Thursday, 27 October 2016

Bedah buku.Musa vs Firaun.(hari ke 2)

Pagi-pagi lagi aku telah sampai didewan serbaguna Masjid  Wilayah Persekutuan kelihatan sudah ramai yang hadir.Setelah mendaftar terus ke dewan untuk sarapan pagi.Majlis dimulai agak lewat pukul 9 pagi.

Penceramah terus memulakan pembentangan hari ini dengan mengatakan bahawa Nabi Musa dengan Nabi Muhammad ada persamaan dengan solat.DiMiqrah Nabi Musa mempengarohi Nabi Muhammad mengenai solat.Umatnya boleh melakukan solat tapi umat Nabi Muhammad s.w.t agak sukar dengan meminta diringankan kepada lima.Akhirnya Allah memperkenanan solat lima kali sehari. Penceramah mengingatkan kembali tentang  mukjizah Nabi Musa mengenai tongkatnya yang boleh mematahkan sihir ahli sihir Firaun.Ahli sihir beriman dan dihukum bunuh.Penasihat Firaun serta isterinya beriman ,bagitu juga Asiah isteri Firaun beriman.

Firaun bangga dengan emas manakala Qarun orang kanannya yang banyak harta merangkap bapa saudara Musa.Selain berpihak kepada  Firaun,Qarun ibarat cemeti kepada Firaun untuk orang-orang Israel.Kuncinya dibawa oleh sepuluh orang yang memegangnya .Ini menunjukkan bertapa besarnya gedong kekayaannya.Dia menghimpun kekayaan daripada keringat orang-orang Israel.Qarun ingkar kepada Musa dan kufur kepada nikmat dan anugerah Allah s.w.t. Maka,diturunkan keatasnya azab dunia yang dahsyat.Qarun binasa ditelan bumi bersama rumah dan seluruh kekayaannya.

Musa menyiapkan orang -orang Israel terutama orang -orang yang tersisa daripada keturunan Yaakub untuk sebuah perjalanan yang jauh  dan berat mengikuti arah matahari terbit menuju tanah suci di Palestin. Keluarnya orang-orang Israel dari negeri Mesir adalah peristiwa penting dalam sejarah.Musa memimpin kurang lebih 6000 orang.Persiapan memulakan perjalanan berlangsung empat hari kerana mereka ini tinggal jauh dalam kelompok diwilayah Gosyen yang luas.

Pada hari ke10 orang-orang Israel tiba dikawasan pertemuaan Danau Murra Besar dan Danau Murra kecil .Dari jauh kelihatan tentera-tentera Firaun yang bersenjata lengkap mengejari mereka.Orang-orang Israel panik serta takut.Musa menenangkan mereka dan mengatakan:
"Tidak sesungguhnya Tuhan pemeliharaku bersamaku.Dia akan memberiku petunjuk jalan keselamatan".
(Surah asy syuara ayat 62)

Akhirnya dengan kekuasaan Allah dengan menunjukkan tongkatnya kelaut dalam sekelip mata laut terbelah.Itu adalah mukjizat Allah s.w.t demi menyelamatkan orang -orang Israel.Firaun menyuruh orangnya melintas dahulu apabila tahu selamat ,Firaun mengikuti jalan itu bersama dengan tenteranya .Dengan tidak disangka -sangka air laut berhenti terbelah dua dan akhirnya menenggelamkan mereka tanpa ada seorang pun yang selamat termasuk Firaun.
"Apabila Firaun hampir mati tenggelam dia berkata"Aku percaya tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel dan aku termasuk orang -orang Muslim".
(Surah yunus 90).
Tetapi,Allah s.w.t  tidak mahu menerima pengakuan iman dalam keadaan terpaksa.Dikatakan besar kemungkinan Jibrail telah menutup mulut Firaun dengan tanah bila sebut Allah mengikut Ibnu Abbas,bila Allah tenggelamkan Firaun ,Jibrail menutup mulut Firaun bila menyebut 'illah' memasukkan pasir kedalam mulut Firaun takut dapat rahmat Allah.Jibrail tak menyetahui adakah Allah Taala menyatakan Firaun ketua pada penghuni neraka.Bimbangannya akan dapat rahmat.Jibrail risau mungkin rahmat jatuh kepada Firaun.                    "Kepada merela diperlihatkan neraka,pada pagi dan petang,dan pada hari kiamat.(lalu kepada malaikat diperintahkan),"Masukkanlah Firaun dan kaumnya kedalam azab  yang sangat keras!".                           (surahGafir 40:46)                                  

Surah 26: 23 hingga 63)ustaz menerang panjang lebar mengenai Firaun.Dalam masa yang sama ustaz menyatakan dan menasihakan kita agar banyak berdoa. 

