyembuhkan segala macam penyakit:Bacalah'Bismillaahir rahmanir rahim'kpd atas penyakit apa saja atau org kena sihir 100 kali selama tujuh hari atau lebih.nescaya Allah hilangkan penyakit dan sihir. itu insyaaalah. 3) Hajat:Berkata Iman Ghazali r.m.t bermaksud:Barang siapa membaca bismillah..12000 x diakhir membaca tiap-tiap 1000x Bacalah selawat dan salam kpd Nabi Muhammad s.a.w (Allahumma shalli wa saliim'alaa syadina Muhammad)Setelah genap 12000 x lalu berdoa kpd Allah,mintalah apa yg dihajatkan.Insyaalah Allah dgn ikhtiar Allah akan mendtgkan semua hajatnya. 4)Mencerdaskan akal:Ambillah air lalu bacalah basmalah sebanyak 786x .Kemudian minumkan kpd orang yg bebal otaknya.Waktu minumkanya pada saat matahari terbit selama 7 hari berturut-turut.Insyaallah dgn usaha ini akan dapat membantu mencerdaskan akalnya. Demikianlah khasiat-khasiat yg terkandung didlm bacaan Basmalah dan masih banyak lagi.Akan tetapi khasiat-khasiat ini janganlah semata-mata dijadikam pegangan tanpa berusaha.Hanya kpd Allah-lah kita semua bertawakal Amin.

Tuesday, 1 October 2013

Rahsia & khasiat Bismillah(siri2)

Teknik mengucap Bismillah secara khusyuk:Nabi Muhammad s.a.w menyucapkan Bismillaahirrahmaanirrahiim atas suruhan Jibrail.Kemudiam diingatkan oleh Jibril,Bismillah,ya Muhammad,bacalah dgn mengingati Allah Tuhan engkau.Berdirilah &duduklah dgn mengingat Allah Taala.Tiga cara menyucapkan Bismillah:a) Ingat Allah Tuhan kita. b) ucapkan Bismillahhirrahmaanirrahiim secara perlahan/berbisik serta resapkan kedlm hati apa yg baru diucapkan dan rasakan di dlm dada apa yg terasa, yg bererti merasakan jawapan Allah.c)Serahkan sepenuhnya kpd Allah apa pun yg akan terjadi.
2)ingat Allah Tuhan kita yang Maha pengasih serta penyayang.Ucapkanlah serta rasa didlm dada(kalbu) apa yg terasa dan lakukan berulangkali.antaranya membangkitkan rasa mahabah(rasa kecintaan) tindakan dilakukan sesuai dgn keredhaannya akan segera dtg bantuan yg diharapkan dari Allah.

Monday, 30 September 2013

Rahsia& khasiat Bismillah.

Khasiat bacaan bismillahir rahmaanir rahim:Mengenai keutamaan basmalah Nabi Muhammad s.a.w bersabda:Setiap pekerjaan yg mempunyai kebaikan yg tidak dimulai atasnya dgn menyebut"Bismillaahir rahmanir rahim maka perkerjaan itu akan pincang(terputus dari rahmat Allah).Hadis diaras menunjukan sangat penting yg harus dibaca setiap akan mengerjakan sesuatu perbuatan yg menuju kpd kebaikan.Ini dilakukan agar perbuatan ini mendpt rahmat & berkah dari Allah s.w.t.Huruf Bismillah itu ada sembilan belas huruf.Ba.Siin,mim nuun,-Alif,laam,roo,haa,yaaa.miim.Ianya mempunyai khasiat tertentu(yakni 19 huruf)kerana malaikat yg mengurus neraka ada 19 malaikat.Maka barang siapa membaca Bismillah" dgn  ikhlas dan yakin.nescaya terhindarlah dari siksaan malaikat Zabaniah.

Sunday, 29 September 2013

Sedarlah,waktu itu singkat(part 4)

Bismilahhirahmannirahim.Demi masa!Sesungguhnya manusia itu dlm kerugian kecuali org-org yg beriman & beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dgn kebenaran serta berpesan -pesan dgn sabar.Adapun makna pertama & kedua ini adalah jika kita tidak sedar terhadap masa & waktu serta usia,maka sesungguhnya diri kita berada dlm kerugian yg nyata.Allah menjadikan masa selama 24 jam sehari sememangnya cukup untuk setiap hambanya meneruskan kehidupan.Adakalanya kita merasakan tidak cukup masa bukan kerana salah masa atau Allah tidak memperuntukkan masa yg cukup untuk kita,namun apa yg perlu kita sedari ialah pengurusan kita untuk mendahulukan yg lebih penting drp perkara yg pentingMeninggalkan perkara yg tidak memberikan manfaat & menggantikan dgn perkara yg berfaedah.Tapi.bagaimana cara kita ingin menentukan kewajipan yg perlu didahului drp perkara -perkara remeh yg lain?Ini pentingnya kita memahami'Figh al-Awaliyat'yg menjadi pengurus masa yg cekap dan mampu untuk membereskan kerja bukan sekadar menurut'mood' atau desakan pihak tertentu.tetapi kesemuanya berpadukan ajaran Allah S.w.t yg melengkapi setiap aspek kehidupan.Kesimpulanya daripada buku ini kita perlu dgn muhasabah diri.Masa kita...hala tuju kita. .Sifat negatif kita yg suka membazir masa.Apa tindakan dan halangan..Matlamat,biarlah aktiviti kehidupan lebih tersusun teratur(mengikut masa).Kita tak dpt mengubah masa tetapi ubahlah tabiat ubah kehidupan.Kita kena audit diri & masa kita.Ubah sikap berubahlah kehidupan .Doa ya allah. hidupkanlah kami dgnkan kehidupan yg baik,muliakan kami dgn perbuatan baik diseluruh masa.amal dan perbuatan kami.Amin.

