Thursday, 30 October 2014

Vietnam menggamit lagi (siri11)

Hari kedua disini,pagi-pagi telah bangun solat subuh berjemaah bersama cik abang.Disini awal sejam dari waktu Malaysia.Lihat dari jendela hotel orang mulai lalu lalang ada yang menyediakan tempat minum ditepi jalan.Bagitu mudahnya mereka berniaga disini.Tidak kelihatan pun penguat kuasa menyaman atau menghalau  mereka. Sambil menonton tv dan minum milo yang dibekal oleh adik tersayang.

Pukul 8.00 pagi  kami pun turun ke tingkat 1 untuk sarapan pagi.Aku hanya makan roti kosong dengan kopi.Cik abang hanya minum air oren .Kedua dua anak masih dibilik .Letih katanya.Aku memberitahunya aku,cik abang dan adik kesayangan ku ke Ben Thant Market untuk menukar pakaian.

Kami bertiga bergegas  ke Ben Thant   Market untuk menukar baju yang dibeli semalam kepada size yang besar sedikit .Cik abang teruja melihat t shirt disini akhirnya ia membeli beberapa lagi dan sempat lagi dia menempah seluar .Adik kesayang membeli juga kemeja untuk dihadiahkan kepada bosnya.Katanya.Dalam melalui lorong gerai itu sempat juga adik ku membeli beg yang cantik harga rm10.00 dan beg manik RM55.00.Untuk aku tak ketinggalan dibelinya  kedua-dua beg itu.Bertuah jadi kakak kan.Kami bertiga terus balik kehotel  kerana mereka menunggu kami dihotel.Kelihatan kedua dua anak ku serta KD telah menunggu kami dilobby.Sementara menunggu van sampai kedua dua anak ku berjalan jalan ditepi hotel  sambil berposing.Tiba tiba lalu penjual kelapa ,dia menawar diri untuk bergambar.Kami pun bergambarlah dengannya tetapi dia paksa kami beli kelapanya.Mahu tak mahu kami terpaksa bayar dengan harga yang mahal.Rasanya tidak ada yang percuma disini,mereka cuba ambil kesempatan walaupun kadangkala nampak mesra serta peramah.Hilang mood seketika.Van pun sampai.

Tempat pertama yang kami lawati yang dibawa oleh Cik Sulaiman ialah muzium perang.Bayaran masok  RM2.50 seorang. Satu tempat kesatu kami lawati. Sungguh menyedihkan  melihat foto-foto disitu penyeksaan yang mereka hadapi.Cara tempat untuk dijatuhkan hukuman mati,bilik penderaan.Sedih sangat.Tiba-tiba kami diberitahu oleh petugas disitu waktu mereka rehat kami diarahkan keluar dari situ.Kelihatan pelancong  yang baru tiba tidak menyenangkan akan arahan itu tapi terpaksa juga keluar.Walau bagaimana pun kami sempat juga berposing di bahagian luar ditempat replika kapal terbang.

Destinasi kedua iaitu melawat Pejabat Pos yang difahamkan telah menjangkau 100 tahun.Bangunan ini dijadikan tempat untuk pelancong melawat dengan masa yamg sama ia masih berfungsi.Kami sempat bergambar dengan askar pelancong yang berpakaian hijau.Apabila masok kedalamnya kelihatan  satu situasi yang cantik kelihatan pekerja melayan urusan dikaunter.Disebelah kiri pintu masok dibahagian dalam didapati beberapa bilik kecil untuk pengunjung buat panggilan talipon. Manakala disebelah kanan pintu masok dibahagian dalam terdapat beberapa pintu ,disini ditempatkan beberapa mesin ATM.Terdapat juga kerusi panjang menyenangkan untuk pelangan menulis atau berehat. Terdapat juga jualan postcart dan pelbagai cenderahati ditepi lorong dibangunan ituPeniaga-peniaga disitu masih memakai pakaian kebangsaan.Bangunan ini sungguh unik amat menarik.Bagitu gah sekali.

Hari sudah tengah hari,kedua dua anak ku mula menyuarakan mereka lapar.Kami dibawa ke Green House
Restoren oleh Cik Sulaiman.Restoren itu terletak ditingkat atas. Semasa menaiki tangga tiba-tiba blackout. Mujurlah adik ku ada membawa lampu picit.Sampai diruang makan bekalan letrik kembali pulih. Makanannya sungguh enak terutama tahu telur. Disini pencuci mulutnya semestinya tembikai.  Sebaik menuruni tangga kelihatan ditingkat bawah ada menjual kain renda dan pelbagai jenis jubah.Anak ku membeli aku dan auntienya baju  kurung.Terima kasih anak ku.

Dari situ kami dibawa ke bandar baru Ho Chin Minh. Bentuk bandar disitu moden.Ada pasaraya seperti Gaint. Kerana tempatnya cantik kami sempat berposing disitu.

Sekembalinya  dari tempat itu kami kembali semula ke Ben Thant Market kerana anak ku hendak membeli barang -barang.Aku pun membeli kain ela. Kelabu mata dibuatnya.Cik abang menasihatkan saya ambil je mana yang berkenan dia yang bayar. Alhamdulilah.Sekali lagi KD hilang yang menjadi mangsa adalah Cik Sulaiman. Sebelum masok kebilik adik ku mengatakan dia dahaga. Aku mengajak kedua anak ku turut seta manakala Cik abang nak berehat saja dibilik. Kami ke restoran seberang hotel.Kami semua meminta roti canai. Kata anak ku ia rindu akan roti canai. Selepas minum kami ke spa untuk berurut. Seorang dikenakan bayaran RM40.00 selama sejam. Nak jadikan cerita tengah kami bertiga beranak berurut datang satu keluarga turut berurut tetapi membuat bising disitu. Buat hati kata "ibu kita datang dini nak vari ketenangan tapi kenapa rioh ya". Aku buat tak faham je.Selepas itu barulah mereka diam.Adik ku tidak ikut kerana menunggu KD belum balik lagi.

Malam  ini kami makan malam di Restoran  Sri Pinang. Sepanjang perjalanan ke restoran kedengaran bunyi bunga api.Kebanyakan kedai tutup awal. Ditepi jalan kelihatan bendera mereka berkibar.Masih sempat lagi pergi pasar malam mencari halal kopi.Anak anak ku masih rancak membeli.Adik ku sebok membeli telekong untuk anak-anak saudaranya siap whatsapp lagi.Aku sempst juga membeli tshirt untuk cucu cucu ku. Malam ini adalah malam kedua dan terakhir di Vietnam.Balik kebilik mengemas ala mak banyaknya. Barang yang  anak tempah  telah  selamat dihantar kebilik.Masa untuk mengemas.



No comments:

Post a Comment