.Seorang tentera yang terselamat memberitahu Haman dan jasadnya dirawat mengikut proses lazim dilakukan kepada raja -raja Mesir yang mati.

Selepas berjaya menyeberangi laut dan menuju ke Sinai.Dua hari dalam perjalanan ke Gurun Sinai,orang -orang Israel mendapati sekelompok warga Mesir sedang melakukan pemujaan kepada tuhan Hathor. Penyembahan tuhan lembu betina.Inimenyemarakkan kembali kepercayaan ter sembunyi orang -orang Israel ini belum sepenuhnya beriman Tiga hari mereka berjalan dipadang pasir dengan tidak dapat ketemu air sehingga sampai ke Mara tapi mereka tidak meminumnya kerana rasanya pahit.Dari Mara mereka bergerak ke padang Gurun sin kawasan yang tandusKetika Musa memohon air untuk kaumnya,dengan memukul tongkatnya  pada batu gunung sebagaimana perintah Allah s.w.t secara tiba-tiba 12 mata air memancar untuk satu kabilah orang-orang Israel itu. Walau bagaimana pun Musa menghadapi dugaan dengan kaumnya.                           Surah al-araf 7:138) 

Meminta Nabi Musa menyediakkan patung untuk mereka sembah.Berhala bagi mereka adalah perantaraan dengan Allah.(surah al-araf 7:141)              Mengikut Samiri menyembah berhala iaitu lembu betina yang disadur emas.               

Sebelum majlis berehat satu slik telah ditayangkan tentang Laut Merah terbelah dua.

Thursday, 13 October 2016

Bedah buku .Musa vs Firaun.

Program bedah buku.

Setelah solat subuh,aku bersiap -siap untuk pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menghadiri program bedah buku mengenai Musa vs Firaun.Pendaftaran bermula pukul lapan pagi.Buku Musa vs Firaun diberi secara percuma kepada hadirin.Majlis ini telah dirasmikan oleh Iman Masjid Wilayah persekutuan.

Majlis ini berjalan dengan lancarnya dengan adanya penceramah yang hebat oleh Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman. 

Bermulalah hujah dengan bertanya kepada hadirin "Siapa itu Musa ?

Dikatakan didalam al-quran 1/3 cerita zaman dahulu /lampau.Didalamnya tiada surah Musa,

Menceritakan tentang detik Nabi Musa dilahirkan didalam surah Al-qasas.Para peramal menyampaikan kepada Firaun berkenaan kelahiran seorang bayi lelaki daripada keturunan Israel akan menumbangkan kekuasaanya.Ramalan itu membuatnya takut dengan itu dikeluarkan perintah supaya setiap bayi lelaki yang lahir dari wanita israel dibunuh.Namun dia sendiri memungut bayi lelaki dari dalam peti yang terapung pada permukaan air Sungai Nil atas permintaan permasuri Isinofre.Nabi Musa disusui oleh bondanya sendiri dengan kebijaksanan kakaknya Mariam yang mberanikan diri ke istana dan memberitahu kepada permasuri dia kenal seorang wanita ibrani yang baik hati dan mahu menyusui bayi iaitu Nabi Musa.

Nabi Musa membesar didalam istana Firaun.Satu hari didalam upacara keagamaan diadakan di kota Ramasse.Didalam keramaian itu Nabi Musa bertemu dengan dua lelaki yang sedang bertengkar.Seorang darinya meminta tolong daripada Musa.Musa memukul orang mesir itu mati tanpa sengaja.Akibat peristiwa itu Musa dihantui ketakutan akhirnya melarikan diri ke MADYAN.


