Friday, 18 October 2013

Khasiat ayat Al Kursi(siri2)

5)Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Al Kursi sebanyak 170x pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat yang baik,insyaAllah akan berhasil hajatnya. 6)Sesiapa yang selalu marah,bacalah ayat ini.insyaalah akan dijauhkan drp syaitan yg memanaskan hatinya.Mereka yg rajin mengamalkan membaca ayat ini.insyaallah terjauh dari segala bala bencana dan gangguan syaitan. 7)Sesiapa yg membaca ketika mahu tidur bacalah taawwudz sebanyak 3x yaitu:A'uudzu billahi minas syaithaanir rajim.Lalu teruskan dgn membaca ayat kursi sebanyak 3x.Apabila sampai pada bacaan:Wa laa yauuduhuu khifdzuhumaa wa huwal alliyyul adziim".maka ulangilah sampai 3x.Insyallah tidur akan terbebas dari mimpi yang menyeramkan. 8)Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati.amalkan membaca ayat ini se banyak 170x.Amalan ini juga insyallah boleh mendapat petunjuk dari Allah swt tentang sesuatu yang ingin diketahuinya. 9)Sesiapa yg membaca ayat ini ketika hendak tidur maka dua malaikat akan menjaganya hingga kepagi.Ia akan terlepas dari kejahatan jin dan syaitan dan juga kejahatan manusia atau binatang. 10)Sesiapa yg mengamalkan ayat ini setiap selepas solat fardu,maka diampuni dihapuskan tiap-tiap kejahatannya. 11)Sesiapa yang membaca ayat ini dan dihadiahkan kepada ahli kubur,maka Allah swt masukkan empat puluh nur kedlm setiap kuburan didunia dari timur hingga kebarat,dan diluaskan kuburan itu serta mendapat pahala enam puluh nabi 12)Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat al kursi semasa sakit,maka Allah swt memudahkan ketika sakaratul-maut. 13)Menambah berkat makanan hendaklah membaca ayat al kursi dibaca pada makanan atau lauk, 14)Sesiapa yang mrmbacakan ayat al kursi dan ayat(inna rabbakumullahu..) dan al-muawwidzatain (surah al-Falaq dan an-Nas)pada orang yang hendak melahirkan,maka Allah akan memberikan kemudahan dalam proses bersalin. 15)Sesiapa yang membaca ayat ini pada harta benda,maka syaitan tidak berani mendekatinya.

No comments:

Post a Comment