Thursday, 12 December 2013

Percutian di Bali (siri l )

Percutian ke Bali pada 7/12/2013bersamaan hari Sabtu.Ke Bali bersama anak menantu,cucu-cucu.besan serta anak menantunya iaitu Baizura dan Onn.Pagi-pagi bangun dgn rasa kesyukuran kerana diizinkan Allah badan sihat boleh melacong melihat negara orang.Bertolak dari rumah menaiki teksi ke LCCT.Sampai disana lebih kurang pukul 8.30 pagi.Bersarapan pagi di Mc Donald dan terus check in.

Berlepas pada pukul 9 50 pagi.Sampai dilapangan terbang di Denpasar Ngurai International Airport.Proses untuk masuk agak susah juga terpaksa mengisi borang kemudian menuju ketempat bagasi untuk mengambil bag.Teksi sudah sedia menanti kami.Ia memperkenalkan namanya Komang.Kami terus dibawa ke Uluwatu Temple.Sepanjang perjalan dapati rumah mereka direka bagitu cantik masih kekal keaslianya.Sampai disana kami diberi kain warna kuning atau jingga untuk diikat dipingggang sebagai menghormati tempat suci mereka.Sepanjang berjalan diliring bagitu banyaknya monyet.kami dinasihati berwaspada kalau memakai cerminmata kerana monyet disitu amat meminatinya.Memandangkan disitu amat cantik.Kami semua berihat seketika kerana penat memanjat anak tangga.Setelah membeli tiket kami terus menuju ketempat kecak dance.Tempat duduknya bertingkat-tingkat.Persembahan ini bermula dgn diletaknya ubur-ubur api ditengah-tengah gelanggang.Pawangnya masuk dgn memeterakan tempat itu seterusnya persembahan ini dgn panduan suara daripada 70 orang pria tanpa mengunakan muzik.Tarian ini menceritakan tentang Seri Ramayana.Persembahan ini mengambil masa selama satu jam.Dari tempat duduk kita dapat lihat pemandangan bagaimana matahari terbenam.

Dari Uluwatu temple kami terus ke New Moon Cafe makan malam. .Sambil menikmati hidangan kami disajikan dgn persembahan kebudayaan.Dari situ kami terus dibawa keUbut check in hotel iaitu Tegal Sari hotel tempatnya amat cantik ditepi sawah.

No comments:

Post a Comment