Beberapa hari yang lepas adik kesayangan ku asyik menanyakkan aku ada tak barang yang dia kirim sampai.Hari- hari dia menyuruh aku melihat dipeti surat kalau barang yang di kirim tu sampai.Hari-harilah aku menunggu Mr posmen.
Sudah hampir dua minggu adik kesayangan ku ini menanyakkan dan menghantar whatsapp mengingatkan aku. Pada mulanya aku tidak mengambil kisah sangat memandangan dia ingin membuat kejutan hadiah di hari jadiku.Tapi bila dia tanya alamat rumah dengan menidakkan alamat tersebut.Aku mula syak apa sebenarnya ni .Akhirnya aku menanya adik ku ini dia beli dan hantar barang tu melalui pos laju ke Gdeq ke?Dia membeli barang tu melalui online ke?
Adik ku menyatakan dia membeli barang itu melalui online dua minggu yang lepas.Dia meminta alamat rumah melalui permata hati.Ah! tak kanlah anakku sendiri silap beli alamat.Adik ku masih lagi meminta alamat dia kata penjual melalui online tu kata alamat salah.tapi pada aku mesti dia menghubungi alamat sepengirim atau menghantarnya balik.Bila adik ku tanya dia siap bagi no siri hantarannya tu .bila disemak tidak ada.
Akhirnya aku meminta nombor talipon se penjualan jualan langsung tu.Yang menjawab tu suara lelaki. Aku dengan sopannya menanyakan dengan siapa saya bercakap ni .Dia tidak mahu menyebut namanya.Aku bertanya lagi 'Encik jual jualan online ke.Encik jual apa ya!Dia jawab 'juallah apa apa.'.Aku mula nak marah ini ke cara orang menjawab panggilan orang.Aku menyambung lagi pertanyaan dengan menanya ada tak nama ini dalam senarai membeli barangan encik',
Dia jawab 'ada'
Aku tanya'barang apa ya yang dia order',Dia jawab"mana boleh bagitahu.
Aku mula menanya bila barang tu dihantar.Dia mula memainkan kata-kata.Aku pun mulalah nak marah cara dia bercakap tak ada ciri ciri seorang penjual.Aku kata kepadanya "saya tunggu punya tunggu sampai ari ni barang tu tak sampai. Janganlah nak memperbodohkan orang dengan mengatakan alamat salahlah dengan memberi no siri tu yang tak ada.Aku terus memarahinya melalui perbualan
melalui talipon.Akhirnya dengan marah aku hentikan perbualan ku itu.Adik ku memberitahu permata hati tentang masaalah barang yang tak sampai tu dan memberitahunya yang aku telah menalipon si penjual tu.Permata hati pulak minta nombor sipenjual tu.Permata hati pula berwhatsapp dengannya.Permata hati pulak yang nak marah cara dia menjawab dalam whatsapp mengatakan aku kurang ajar dengan dia serta marah marahkan nya.
Aku tak kisah tak dapat barang tu tetapi duit adikku itu perlulah dipulangkan.Akhirnya dia menyatakan kepada permata hati yang barang tu sampai hari esoknya aku perlu memohon maaf kepadanya .Aku menyatakan kepada permata hati yang barang tu mesti sampai pada hari yang dijanjikan tu .Aku tak kisah pasal minta maaf ni.Tapi barang tu tak juga dapat.Dia memberi siti no yang aku kena ambil di pejabat pos laju kerana salah alamat.Aku pun pergi ke pos laju untuk mengambilnya .bila ditanya pada pegawai tersebut .Pegawai itu mengatakan barang tu baru dihantar pada 22/12/14 waktu petang.Kenapa perlu datang ke pos laju kerana barang tu baru je nak dihantar.Aku pun balik kerumah menunggu .Akhirnya van poslaju sampai juga menghantar barang tu.Aku gembira bila dibuka bungusan itu terserlah sebuah jam tangan 'ROLEX'.
Jam tangan yang mahal.Mahal lagi marah ku pada si penjual itu.Terima kasih diatas hadiah itu adik ku.I love u so much.