Ketika tiba di Maryan ,Musa berehat dibawah pokok. Tidak jauh darinya ada sebuah telaga.Dari jauh,Musa melihat dua anak gadis menahan kambing-kambing mereka tidak mendekati telaga kerana ramai yang beratur bagi mengambil air.Musa telah membantu kedua gadis itu.Setelah siap menolong ,dia kembali berehat.Tiba-tiba datang salah seorang gadis ditolongnya menjemput datang kerumah atas jemputan ayahnya.Akhirnya Rehuel (ayah gadis itu) iaitu Zipora telah dikahwinkan dengan Musa dengan  mahar upahnya dengan mengembala kambing miliknya selama lapan tahun,digenapkannya menjadi 10 tahun sebagai budi baik Musa.

Musa bermukim di Madyan selama 10 tahun.Musa dianugerahkan 2 orang anak lelaki bernama Gersom dan Eliazer.Apabila tempoh perjanjiannya tamat Musa memohon kepada Rehuel untuk kembali ke kampong halamannya Mesir.Didalam perjalanan ketika malam,obornya terpadam,Musa nampak cahaya.Musa menaiki gunung kedengaran suara menyuruhnya menanggalkan seliparnya.Musa diselimuti ketakutan ketika baginda menyakini yang berbicara kepadanya adalah Allah.Dalam konteks ini,Tuhan memperkenalkan dirinya kepada Musa dengan nama Allah s.w.t.Penyebutan nama Allah s.w.t mengandongi makna "Aku adalah Allah yang berhak memerintah dan melarang".Selepas memperkenalkan dirinya ,ajaran pertama diturunkan oleh Allah kepada Musa adalah menyembahNya.Ia termasuk dalam kalimah Sembahlah aku.Dengan ungkapan lain melaksanakan segala yang disuruh dan meninggal yang dilarang.

TOngkat Nabi Musa memainkan peranan penting dalam perjalanan hidup dan perjuangannya sebagai rasul selepas wahyu diturunkan di Sunai.Tongkat yang ada didalam genggaman tangan Musa mendatangkan pelbagai keajaiban  seperti tongkat itu bertukar menjadi ular yang besar.Seperti didalam surah Taha ayat 19 hingga 21.

Lemparkan ia wahai Musa.lalu Musa melemparkan tongkatnya.Maka serta merta ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat.Dia berkata," Ambillah ia,ular itu dan jangan takut .Kami akan mengembalikannya kepada keadaan asal (menjadi tongkat)

Tuhan yang Maha Kuasa memerintahka  Musa bagi memasukkan tangannya melalui celah baju. Kemudian menariknya kembali.Lalu tapak tangannya memancarkan cahaya umpama sepihan bulan purnama.

Musa telah kembali ke Mesir dibantu oleh abangnya Nabi Harun atas pemintaan. Nabi Musa berdepan dengan Firaun meminta agar dirinya fasih bersuara dikatakan Musa gagap kerana makan api ketika kecil dahulu serta membantunya mengingati oleh Allah.Ini terdapat didalam alquran Nabi Musa berdoa dalam surah toha ayat 25 hingga28.

Musa bertemu Firaun yang mengangkat dirinya Tuhan.Perdepatan telah berlaku diantara Musa dengan Firaun.Nabi Musa berkata "Dulu aku takut ,lari .Sekarang aku datang ,aku mari".

Perdepatan tidak berakhir disitu ,malah perdebatan kali ke 2 diadakan secara terbuka.Ini dihadiri dikhalayak ramai,mereka hadir sebagai saksi.Firaun mengundang ahli sihir terpandai disetiap penjuru kota diMesir.Pada hari yang dijanjikan .Disatu sisi ahli sihir Firaun membentuk barisan dan dibelakangnya penduduk negeri Mesir dalam jumlah yang banyak .Manakala Musa dan Harun dibelakangnya orang-orang Israel.

Ahli sihir Firaun meminta mereka dahulu mempertontonkan kebolehan mereka,kemudian dengan kuasa Allah tongkat Musa menjelma menjadi ular menelan ular ahli sihir Firaun.Ahli sihir Firaun kalah.dan mereka pula berpihak kepada Nabi Musa.Mereka sujud kepada Musa beriman kepda Allah.Turut beriman adalah penasihat Firaun serta isterinya.Dimaklumkan kepada Aisyah ,ia turut beriman.

Hari telah petang ,bedah buku disambong keesokkan harinya dengan tengelamnya Firaun .Terbelahnya laut Merah.


