Friday, 27 December 2013

Percutian di Bali(sambongan siri ke 2)

Kami dijamu oleh pegawai disitu dengan dihidang air kopi yang bermacam rasa.Saya cuba hanya perasa vanilla rasanya sedap.Kalau nak rasa kopi luwak kena beli harganya mahal.tidak dijual kepada muslim kerana tak halal.Hari sudah petang kami keletihan tetapi masih lagi boleh singgah diwarung yang menjual cenderahati.

Sepanjang pulang kehotel pemandang diwaktu petang cukup cantik sekali.Setelah solat maghrib saya dan suami bersiar-siar dikedai yang berhampiran dengan hotel,malangnya banyak kedai sudah tutup.Disana kebanyakan kedai tutup awal.Dibilik hotel tidak ada tv rasa macam benda tak lengkap sunyi saja,mujurlah cucu datang kebilik bermain-main dengan tok bon sambil mengajak tok bon bermain game.Hari larut malam cucu(deq deq) pinjam i pad untuk dipinjam bawa kebiliknya.Kami pun tidur dengan keletihan.

No comments:

Post a Comment