Sudah hampir seminggu syawal sudah melabuhkan tirainya ,aku masih lagi kaku untuk mencoretnya. Tidak tahu apa yang dicoretkan.Yang hanya tahu kesedihan serta kesayuan.
Persoalannya kenapa?Kerana hati ini ,jiwa ini masih terbayang akan setiap syawal yang telah aku lalai bersama-sama denganmu.
Kalau dulu sebelum hari raya menjelang kau pasti menyuruh ku membuat rendang hitam awal-awal lagi kerana membuatnya agak cerewet.Tapi pada tahun ini dengan ketiadaan mu semua juadah tidak aku buat malah kueh raya pun aku tak buat.Bukan apa kita sama -sama buatnya.
Sehari sebelum raya aku serta buah hati dan adik kesayanganku tidak beraya dirumahku . Kami beraya di Sungai Petani.Kami kesana dengan menaiki Skyline diSubang.Sampai di Airport Pulau Pinang kami diambil oleh anakku terus ke rumahnya.Sebelah petangnya kami terus ke Simpang Empat kerana bisanku mengadaan kenduri serta jamuan berbuka puasa.Sungguh meriah sekali dimulai dengan membaca yasin serta doa selamat dan jamuan berbuka puasa.Makanannya memanglah enak kerana ada nasi daging,soto ,laksa kedah serta kuih mueh. Setelah siap berbuka puasa,kami sibuk pula untuk solat berjemaah.Cucu-cucu sibuk pula bermain bunga api dihalaman rumah ,riuh rendah dibuatnya. Disebabkan terhibur dengan situasi disini hilang seketika kesedihanku.Selalunya kalau dulu malam raya kita akan ke masjid Wilayah solat disana dan takbir raya.Setelah pulang dari masjid kita akan ke Jalan Tar melihat suasana malam terakhir iaitu lelong .Kau akan tunggu kami bersesak sesak untuk melihat dan membeli baju raya ,kemudian kita beramai-ramai akan pergi minum dikedai mamak.
Subuh lagi aku akan bangun memasak nasi tomato serta rendang sambil kita solat dan membaca doa akhir ramadan.Dipagi raya kita akan solat hari raya dimasjid Wilayah.Setelah pulang dari masjid kita makan-makan serta bersalam salaman.Selalunya bila aku bersalam denganmu belum lagi aku hulurkan tanganku kau sudah mula menangis.Tangisan seorang suami.Itulah yang mahal tu.Anak-anak kata ayahnya hati tissue.Kemudian kita akan bersiap menyediakan bunga rampai,surah yasin ,tikar serta air.Kita akan ke pusara kak Zam di Putrajaya dulu kemudian ke Shah alam kepusara Baha.Bila dipusara bacaanmu dan doamu bagitu panjang sekali.Tapi kini .......
Dipagi raya dirumah maknya bisan,diadakan solat raya diumahnya kerana ramai dan juga nenek kalau pergi kemasjid dia tak boleh solat disana kerana uzur.Setelah sembayang raya diadakan juga kutbah raya dibaca oleh salah seorang dari keluarga bisan.Ketika kutbah dibaca kesayuan mula terasa ,air mata mula berjurai tapi ku sabarkan jua janganlah berlarutan . Salam bersalaman diantara kami. Kemudian kami semua kedapor menjamu selera .Wah bagitu enak sekali ada ketupat,rendang ,loyong,lodeh bermacam juadah semuanya enak sekali.Kami semua tidak dapat pergi beraya kerumah keluarga disebabkan hujan lebat.Untuk meriahkan lagi suasana sesi bergambar diadakan.Aku mengambil kesempatan bergambar bersama-sama dengan cucu-cucuku.
Petang aku,buah hati serta adik kesayangan serta cucuku Hanan ke Pulau Pinang pergi beraya serta mengziarahinya kerana kurang sihat.Kami dohidang dengan laksa pinang serta nasi daging.Kekeyangan dibuatnya.Sekembalunya kami ke rumah anakku pula ajak kami pergi makam-makan.Bagitilah hari raya pertama yang ku lalui tanpa mu.
No comments:
Post a Comment