Program bedah buku.
Setelah solat subuh,aku bersiap -siap untuk pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menghadiri program bedah buku mengenai Musa vs Firaun.Pendaftaran bermula pukul lapan pagi.Buku Musa vs Firaun diberi secara percuma kepada hadirin.Majlis ini telah dirasmikan oleh Iman Masjid Wilayah persekutuan.
Majlis ini berjalan dengan lancarnya dengan adanya penceramah yang hebat oleh Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman.
Bermulalah hujah dengan bertanya kepada hadirin "Siapa itu Musa ?
Dikatakan didalam al-quran 1/3 cerita zaman dahulu /lampau.Didalamnya tiada surah Musa,
Menceritakan tentang detik Nabi Musa dilahirkan didalam surah Al-qasas.Para peramal menyampaikan kepada Firaun berkenaan kelahiran seorang bayi lelaki daripada keturunan Israel akan menumbangkan kekuasaanya.Ramalan itu membuatnya takut dengan itu dikeluarkan perintah supaya setiap bayi lelaki yang lahir dari wanita israel dibunuh.Namun dia sendiri memungut bayi lelaki dari dalam peti yang terapung pada permukaan air Sungai Nil atas permintaan permasuri Isinofre.Nabi Musa disusui oleh bondanya sendiri dengan kebijaksanan kakaknya Mariam yang mberanikan diri ke istana dan memberitahu kepada permasuri dia kenal seorang wanita ibrani yang baik hati dan mahu menyusui bayi iaitu Nabi Musa.
Nabi Musa membesar didalam istana Firaun.Satu hari didalam upacara keagamaan diadakan di kota Ramasse.Didalam keramaian itu Nabi Musa bertemu dengan dua lelaki yang sedang bertengkar.Seorang darinya meminta tolong daripada Musa.Musa memukul orang mesir itu mati tanpa sengaja.Akibat peristiwa itu Musa dihantui ketakutan akhirnya melarikan diri ke MADYAN.
Ketika tiba di Maryan ,Musa berehat dibawah pokok. Tidak jauh darinya ada sebuah telaga.Dari jauh,Musa melihat dua anak gadis menahan kambing-kambing mereka tidak mendekati telaga kerana ramai yang beratur bagi mengambil air.Musa telah membantu kedua gadis itu.Setelah siap menolong ,dia kembali berehat.Tiba-tiba datang salah seorang gadis ditolongnya menjemput datang kerumah atas jemputan ayahnya.Akhirnya Rehuel (ayah gadis itu) iaitu Zipora telah dikahwinkan dengan Musa dengan mahar upahnya dengan mengembala kambing miliknya selama lapan tahun,digenapkannya menjadi 10 tahun sebagai budi baik Musa.
Musa bermukim di Madyan selama 10 tahun.Musa dianugerahkan 2 orang anak lelaki bernama Gersom dan Eliazer.Apabila tempoh perjanjiannya tamat Musa memohon kepada Rehuel untuk kembali ke kampong halamannya Mesir.Didalam perjalanan ketika malam,obornya terpadam,Musa nampak cahaya.Musa menaiki gunung kedengaran suara menyuruhnya menanggalkan seliparnya.Musa diselimuti ketakutan ketika baginda menyakini yang berbicara kepadanya adalah Allah.Dalam konteks ini,Tuhan memperkenalkan dirinya kepada Musa dengan nama Allah s.w.t.Penyebutan nama Allah s.w.t mengandongi makna "Aku adalah Allah yang berhak memerintah dan melarang".Selepas memperkenalkan dirinya ,ajaran pertama diturunkan oleh Allah kepada Musa adalah menyembahNya.Ia termasuk dalam kalimah Sembahlah aku.Dengan ungkapan lain melaksanakan segala yang disuruh dan meninggal yang dilarang.
TOngkat Nabi Musa memainkan peranan penting dalam perjalanan hidup dan perjuangannya sebagai rasul selepas wahyu diturunkan di Sunai.Tongkat yang ada didalam genggaman tangan Musa mendatangkan pelbagai keajaiban seperti tongkat itu bertukar menjadi ular yang besar.Seperti didalam surah Taha ayat 19 hingga 21.
Lemparkan ia wahai Musa.lalu Musa melemparkan tongkatnya.Maka serta merta ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat.Dia berkata," Ambillah ia,ular itu dan jangan takut .Kami akan mengembalikannya kepada keadaan asal (menjadi tongkat)
Tuhan yang Maha Kuasa memerintahka Musa bagi memasukkan tangannya melalui celah baju. Kemudian menariknya kembali.Lalu tapak tangannya memancarkan cahaya umpama sepihan bulan purnama.
Musa telah kembali ke Mesir dibantu oleh abangnya Nabi Harun atas pemintaan. Nabi Musa berdepan dengan Firaun meminta agar dirinya fasih bersuara dikatakan Musa gagap kerana makan api ketika kecil dahulu serta membantunya mengingati oleh Allah.Ini terdapat didalam alquran Nabi Musa berdoa dalam surah toha ayat 25 hingga28.
Musa bertemu Firaun yang mengangkat dirinya Tuhan.Perdepatan telah berlaku diantara Musa dengan Firaun.Nabi Musa berkata "Dulu aku takut ,lari .Sekarang aku datang ,aku mari".
Perdepatan tidak berakhir disitu ,malah perdebatan kali ke 2 diadakan secara terbuka.Ini dihadiri dikhalayak ramai,mereka hadir sebagai saksi.Firaun mengundang ahli sihir terpandai disetiap penjuru kota diMesir.Pada hari yang dijanjikan .Disatu sisi ahli sihir Firaun membentuk barisan dan dibelakangnya penduduk negeri Mesir dalam jumlah yang banyak .Manakala Musa dan Harun dibelakangnya orang-orang Israel.
Ahli sihir Firaun meminta mereka dahulu mempertontonkan kebolehan mereka,kemudian dengan kuasa Allah tongkat Musa menjelma menjadi ular menelan ular ahli sihir Firaun.Ahli sihir Firaun kalah.dan mereka pula berpihak kepada Nabi Musa.Mereka sujud kepada Musa beriman kepda Allah.Turut beriman adalah penasihat Firaun serta isterinya.Dimaklumkan kepada Aisyah ,ia turut beriman.
Hari telah petang ,bedah buku disambong keesokkan harinya dengan tengelamnya Firaun .Terbelahnya laut Merah.
No comments:
Post a Comment