Wednesday, 12 November 2014

OH CuCu KU HANAN.

Bertapa bahagia bergelar seorang nenek.Aku lebih senang dengan panggilan mak tok.Cucu sulong ku Hanan panggilan manjanya.Masa berlalu bagitu pantas. Cucu ku  membesar dan akhirnya memasoki alam persekolahan. Mula masok sekolah aku ,tok bon(panggilan buat atoknya).Khalif serta besan ku telah menghantarnya kesekolah. Kini hampir dipenghujung tahun persekolahannya didarjah satu.

Pada suatu petang Hanan telah menelefon ku dengan menyatakan ia akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Kami suami isteri telah pergi ke Sungai Petani untuk memberi sokongan kepadanya.

Setelah makan malam Hanan telah menunjukkan jadual peperiksaannya kepada ku. Aku terpegun sejenak melihat kertas jadualnya.Aku bertanya kepadanya berapa mata pelajaran yang diambilnya. Dilihat pada jadualnya ada 10 mata pelajaran iaitu bahasa melayu pemahaman,matemetik,pelajaran jawi,pendidikan islam,bahasa inggeris,dunia muzik,dst,dsv,pk dan pj. Aku mula tertanya tanya  apa itu dst,dsv,pk dan pj. Hanan menerangkan dst iaitu dunia sains dan teknologi,dsv ialah dunia seni visual.pk adalah pendidikan kesihatan dan pj adalah pendidikan jasmani. Ya Allah banyaknya ujian mata pelajaran yang diambil . Mampukan cucu ku yang berusia 7 tahun ini menghafal semua mata pelajaran . Katanya lagi kerana dia berada di kelas 1 Arif dikenakan tambah 2 lagi mata pelajaran iaitu bahasa Arab dan bahasa cina. Kesemuanya 12 mata pelajaran.

Bila aku terangkan kepada tok bon bahawa cucunya akan mengambil ujian akhir tahun 12 mata pelajaran bonnya terkejut. Banyaknya!boleh ke Hanan menjawabnya. Bon terus kebilik cucunya melihat dan menanyakan akan cucunya itu.Dari jauh aku dengar ia memberi kata kata semangat untuk cucunya itu.

Bon mula melihat buku latihan cucunya sambil ia menyuruh aku mengajar cucunya itu kerana bon tahu semasa anak anak kami kecil dulu akulah guru mereka sekembalinya dari sekolah.Latihan pasti aku berikan kepada anak anakku hingga mereka memasoki sekolah menengah. Tapi yang mengejutkan pelajaran kini terlalu tinggi untuk kanak kanak seusia itu. Yang mengheran mata pelajaran seperti pendidikan moral tidak serapkan didalam pelajaran hari ni.


No comments:

Post a Comment