Wednesday, 29 October 2014

Vietnam menggamit lagi.

Walaupun hampir beberapa bulan yang lalu aku serta keluarga dan teman adik kesayangan ku berpeluang lagi ke Vietnam.Kali ini segala urusan kesana telah diator oleh Permata hati.Kali ini kami kesana menaiki pesawat Air Asia pula.
  Pada malam sebelum bertolak ke Vietnam.Aku menjemput adik kesayangan dengan kawannya diTBS.Memandangan mereka ini kelaparan kami pun menjamu selera di kedai makan di Wangsa Maju disitu terkenal dengan nasi lemak yang sedap.Sampai dirumah lebih kurang pukul 2 lebih bukanmya terus tidur tapi bersembang sampai pukul 3 lebih baru lena.Bangun jam 5 pagi,bergegas mandi dan menunggu masuknya subuh.Ala mak! Van dah sampai awal terpaksalah driver itu menunggu. Sepanjang perjalanan ke KLIA 2 driver itu asyik bersembang dengan cik abang.Kami semuanya terlelap hinggalah sampai ke KLIA 2.Bayaran dikenakan RM 180.00.
  Pertama kali sampai disitu selalunya di KLIA. Kelihatan disini perkhidmatannya selesa dan mudah.Petunjuk arahnya menyenangkan. Selesa sangat.Memandangkan kaunter tiket belum dibuka kami berenam iaitu cik abang.permata hati.buah hati,adik kesayangan dan temannya yang kami panggil KD ke medan selera.Aku terus menuju kegerai nasi lemak.Harganya taklah mahal RM3 .30  sebungkus.Kedua anakku makan roti toast,popia dan air kopi.
Selesai sarapan kami ke kaunter tiket dan terus check in. Malang adik kesayangan ku terpaksa diperiksa badan dan bag sandangnya kerana penggera berbunyi. Terkejut juga rupanya kerana  ia memakai gelang dan rantai.
Didalam kapal terbang aku dan adik kesayangan mula berkira-kira menu apa yang hendak dibeli.Anak tidak buat tempahan katanya kita telah minum pagi.Akhirnya kami ambil keputusan membeli hot chokelat dan brownies.Brownies RM5 manakala hot chokelat RM6.Manakala cik abang dan kedua anak ku dibuai mimpi.Bila hampir tiba dari udara kelihatan lautan rumah..cantik sekali.Setiba disini kami telah disambut oleh pemandu pelancong yang menghantar kami kehotel.
  Selepas solat kami telah dibawa oleh Cik Sulaiman ke Restoran Sri Pinang ketika itu hujan.Sempat bergambar dihadapan potret Dato Helmi.Makanan disini enak terutamanya tahu telor.Selepas itu kami dibawa keChina Town .Disini pelbagai kain dijual dengan harga berpatutan.Kain boleh dipotong mengikut jumlah meter yang kita mahu.tapi kita kena pandai tawar menawar.Cik abang membeli kain seluar dan terus menempahnya.Setelah siap akan dihantar kehotel.amat menyenangkan.Permata hati sebok dengan memilih kain lace untuk pakaian dihari perkahwinannya.Buah hati pula sebok dengan membeli kain tudung.Dia memborong 50 helai kain tudung.Aku kesana kesini kerana dipanggil oleh mereka untuk memilih mana yang sesuai.Kedai disitu tutup awal kerana mereka hendak menyambut hari kemerdekaan.
Selesai disitu.kami dibawa ke Ben Thant Market.Adik kesayang ku membelikan aku kasut  dan seliper.Tapi disini bila tanya harga tak mahu bagitahu disuruhnya cuba dahulu.kena pandai tawar menawar.Aku membeli baju kemeja untuk cik abang,t shirt untuk anak menantu dan cucu-cucuku.Selesai membeli balik kehotel.Apabila cik abang cuba kemeja dia rasa tak selesa.besok kita tukar ya!
Malam kami makan diRestoran Serai tidak jauh dari hotel.Masakanya sungguh enak.Dalam perjalanan ke kedai makan aku dan adik ku tertanya tanya apa yang kuat bunyi nyanyian.Rupa-rupanya penduduk disini berhibur ditempat hiburan kerana mereka menyambut hari kemerdekaan mereka dengan menari.Kelihatan sekumpulan mereka menari terkinja-kinja.Ini cara mereka menyambut malam merdeka.
Selesai makan kami sambong shoppingdan yang lagi enaknya dapat beli kopi yang dijual menggunakan basikal.Jenama kopi itu kopi halal.Wow ! Sedap.Apabila hendak pulang ke hotel KD tidak kelihatan puas kedua anak ku mencarinya bersama Cik Sulaimam Akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik kehotel Setibanya di hotel dia sudah ada  disitu.Rupanya dia terus kehotel tak lah  tunggu kami semua.Terima kasih cik Sulaiman kerana yang sama sama membantu mencarinya.Kami terus kebilik keletihan.

1 comment:

  1. Wah seronok kan dua kali pergi rasa nK pergi lagi.

    ReplyDelete