Tuesday, 16 August 2016

SYAWAL SUDAH MELABUHKAN TIRAINYA..(4)

Setelah solat subuh aku dan adikku berkemas untuk pulang ke kampong,tapi sebelum pulang kami ke Hospital Selayang dahulu untuk melihat adik iparku .Disebabkan bukan masa  melawat  hanya buah hati je yang dapat melihatnya.Dari buah hati kami dimaklumkan dia terpaksa ditahan dihospital untuk rawatan lanjut    .

Kami meneruskan perjalanan kami kekampong tapi kami singgah dulu di Kuantan kerumah anak saudaraku untuk menziarah kakak kami yang tersayang.Kami dijamu oleh anak saudara selain kuih muih  adalah nasi ayam.Bermacam cerita yang kami bualkan kerana sudah lama tak berjumpa dengan kakak kesayangan.Hari sudah agak petang kami minta izin untuk pulang.

Sampai dikampong kami tidak terus pulang kerumah ,kami singgah seketika di restoran makanan ala barat menjamu selera.Baru aku tahu kampongku sekarang bagitu membangun,segala boleh didapati.Setelah aku sampai kerumah,kelihatan rumah gelap gelita.Hati mula sayu kalau dulu bila aku pulang rumah ini terang menderang.Yang pasti arwah abah sudah menunggu dimuka pintu menyambut kepulangan kami.Terbau aroma rendang dan sambal tumis ikan bilis kegemaran anakku.Tapi kini ianya hanya tinggal kenangan yang indah untukku.Sayu apabila masok kedalam rumah sunyi sepi.Setelah solat isyak aku terus membaca yasin untuk kedua orang tuaku.Itulah yang aku mampu untuk mengenangkan akan kasih sayang serta didikan yang diberi kepadaku.

Pagi -pagi kami kepusara kedua orang tuaku serta kakakku sebelum adik kesayanganku kepejabat. Setelah menghantarnya kepejabat kami mula meronda bandar Rompin,kami kekedai RM2. Kami berehat ditepi pantai sambil mengambil gambar serta menyedut udara yang bersih.Desiran air laut membuat hati ini terhibur.

Petang setelah adikku balik dari pejabat kami kerumah pembantu rumahnya sambil melihat ibunya yang kemalangan semasa bulan ramadan.Kami dihidang dengan laksa penang.Wow!bagitu enak sekali.Dari situ kami ke Tanjung Gemuk beraya dirumah anak saudaraku.Sampai saja dirumah sepeninggalan arwah kakakku kak Zam,hati ini mula sayu,kalau dulu semasa hayatnya ia bagitu sibuk mengidang juadah untuk kami.Kelihatan rumahnya tak bermaya ,mungkin kerana rumahnya kini dalam proses pengubahan suai.

Sekembalinya kami dari Tanjung Gemuk kami telah dibawa oleh adikku ke restoran ala Thai.Sungguh enak maklumlah free.Sambil makan kami berbual mengingatkan detik-detik indah semasa kami remaja dulu.Sekembalinya kerumah adikku ajak kami buat kuih raya.Kami tidur pukul 2 pagi.Besok aku akan pulang ke Kuala Lumpur.


adik ipar masih lagi dihospital ketika aku pulang kekampong.
Berfoto sekita sebelum beraya
ini adalah rumah arwah kakakku di Tanjung Gemuk yang dalam pengubah suai oleh anaknya
Menjamu selera
Berfoto di pantai hiboran 


No comments:

Post a Comment