Friday, 18 October 2013

Khasiat Al Kursi(siri3)

16) Ada ulama yang menganjurkan agar ayat Al Kursi ini diamalkan khasnya bagi mereka yang dalam keadaan dukacita atau dalam kesulitan hendaklah dibaca ayat ini sebanyak 313x,sebaiknya pada waktu tengah malam setelah solat isyak,ditempat atau didalam keadaan sunyi agar benar-benar khusyu dan dalam keadaan berwudhuk yang sempurna. 17)Sesiapa yang membaca ayat al kursi ketika masuk rumah,maka syaitan akan keluar dari rumah itu.Ianya dapat menjaga dirinya,anak cucunya,rumahnya,hartanya dan rumah-rumah jiran tetangganya. 18)Amallah surah al kursi dan dua surah alBaqarah(ayat 285-286). sabda Rasullah saw:Sesungguhnya Allah Taala telah mengakhiri surah Al Baqarah dengan dua ayat yang mana ianya adalah perbendaraan Allah dibawah 'Arasy,maka belajarlah kamu akan ayat itu dan ajarlah ia kepada isteri-isteri kamu dan anak+anak kamu.Maka sesungguhnya ia adalah solat,doa dan Quran. Kaifiat amalan membaca ayat al kursi untul hajat tertentu: 1)Solat sunat 2rakaat sama ada solat sunat mutlaq,solat sunat hajat atau solat tahajjut sebaiknya diwaktu tengah malam yamg sunyi supaya benar-benar khusyu'. 2)Selepas selesai solat bacalah istigfar,bertaubat dan mohon ampun kepada Allah diikuti membaca AlFatihah dan selawat keatas Nabi saw. 3)Seterusnya bacalah Ayat Al Kursi seberapa banyak mengikut jumlah yang dikehendaki.Jika batal wudhuk ambil wudhuk semula.Disini elok diselangi dengan solat sunat semula sebelum menyambung bacaan Ayat Al Kursi. Peringatan:Khafiat mengamalkan membaca ayat Al Kursi ini ada berbagai cara lagi.mengikut yang biasa diamalkan oleh alim ulama dan guru-guru.

No comments:

Post a Comment