Kemarin pergi ke Seremban terus ke Kuala Pilah bersama -sama permata hati dan cik abang diajak oleh bakal menantu untuk mencari barang hantarannya.Amir bakal menantu ditemani oleh ibu bapanya.Didalam perjalanan ke Kuala Pilah terdapat kawasan dan rumah-rumah yang masih kekal tradisionalnya. Cantik sekali pada pandangan aku. Rumah berbentuk minangkabau.Ada sedikit kesamaannya dengan rumah di melaka tetapi rumah di Melaka tertumpu pada tangganya yang unik.
Rumahnya memanjang dan tidak tinggi, bumbungnya melentik keatas. Berdindingkan papan.Cantik dan rare
Kami semua ke bandar Kuala Pilah masih ada lagi bangunan lama.Kedai kopinya masih menggunakan meja dan kerusi zaman 60an. Walaupun agak usang pada mata aku ia masih kukuh.Cantik masih seperti zaman dahulu lagi tidak berubah.Kedai kedainya malap tidak banyak menggunakan lampu.
Kami kekedai emas.Kedainya pun masih tidak nampak berubahan dari bentuk kedai masih menggunakan pintu tarik besi dan terbuka.Tidak ada anggota keselamata.Hanya terdapat buku lawatan polis.
Dari sepintu kesepintu aku berjalan, kedai kedai disitu masih fesyen lama tidak mengikut peredaran zaman.
Ada juga terdapat bangunan baru tapi aku lebih suka berjalan dilorong lorong kedai yang lama.Hampir Satu jam disitu.Semasa perjalanan balik aku masih lagi cuba mengambil gambar bentuk rumah rumah yang kaya dengan adat pepatih.
No comments:
Post a Comment