Saturday, 20 August 2016

Syawal melabuhkan tirainya.....

Setelah pulang dari kampong.Aku dan buah hati pergi melawat adik iparku yang telah keluar dari hospital.Alhamdulilah kesihatan semakin memuaskan.Menantuku bercadang untuk membawa ayah tehnya itu bertemu dengan Dr Kadir.Setelah aku memaklumkan akhir ayah tehnya bersetuju untuk mendapat pandangan nasihat serta rawatan selanjutnya dari Dr Kadir.Setelah membuat temu janji akhirnya ayah teh pergi bertemu Dr Kadir.Adik iparku ini seiras rupanya dengan arwah suamiku.

Sepanjang bulan syawal ini aku penuhi dengan aktiviti untuk tidak menunjukkan hati ini sedih dan sayu tanpa suami disisi.Aku hiburkan diri ini disamping anak-anak ,menantu dan cucu-cucu.
Aku ikut buah hati beraya dirumah teman -temannya.

Dibulan syawal yang mulia ini kami 'wan family' sempat menyambut hari lahir anak lelakiku. Tarikh keramat ini jatuh dalam bulan syawal. Pada malam hari lahir ia telah menyambut hari lahirnya dengan abang angkatnya Amy Search'. Tarikh lahir Amy sehari awal dari anakku tapi setiap tahun mereka diraikan bersama.Majlis ini dibuat direstoran jepun hanya dihadiri saudara terdekat sahaja.Keesokkan raya kami menyambut hari lahir  diBangsar hanya terdiri ahli keluarga.Sungguh terhibur aku bila melihat anak -anak makan bersama-sama serta beramah mesra diantara satu sama lain. Bagitulah cara aku menghabiskan beraya tahun ini tanpa suami disisi.

Aku sempat juga menyaksikan teater Lela Manja diIstana Budaya.Nabila Huda berlakun sebagai ibu tiri yang kejam didalam persembahanya itu.Aku pergi bersama dengan adik kesayangan seeta buah hati.

Apa jua pun beraya tetap disambut walaupun kini kita tidak dapat beraya bersama tapi kenangan beraya bersamamu selama 40 tahun tetap menjadi kenanganan yang indah buat ku.Kalau dulu setiap raya pasti kita akan pergi kepusara saudara-mara kita tapi kini boleh dikatakan setiap hari kami pasti menziarahi pusaramu jika buah hati tidak ada kesibukan kerjanya.Mulai tahun ini satu perjalanan berhari raya yang pasti aku akan sambut tanpamu.

anak lelakiku menyambut hari lahirnya
wan family meraikan hari lahir Che Wan Mohd Faiz
kek hari lahir
Sempat berfoto dengan Nabila Huda semasa menyaksikan teater Lela Manja.

Tuesday, 16 August 2016

SYAWAL SUDAH MELABUHKAN TIRAINYA..(4)

Setelah solat subuh aku dan adikku berkemas untuk pulang ke kampong,tapi sebelum pulang kami ke Hospital Selayang dahulu untuk melihat adik iparku .Disebabkan bukan masa  melawat  hanya buah hati je yang dapat melihatnya.Dari buah hati kami dimaklumkan dia terpaksa ditahan dihospital untuk rawatan lanjut    .

Kami meneruskan perjalanan kami kekampong tapi kami singgah dulu di Kuantan kerumah anak saudaraku untuk menziarah kakak kami yang tersayang.Kami dijamu oleh anak saudara selain kuih muih  adalah nasi ayam.Bermacam cerita yang kami bualkan kerana sudah lama tak berjumpa dengan kakak kesayangan.Hari sudah agak petang kami minta izin untuk pulang.

Sampai dikampong kami tidak terus pulang kerumah ,kami singgah seketika di restoran makanan ala barat menjamu selera.Baru aku tahu kampongku sekarang bagitu membangun,segala boleh didapati.Setelah aku sampai kerumah,kelihatan rumah gelap gelita.Hati mula sayu kalau dulu bila aku pulang rumah ini terang menderang.Yang pasti arwah abah sudah menunggu dimuka pintu menyambut kepulangan kami.Terbau aroma rendang dan sambal tumis ikan bilis kegemaran anakku.Tapi kini ianya hanya tinggal kenangan yang indah untukku.Sayu apabila masok kedalam rumah sunyi sepi.Setelah solat isyak aku terus membaca yasin untuk kedua orang tuaku.Itulah yang aku mampu untuk mengenangkan akan kasih sayang serta didikan yang diberi kepadaku.

