Wednesday, 16 October 2013
Khasiat surah Al Qadr
Bismillaahir rahmaanir rahiim.
1) Innaa anzalnaahu fi lailatil qadr.
2) Wa maa adraaka maa lailatul qadr.
3) Lailatul gadri khairum min alfi syahr.
4) Tanazzalul malaaikatu war ruuhufiihaa bi idzni rabbihim
min kulli amr.
5) Salaamun hiya hattaa mathla'il fajr.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (AlQuran)pada mlm kemuliaan.
2) Dan tahukah kamu apakah mlm kemuliaan itu?
3) Mlm kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4) Pada mlm itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dgn izin dari
Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5) Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.
Adapun khasiat-khasiat yg terkandung didlm surah Al Qadr antara lain adalah:
1) Untuk keteguhan iman
Bacalah surah ini setiap hari jumaat sebanyak 1000x.Insyaalah iman kita akan
selalu dijaga oleh Allah dan tidak mudah luntur oleh berbagai cobaan.Orang yang
mengamalkan secara berterusan tidak akan mati sebelum mimpi bertemu dengan Nabi
Muhammad saw.
2) Baca kpd kanak-kanak.
Dibaca diubun kanak-kanak.khususnya bayi yg baru lahir.Lnsyaallah tidak akan berlaku
zina keatas dirinya.Jika dibaca surah ini pada ubun anak-anak dan isteri,insyAllah mereka
tidak akan melakukan perkara yg tidak diingini.
3) Terpelihara dari gangguan
Sesiapa membaca surah ini ketika mendaki bukit,nescaya terpelihara dari gangguan
syaitan.Jika dibaca ketika menaiki kenderaan,nescaya selamat dalam perjalanan
sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju.
Sesiapa membaca surah ini 10x.nescaya diampunkan seribu(1000) dosanya oleh Allah.
Jika dibaca ketika hendak bermusafir.Insyaallah selamat dalam perjalanan pergi
dan balik.
4) Sesiapa yang berkehendakkan perkataannya sentiasa benar(tidak bercakap bohong)
hendaklah mengamalkan surah yang mulia ini.
5) Surah ini jika ditulis pada bekas yang bersih,kemudian dihapuskan dengan air.Sesiapa
meminum air ini.Insyaallah akan dilimpahkan cahaya pada matanya dan yakin pada hatiny
6) Supaya ditunaikan segala hajat dan dilimpahkan rezeki bacalah surah ini sebanyak 41x
Mintalah kepadanya dengan kesungguhan hati.Insyaallah.
Sabda Rasulullah saw:
Sesiapa membaca surah Innaa Anzalnahufii Lailatilqadr sebanyak 100x,nescaya terlukis
pada hatinya nama Allah Yang Maha Besar dan dimakbulkan segala.permintaaannya.
Diriwayaat dari hadith Nabi:
Sesipa mengambil tanah kubur yang bersih ketika hendak mengebumikan jenazah,kemudian
dibacakan surah ini sebanyak 7x.Setelah selesai letakkan tanah itu bersama-sama jenazah
tadi atau didalam liang kubur.Nescaya mayat tersebut tidak akan di azab didalam kubur.
Demikianlah diantara khasiat surah Al Qadr dimana dalam ayat ini. diterangkan bahawa Al Qur
Al Quran diturunkan pada mlm Laialatul Qadr yaitu kemuliaan yang nilainya lebih dari
seribu bulan.Pada mlm itu malaikat Jibrail turun kedunia untuk mengatur segala macam
urusan.
Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment