Pagi-pagi lagi aku telah sampai didewan serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan kelihatan sudah ramai yang hadir.Setelah mendaftar terus ke dewan untuk sarapan pagi.Majlis dimulai agak lewat pukul 9 pagi.
Penceramah terus memulakan pembentangan hari ini dengan mengatakan bahawa Nabi Musa dengan Nabi Muhammad ada persamaan dengan solat.DiMiqrah Nabi Musa mempengarohi Nabi Muhammad mengenai solat.Umatnya boleh melakukan solat tapi umat Nabi Muhammad s.w.t agak sukar dengan meminta diringankan kepada lima.Akhirnya Allah memperkenanan solat lima kali sehari. Penceramah mengingatkan kembali tentang mukjizah Nabi Musa mengenai tongkatnya yang boleh mematahkan sihir ahli sihir Firaun.Ahli sihir beriman dan dihukum bunuh.Penasihat Firaun serta isterinya beriman ,bagitu juga Asiah isteri Firaun beriman.
Firaun bangga dengan emas manakala Qarun orang kanannya yang banyak harta merangkap bapa saudara Musa.Selain berpihak kepada Firaun,Qarun ibarat cemeti kepada Firaun untuk orang-orang Israel.Kuncinya dibawa oleh sepuluh orang yang memegangnya .Ini menunjukkan bertapa besarnya gedong kekayaannya.Dia menghimpun kekayaan daripada keringat orang-orang Israel.Qarun ingkar kepada Musa dan kufur kepada nikmat dan anugerah Allah s.w.t. Maka,diturunkan keatasnya azab dunia yang dahsyat.Qarun binasa ditelan bumi bersama rumah dan seluruh kekayaannya.
Musa menyiapkan orang -orang Israel terutama orang -orang yang tersisa daripada keturunan Yaakub untuk sebuah perjalanan yang jauh dan berat mengikuti arah matahari terbit menuju tanah suci di Palestin. Keluarnya orang-orang Israel dari negeri Mesir adalah peristiwa penting dalam sejarah.Musa memimpin kurang lebih 6000 orang.Persiapan memulakan perjalanan berlangsung empat hari kerana mereka ini tinggal jauh dalam kelompok diwilayah Gosyen yang luas.
Pada hari ke10 orang-orang Israel tiba dikawasan pertemuaan Danau Murra Besar dan Danau Murra kecil .Dari jauh kelihatan tentera-tentera Firaun yang bersenjata lengkap mengejari mereka.Orang-orang Israel panik serta takut.Musa menenangkan mereka dan mengatakan:
"Tidak sesungguhnya Tuhan pemeliharaku bersamaku.Dia akan memberiku petunjuk jalan keselamatan".
(Surah asy syuara ayat 62)
Akhirnya dengan kekuasaan Allah dengan menunjukkan tongkatnya kelaut dalam sekelip mata laut terbelah.Itu adalah mukjizat Allah s.w.t demi menyelamatkan orang -orang Israel.Firaun menyuruh orangnya melintas dahulu apabila tahu selamat ,Firaun mengikuti jalan itu bersama dengan tenteranya .Dengan tidak disangka -sangka air laut berhenti terbelah dua dan akhirnya menenggelamkan mereka tanpa ada seorang pun yang selamat termasuk Firaun.
"Apabila Firaun hampir mati tenggelam dia berkata"Aku percaya tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel dan aku termasuk orang -orang Muslim".
(Surah yunus 90).
Tetapi,Allah s.w.t tidak mahu menerima pengakuan iman dalam keadaan terpaksa.Dikatakan besar kemungkinan Jibrail telah menutup mulut Firaun dengan tanah bila sebut Allah mengikut Ibnu Abbas,bila Allah tenggelamkan Firaun ,Jibrail menutup mulut Firaun bila menyebut 'illah' memasukkan pasir kedalam mulut Firaun takut dapat rahmat Allah.Jibrail tak menyetahui adakah Allah Taala menyatakan Firaun ketua pada penghuni neraka.Bimbangannya akan dapat rahmat.Jibrail risau mungkin rahmat jatuh kepada Firaun. "Kepada merela diperlihatkan neraka,pada pagi dan petang,dan pada hari kiamat.(lalu kepada malaikat diperintahkan),"Masukkanlah Firaun dan kaumnya kedalam azab yang sangat keras!". (surahGafir 40:46)
Surah 26: 23 hingga 63)ustaz menerang panjang lebar mengenai Firaun.Dalam masa yang sama ustaz menyatakan dan menasihakan kita agar banyak berdoa.
.Seorang tentera yang terselamat memberitahu Haman dan jasadnya dirawat mengikut proses lazim dilakukan kepada raja -raja Mesir yang mati.
Selepas berjaya menyeberangi laut dan menuju ke Sinai.Dua hari dalam perjalanan ke Gurun Sinai,orang -orang Israel mendapati sekelompok warga Mesir sedang melakukan pemujaan kepada tuhan Hathor. Penyembahan tuhan lembu betina.Inimenyemarakkan kembali kepercayaan ter sembunyi orang -orang Israel ini belum sepenuhnya beriman Tiga hari mereka berjalan dipadang pasir dengan tidak dapat ketemu air sehingga sampai ke Mara tapi mereka tidak meminumnya kerana rasanya pahit.Dari Mara mereka bergerak ke padang Gurun sin kawasan yang tandusKetika Musa memohon air untuk kaumnya,dengan memukul tongkatnya pada batu gunung sebagaimana perintah Allah s.w.t secara tiba-tiba 12 mata air memancar untuk satu kabilah orang-orang Israel itu. Walau bagaimana pun Musa menghadapi dugaan dengan kaumnya. Surah al-araf 7:138)
Meminta Nabi Musa menyediakkan patung untuk mereka sembah.Berhala bagi mereka adalah perantaraan dengan Allah.(surah al-araf 7:141) Mengikut Samiri menyembah berhala iaitu lembu betina yang disadur emas.
Sebelum majlis berehat satu slik telah ditayangkan tentang Laut Merah terbelah dua.
No comments:
Post a Comment