Pagi -pagi kami kepusara kedua orang tuaku serta kakakku sebelum adik kesayanganku kepejabat. Setelah menghantarnya kepejabat kami mula meronda bandar Rompin,kami kekedai RM2. Kami berehat ditepi pantai sambil mengambil gambar serta menyedut udara yang bersih.Desiran air laut membuat hati ini terhibur.

Petang setelah adikku balik dari pejabat kami kerumah pembantu rumahnya sambil melihat ibunya yang kemalangan semasa bulan ramadan.Kami dihidang dengan laksa penang.Wow!bagitu enak sekali.Dari situ kami ke Tanjung Gemuk beraya dirumah anak saudaraku.Sampai saja dirumah sepeninggalan arwah kakakku kak Zam,hati ini mula sayu,kalau dulu semasa hayatnya ia bagitu sibuk mengidang juadah untuk kami.Kelihatan rumahnya tak bermaya ,mungkin kerana rumahnya kini dalam proses pengubahan suai.

Sekembalinya kami dari Tanjung Gemuk kami telah dibawa oleh adikku ke restoran ala Thai.Sungguh enak maklumlah free.Sambil makan kami berbual mengingatkan detik-detik indah semasa kami remaja dulu.Sekembalinya kerumah adikku ajak kami buat kuih raya.Kami tidur pukul 2 pagi.Besok aku akan pulang ke Kuala Lumpur.


adik ipar masih lagi dihospital ketika aku pulang kekampong.
Berfoto sekita sebelum beraya
ini adalah rumah arwah kakakku di Tanjung Gemuk yang dalam pengubah suai oleh anaknya
Menjamu selera
Berfoto di pantai hiboran 


Monday, 15 August 2016

SYAWAL SUDAH MELABUHKAN TIRAINYA.....(3)

Pagi-pagi lagi anakku telah menghantar kami ke airport diPulau Pinang.Cuaca dipagi hari bagitu bsik sekali.Kami sampai di airport Subang dimana adik ipar ku sudah berada disana menjemput kami pulang.Kami terus ke pusara arwah suamiku ,baca yasin mula dibaca , walaupun kesedihan bagitu terasa tapi aku dapat mengatasinya.setitik air mata pun tidak tumpah dipipiku.Adik ipar terus menghantar kami pulang kerumah.Petang itu kami keluar bersiar di bandar dan pada petangnya aku memasak untuk makan-makan dihari raya.

Permata hati serta menantuku serta Amy telah datang berhari raya dirumah.Sungguh seronok dapat beraya bersama-sama.Kawan anakku juga telah datang beraya.Juadahnya ialah nasi tomato,ketupat serta rendang.Anakku meminta izin untuk pergi beraya dirumah bapa saudaranya.Tidak lama selepas fia pergi ,tiba-tiba permata hati menalifonku menyatakan ayah tehnya kena stroke.Dia terus membawa pakciknya itu ke hospital.Kami semua bergegas kehospital.Kami kesana himgga larut malam sementara menunggu isterinya sampai dari Sungai Petani bersama dengan anak-anaknya.Aku meminta izin untuk pulang dulu disebab keesokan hari aku akan ke kampong menghantar adik kesayanganku pulang sertelah keluarganya sampai.

semasa diairport 
Ayah teh (adik ipar)yang menjemput kami di airport
Membaca yasin dipusara arwah suami tercinta
adik kesayangan berfoto dengan cucu saudaranya Amy
Permata hati ,Amir dan Amy
Adik ipar jatuh sakit semasa syawal
sesi berfoto

Sunday, 14 August 2016

SYAWAL SUDAH MELABUHKAN TIRAINYA....

Hari ke 2 raya.Aku masih dirumah anak lelakiku. Pagi-pagi lagi dia telah pergi kepusara arwah bapa mertuanya. Tiba-tiba ia talifon memberitahu aku ajak semua iaitu buah hati serta adik kesayaganku keGunung Jerai sebelum aku balik ke Kuala Lumpur pada pukul 5 petang. Kami pun bersiap -siap untuk ke Gunung Jerai almaklum adik kesayangan ku belum pernah kesana.

