Tuesday, 4 November 2014

IMPIAN SEORANG CUCU

Hampir satu minggu aku berada di Sungai Petani dirumah anak kerana cucu sulongku Hanan menghadiri peperiksaan akhir tahun.Setiap hari kami menghantar dan  mengambilnya dari sekolah bersama cucuku seorang lagi iaitu Khalif yang suka membahasakan dirinya deq deq. Setiap kali lalu di Ibu Pejabat Polis dia akan bertanya kepada atoknya yang dia senang dengan panggilan Bon bila lagi kita nak pergi sign surat kebenaran untuk naik di atas jengkaut.Sepanjang jalan pergi dan balik dari sekolah ia akan menceritakan akan kehebatan jengkaut yang dia lebih suka panggilan kren .

Katanya kren ini hebat sebab dia mahal duduk je ditempat kawasan perumahan yang baru nak dibina tak keluar dijalan raya.Ia angkat semua yang berat berat. Warna kren cantik dengan warna kuning.Itulah kata-katanya kepada kami setiap hari.Akhirnya kami bertanya kepada anak ku Hairi apa sebenarnya   deq deq  dengan kren sebab dia kata babah  tak nak tolongnya pergi ke balai polis untuk mendapat tanda tangan polis.   Anak ku menceritakan bahawa kren( kren mainannya) yang ada dirumah ini tak boleh keluar dari kawasan rumah sebelum mendapat kebenaran pihak polis diserta dengan surat kelulusan.  Perlu menulis surat kepada polis untuk mendapat tanda tangan. Sebab tu dia minta babahnya ke balai polis untuk mendapat tanda tangan polis tapi tidak diindahkanya. Selepas makan malam tiba tiba ia keluar dari bilik kakaknya Hanan dengan membawa sekeping surat dan sebatang pensil. Ia meminta bon menulis surat kebenaran itu. Dengan senang hati bon menulis.Dengan bagitu senang hati ia membawa surat itu kesana kemari.

Pagi pagi lagi deq deq telah bangun ketika kami solat subuh. Bila ditanya kenapa awal sangat bangun.Katanya
ia takut tak terjaga bila kami menghantar kakaknya kesekolah kerana hujan lebat. Setelah menghantar Hanan kesekolah bon terus memandu menuju ke balai polis komuniti yang berhampiran dengan rumah,malangnya pintu pagar itu tutup .Dipintu pagar itu tertulis .Anggota bertugas beronda. Bila diberitahu kepadanya kelihatan mukanya agak kechewa,tapi bon berjanji selepas mengambil kakaknya nanti akan ke balai polis.

Sekembalinya kerumah deq deq menyuruh aku whatsapp 'wan family' menyatakan ia dan bon akan kebalai polis untuk mendapat tanda tangan serta menyuruh aku menghantar  gambar surat itu .Dia menyuruh aku membacanya balik apa yang aku tulis dan dia tengok ada tak gambar surat tu dalam whatsapp tu.Setelah mengambil  Hanan, bon terus  memandu menuju ke balai polis trafik di tengah bandar Sungai Petani . Dia dan bon memasoki  balai tersebut,sementara dia suruh aku dan kakaknya tunggu didalam kereta.Dari kereta aku lihat deq deq dan bon telah dibawa oleh anggota polis trafik kedalam sebuah  bilik. Kelihatan dua tiga orang anggota trafik yang ada disitu ketawa.Agak lama juga dia didalam bilik itu. Apabila dia keluar dari bilik itu dari jauh dia menunjuk ibu jari tanda baik kepada aku.

Sampai dikereta dia menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan pegawai polis itu. Katanya polis itu menanyakan beberapa soalan semunya dijawab. Tapi yang menarik setelah pegawai itu sign surat itu deq deq dengan pantas mengatakan terima kasih tuan.Dia bagitu gembira sekali.Didalam perjalanan balik dia asyik memegang kertas tu.Tiba tiba ia memegang tangan bonnya  erat erat dengan mengucap terima kasih. Jiwa aku tersentuh bertapa impian seseorang itu perlu ditunaikan walaupun hanya kanak kanak.

Sekembali kerumah ia dengan gembiranya menceritakan apa yang berlaku pada babah dan mammynya.
Anak ku terdiam seketika melihat akan keletah anaknya yang pada mulanya anakku hanya bercakap agar tidak membawa apa apa permainannya keluar pada rumah tapi terjadi sebalik. Lain kali berhati hati bila menerangkan sesuatu pekara.Kini cucu ku sudah senang hati impiannya sudah tercapai.

No comments:

Post a Comment