Sunday, 27 October 2013

Tafsir ayat AlKursi(siri 1)

Ayat Al Kursi merupakan ayat ke255 daripada 286 ayat dalam surah Al Baqarah.Ayat ini dikenali dikalangan umat Islam dengan sebutan ayat al kursi,kerana ada sebutan al kursi pada ayat tersebut. Ayat mulia ini dimulai dengan nama "Allah" Yang Mulia keagunganNya,dan ayat ini mengkhabarkan bahawa hanya Allah itu satu-satunya Tuhan bagi seluruh makhluk.Allah itu "Yang tetap hidup" ertinya yang memiliki kehidupan sempurna lagi kekal,tanpa ada permulaan dan tanpa ada akhir.Dan Allah itu "Al Qayyum" ertinya Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan urusan sekalian makhlukNya dan memelihara mereka. "Yang tidak mengantuk usahkan tidur" ertinya Allah itu tidak lalai dan tidak tidur dari makhlukNya.Kerana hal ini merupakan tabiat baharu(makhluk) lemah yang memerlukan kedua perkara tetsebut untuk mengembalikan kekuatan dan kecergasannya. "Yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi".ertinya Allah memiliki segala yang ada dilangit dan dibumi,terdiri daripada manusia,haiwan,tumbuhan,benda mati dan segala yang hidup. "Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat(pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinya" ertinya tiada seorang pun yang dapat memberi pertolongan kepada orang lain disisi Allah Taala,melainkan apabila Allah memberi keizinan kepadanya,dan hanya akan diberi izin dengan berupa ilmu,kebijaksanaan,hikmah dan kurniaan.AlQuran Alkarim dan hadis-hadis sahih telah menyatakan bahawa Allah swt tidak memberi keizinan hambaNya seperti malaikat,dan bahawa syafaat yang besar itu hanya bagi Nabi Muhammad saw.

No comments:

Post a Comment