Jalan ke Gunung Jerai agak berliku.Adik kesayangan mula menampakkan rasa cuak melihat liring bukit yang tiada penghalang. Perjalanan kesana mengambil masa didalam 45 minit. Kelihatan anak monyet bermain dipingir jalan.Cucu ku menjerit-jerit bila melihat anak-anak monyet tersebut.Pokok-pokok ditepi liring bukit meredupkan suasana.Kami sampai dikemuncak Gunung Jerai,kelihatan bagitu ramai orang datang berehat disini.Ada yang datang famili dan ada juga yang datang dalam rombongan.Sementara menunggu keluarga bisanku sampai kami mulalah mencari lokasi yang cantik untuk diambil foto.

Di puncak Gunung Jerai kelihatan sawah yang terbentang luas .Sungguh indah pemandangan diatas ini.Kami sempat juga minum pagi di cafe sambil makan nasi lemak dan mee goreng .Air teh tarik sungguh enak sekali.Kami kesurau disini untuk solat zuhur.Cucuku Khalif sudah mula memujuk buah hati agar jangan balik pada hari itu.Akhirnya buah hatu mengambil keputusan untuk duduk sehari lagi di Sungai Petani.Cucu-cucu bagitu gembira sekali.

Setelah solat zuhur kami turun kebawah ditempat perhutanan disitu jalannya agak kecil dan menjunam. Kelihatan bisanku serta rombongannya telah sampai ,kami terus makan tengah hari kerana perut sudah lapar.Setelah makan kami bersiar-siar ditempat itu sambil berfoto.Air dari air terjunnya kelihatan ke kuningan ini mungkin disebabkan daun-daun kayu yang terkumpul diatas apabila turun airnya bertukar warna.Ada jugakelihatan batang pokok kayu kemerah-merahan. Agak unik pokok disini.Kelihatan kawasan ini masih belum tercemar.Hari mulai mendung kami bersiap untuk pulang.Ada masa pasti kami datang lagi berehat dan mencari ketenagan disini.Semasa perjalanan balik ke Sungai Petani kami sunggah dulu di Gurun pekena teh tarik.

Malam kami semua ke Restoran Husin makan malam kerana disitu martabaknya sungguh sedap.Kami pulang kerumah kekenyangan.Kami semua tidur awal kerana flight pagi.Anak ,menantu serta ke dua cucuku menghantar kami ke Airport Pulau Pinang.Terima kasih diatas layanan .Terima kasih kepada cucu-cucuku yang bagitu mesra serta dapat menghiburkan hati mak toknya yang pertama kalinya beraya tanpa tok bond.

Terhibur sambil menikmati pemandangan dipuncak Gunung Jerai
kelihatan unik batang pokok disini.
keluarga bahagia

Tuesday, 9 August 2016

Syawal sudah melaburkan tirainya......

Sudah hampir seminggu syawal sudah melabuhkan tirainya ,aku masih lagi kaku untuk mencoretnya. Tidak tahu apa yang dicoretkan.Yang hanya tahu kesedihan serta kesayuan.

Persoalannya kenapa?Kerana hati ini ,jiwa ini masih terbayang akan setiap syawal yang telah aku lalai bersama-sama denganmu.
Kalau dulu sebelum hari raya menjelang kau pasti menyuruh ku membuat rendang hitam awal-awal lagi kerana membuatnya agak cerewet.Tapi pada tahun ini dengan ketiadaan mu semua juadah tidak aku buat malah kueh raya pun aku tak buat.Bukan apa kita sama -sama buatnya.