Saturday, 28 September 2013

sedarlah,waktu itu singkat.(part 3)

Usia perkiraan sekitar 21,900 hari:Ketahuilah bahawa masa ini termasuk kurnia ilahi yg teragong yg diberikannya kpd kita.Oleh itu,jaga&manafaatkanlah masa kitaJika rata-rata usia manusia. tujuh puluh lima tahun ditolak sebelum akhil baligh(lima belas tahun) maka yang tersisa hanya enam puluh tahun.Apakah kita mengetahui berapa jam lamanya kita tidor dari enam puluh tahunitu?kita tidur sebanyak sepertiganya,iaitu dua puluh tahun,kerana manusia normal,tidur selama lapan jam dlm sehari.Sekiranya kita meluangkan lapan jam untuk mencari rezeki setiap hari.lalu apakah kita mengetahui berapa lama usia kita telah luput saat berkerja?iaitu sekitar dua puluh tahun atau sepertiga dari usia enam puluh tahun.Bagaimana masa yg dihabisnya dgn mkn minum.tidur serta menonton tv.Ertinya hanya sedikit saja masa yg terluang untuk mendekatkan diri kpd Allah s.w.t.Diakhirat kelak seluruh catatan amal perbuatan dibuka.maka kita akan melihat seluruh amalan kita dimasa-masa yg diberikan kpd kita.kalau usia enam puluh tahun.setiap tahun ada 365hari.Ertinya usia kita sekitar 21900atau 525600jam.Awas gunalah masa sebaik mungkin Wahai orang yg menundakan masa sedarlah masa itu singkat.,Ya Allah,berikanlah keberkatan kpd kami.pada masa,amalan dan ibadah kami.Jadikanlah kami termasuk orang-orang yg mendptkan cinta-Mu,hidayah-Mu dan dekat dgn -Mu.

Friday, 27 September 2013

Sedarlah,waktu itu singkat (part 2)

Isikan masa yang dikirakan kosong:Apakah kita mengetahui  berapa banyak masa kita hilang begitu saja hanya dgn menunggu!!!menunggu rakan yg terlambat atau menunggu giliran  diklinik atau hospital untuk  bertemu doktor atau menunggu giliran  untuk membeli keperluan yg diperlukan ......Apakah kita benar-benar sedar berapa banyak masa kita terbuang sia-sia didalam setuasii tersebut tanpa berbuat apa-apa  hanya duduk atau termenong.Dalam keadaan seperti ini  kita luangkan dgn yg mbermanfaat....bawalah selalu mushaf al-quran kemanapun kita pergi,atau sebuah buku untuk dibaca.Jika kita mengitung berapa banyak masa kita yg hilang .Sudah pasti  apabila kita tidak mengatur masa dgn bijak kita akan meraih kegagalan yg memalukan   Ditambah pula dgn sikap malas.MAlas buat itu dan  ini.Marilah kita sama-sama bermula untuk meninggalkan sikap tersebut.Dan diantara doa Rasulullah s.a.w adalah:Ya Allah,Sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari(hal yang) menyedihkan dan menyusahkan,lemah dan malas,bakhil dan penakit,lilitan hutang dan penindasan manusia.

Thursday, 26 September 2013

Sedarlah,waktu itu singkat

sedarlah,waktu itu singkat.Penulis Muhammad Ghassan Al-Jabban Al-Junaidi Al-Husaini. Buku ini menarik isi kandongannya menyedarkan kita. tenang kualiti masa.Bernilainya masa itu.Kita sebagai insan selalu alpa menganggapnya mudah.Didalam quran Allah S.w.t mengaitkan masa dan waktu dgn berbagai urusan ibadah dan AllahS.w.t menetapkan beberap hari Besar Islam drp sebgian hari serta mengisyaratkan kpd % masa.Contoh:Jangan menunda-nunda seperti solat tak apalah masa panjang lagi sikit lagilah solat.Kita kena buat (Fasa pengurusa masa iaitu berfikir..berfikir,rencana..laksana, penilaian)Pertama:luangkan masa untuk berfikir.Kedua:Buat rencana-rencana berupa catatan diatas lemparan kertasKetiga mula melaksanakan dan keempat menilai segala pencapaiannya.Berdoa:Ya Allah sesungguhnya kami memohon kpd mu kebaikan seluruh masa dan awal-awal masa.