Pagi-pagi lagi anakku telah menghantar kami ke airport diPulau Pinang.Cuaca dipagi hari bagitu bsik sekali.Kami sampai di airport Subang dimana adik ipar ku sudah berada disana menjemput kami pulang.Kami terus ke pusara arwah suamiku ,baca yasin mula dibaca , walaupun kesedihan bagitu terasa tapi aku dapat mengatasinya.setitik air mata pun tidak tumpah dipipiku.Adik ipar terus menghantar kami pulang kerumah.Petang itu kami keluar bersiar di bandar dan pada petangnya aku memasak untuk makan-makan dihari raya.
Permata hati serta menantuku serta Amy telah datang berhari raya dirumah.Sungguh seronok dapat beraya bersama-sama.Kawan anakku juga telah datang beraya.Juadahnya ialah nasi tomato,ketupat serta rendang.Anakku meminta izin untuk pergi beraya dirumah bapa saudaranya.Tidak lama selepas fia pergi ,tiba-tiba permata hati menalifonku menyatakan ayah tehnya kena stroke.Dia terus membawa pakciknya itu ke hospital.Kami semua bergegas kehospital.Kami kesana himgga larut malam sementara menunggu isterinya sampai dari Sungai Petani bersama dengan anak-anaknya.Aku meminta izin untuk pulang dulu disebab keesokan hari aku akan ke kampong menghantar adik kesayanganku pulang sertelah keluarganya sampai.
No comments:
Post a Comment