Sehari sebelum raya aku serta buah hati dan adik kesayanganku tidak beraya dirumahku . Kami beraya di Sungai Petani.Kami kesana dengan menaiki Skyline diSubang.Sampai di Airport Pulau Pinang kami diambil oleh anakku terus ke rumahnya.Sebelah petangnya kami terus ke Simpang Empat kerana bisanku mengadaan kenduri serta jamuan berbuka puasa.Sungguh meriah sekali dimulai dengan membaca yasin serta doa selamat dan  jamuan berbuka puasa.Makanannya memanglah enak kerana ada nasi daging,soto ,laksa kedah serta kuih mueh. Setelah siap berbuka puasa,kami sibuk pula untuk solat berjemaah.Cucu-cucu sibuk pula bermain bunga api dihalaman rumah ,riuh rendah dibuatnya. Disebabkan terhibur dengan situasi disini hilang seketika kesedihanku.Selalunya kalau dulu malam raya kita akan ke masjid Wilayah solat disana dan takbir raya.Setelah pulang dari masjid kita akan ke Jalan Tar melihat suasana malam terakhir iaitu lelong .Kau akan tunggu kami bersesak sesak untuk melihat dan membeli baju raya ,kemudian kita beramai-ramai akan pergi minum dikedai mamak.

Subuh lagi aku akan bangun memasak nasi tomato serta rendang sambil kita solat dan membaca doa akhir ramadan.Dipagi raya kita akan solat hari raya dimasjid Wilayah.Setelah pulang dari masjid kita makan-makan serta bersalam salaman.Selalunya bila aku bersalam denganmu belum lagi aku hulurkan tanganku kau sudah mula menangis.Tangisan seorang suami.Itulah yang mahal tu.Anak-anak kata ayahnya hati tissue.Kemudian kita akan bersiap menyediakan  bunga rampai,surah yasin ,tikar serta air.Kita akan ke pusara kak Zam di Putrajaya dulu kemudian ke Shah alam kepusara Baha.Bila dipusara bacaanmu dan doamu bagitu panjang sekali.Tapi kini .......

Dipagi raya dirumah maknya bisan,diadakan solat raya diumahnya  kerana ramai dan juga nenek kalau pergi kemasjid dia tak boleh solat disana kerana uzur.Setelah sembayang raya diadakan juga kutbah raya dibaca oleh salah seorang dari keluarga bisan.Ketika kutbah dibaca kesayuan mula terasa ,air mata mula berjurai tapi ku sabarkan jua janganlah berlarutan . Salam bersalaman diantara kami. Kemudian kami semua kedapor menjamu selera .Wah bagitu enak sekali ada ketupat,rendang ,loyong,lodeh bermacam juadah semuanya enak sekali.Kami semua tidak dapat pergi beraya kerumah keluarga disebabkan hujan lebat.Untuk meriahkan lagi suasana sesi bergambar diadakan.Aku mengambil kesempatan bergambar bersama-sama dengan cucu-cucuku.

Petang aku,buah hati serta adik kesayangan serta cucuku Hanan ke Pulau Pinang pergi beraya serta mengziarahinya kerana kurang sihat.Kami dohidang dengan laksa pinang serta nasi daging.Kekeyangan dibuatnya.Sekembalunya kami ke rumah anakku pula ajak kami pergi makam-makan.Bagitilah hari raya pertama yang ku lalui tanpa mu.


Sementara menunggu berbuka puasa kami bergambar dulu dibendang.
Dengan adik kesayangan dibendang yang luas terbentang
Bermesra dengan cucu-cucu
aku,buah hati dan adik kesayangan.
Foto keluarga dipagi raya
Kerumah kakak ipar dipetang raya pertama.

Monday, 1 August 2016

Tarikh keramat daddy Rafa.

Selamat hari lahir daddy Rafa.

Tarikh 29/7adalah tarikh keramat buat anakku Faiz.Anak ibu telah lahir pada tarikh ini 30 tahun yang lalu .Dilahirkan dengan pra matang iaitu 8 bulan.Agak susah menjaganya kerana dilahir tidak cukup bulan walau bagaimana pun ibu dan arwah ayahmu bersyukur kehadrat ilahi kamu dilahirkan dengan cukup sifat.

Kamu membesar bagitu pantas sekali dari anak -anak yang bertatih kesekolah rendah ke menengah akhirnya kemenara gading.Bila sudah berkerjaya kamu ketemu dengan pasangan akhirnya mendirikan rumahtangga.Kehidupan kau anak ibu telah lengkap.Kamu kini telah menjadi khalifah kepada keluargamu dan lebih mengembirakan kamu telah mempunyai zuriat dengan lahirnya Rafa Makeeth.Ia telah menyerikan lagi rumahtangga anak ibu.

Lahirmu menyerikan keluarga
Membesar dengan kasih sayang
Kini kau telah dewasa
Mempunyai teman setia