Seperti biasa awal pagi sudah bangun bagi menyertai qiamullail di deck 13.Angin bertiup kencang hari ini.walau bagaimana pun kami masih solat di deck ini.Hari ini merupakan hari ketiga di Cruise dan kali ke dua menyertai qiamullail.Beratapkan langit yang tidak kelihatan pun bintang.
Didalam kegelapan malam samar-samar lampu kelihatan jemaah bagitu kyusuk melakukan solat diimamkan oleh Ustaz Muzammil.
Sementara menunggu solat subuh ,Ustaz Muzammil mengajak jemaah semua membaca surah-surah pendek dari juzuk amah.Sungguh merdu suaranya.
Ustaz Haslin menyampaikan tazkirah dengan menekan sikap takwa serta jangan putus asa untuk jadi baik.Tiba tiba angin kencang diikuti dengan hujan maka jemaah semua turun ke deck 12.Di situ ustaz Haslin menyambungkan tazkirahnya.
Ustaz Haslin menyambung tazkirahnya dengan mengenai berkatnya umur.Sebaik -baik umur yang panjang dengan amalan yang baik serta tidak tinggal solat.
Jemaah bagitu tekun mendengar dan menghayati apa yang ustaz sampaikan.Kadangkala beliau melawak supaya jemaah tidak mengantuk .Seterusnya ustaz menekan tentang payah ingat Allah makan minum perlu ambil kisah kena yang halal.Ustaz menyampai panjang lebar tentang perlunya anak anak menghormati dan berbakti kepada orangtua layaklah orang ini masuk syurga.
Setelah selesai solat subuh kami terus ke Mariners Restoran kelihatan sudah ramai orang beratur.Kami berdua beradik terpaksa berkongsi meja makan,syukur suami isteri yang berkongsi meja makan bagitu ramah sekali.
Meninjau seketika ke duty free yang terletak bertentangan dengan Mariners Restoran.Hari ini hanya aktiviti bebas.Kami menghabiskan masa dengan bersiar siar di deck kelihatan ada yang mandi manda,ada yang berehat sambil minum minum.
Berkesempatan bergambar di deck 13 sambil melihat laut yang terbentang luas.Kelihatan garisan langit dan lautan seakan bersama.Bagitu besar ciptaan Allah SWT.
Ini adalah pemandangan diatas deck 13 terdapat kolam renang dan tempat aktiviti sukan diadakan.
Terdapat jakuzi berhampiran dengan restoran.
Berehat seketika menikmati suasana disini,walaupun cuaca agak panas tapi disebabkan angin bertiup agak kencang jadi tak terasa akan kehangatannya.Pada pukul 12 tengahari kami terus turun ke deck 9 ke lobi untuk tuntutan passport.Kami kena tunjukkan kad kabin untuk mendapatkan passport antarabangsa kami.
Kami terus ke Mariners Restoran untuk makan tengahari.Hari ini pencuci mulut adalah puding caramel.Menikmati sambil melihat diluar jendela akan kebiruan lautan.Balik ke bilik bersiar-siap untuk cop passport di Imigresen.
Kami terus berkumpul di deck paling bawah menuju ke jeti untuk proses cop passport di Imigresen Penang Port adalah wajib Setelah selain proses cop passport kami meninjau seketika komplek Imigresen .Terdapat kedai cenderahati, kedai t,-shirt yang banyak bertemakan Penang serta terdapat kedai kopi penang.Membeli cenderahati sebagai kenangan.Kepada mereka yang ingin bersiar siar di Penang perlu pulang sebelum pukul 6 petang.Kami mengambil keputusan untuk pulang ke Cruise sahaja memandangkan aku pernah menetap disana dan sudah biasa di bandar ini.
Pemandangan dari jeti kelihatan bangunan didaratan.
Didalam kabin ketika kapal berlabuh di Penang,kami tidak keluar kemana mana .Solat zohor dan asar(jamak takhir) di bilik. Duduk dibilik melihat suasana di daratan.Kelihatan bandar Penang yang tersergam indah .
Semasa penumpang keluar untuk proses cop passport,kelihatan proses pembersihan tingkap dilakukan di cruise ini.
Pada pukul 7.30 petang kami ke deck 13 untuk solat maghrib dan isya berjemaah. Di masa terluang aku mengambil kesempatan untuk berdoa.Doa orang musafir ini mustajab.Aku panjangkan doa ketika selepas azan dan juga diantara azan dengan iqamat.
Solat maghrib dan isya berjemaah.Kelihatan cuaca masih terang lagi.Kelihatan jemaah memakai baju jubah yang cantik kerana selepas solat akan ke Belia Nista Rest diadakan majlis makan malam kesyukuran"Jubah Nite"Ianya istimewa dan tertutup hanya untuk peserta program pelayaran islamik sahaja.Balik kebilik selepas solat hantar sejadah terus ke Bella Vista Rest menghadiri "Jubah Nite".,Kelihatan orang sudah ramai.Dimulai dengan makan secara layan diri tetapi hidangan istimewa adalah udang loyster.
Juadah yang disajikan bagitu banyak sekali.Sambil kami menikmati juadah kami .Kelihatan pengerusi majlis pergi salah satu meja ke satu meja menemu ramah mereka.Ada ditanya tentang macam mana mereka boleh menyertai pelayaran ini.Di ikuti dengan ucapan
daripada CEO Pelayaran Islamik serta beliau mengambil kesempatan memperkenalkan kakitangan yang menjayakan program ini.
CEO menyampaikan ucapan dengan panjang lebar sambil menceritakan bagaimana timbul idea beliau membuat satu pelayaran yang berunsurkan islamik.
Ustaz Haslin Baharin turun serta menghiburkan dengan menyampaikan beberapa buah lagu termasuk lagu hindustan. Sungguh merdu suaranya.
Kumpulan Raihan menghiburkan dengan lagu nasyid yang bagitu enak disilangi dengan sumbangan ,lelongan hamper.Agar menarik dengan sesama mereka bertarung dengan harga tinggi serta jualan khad oleh kumpulan Raihan.Kesempatan juga dengan meraikan sambutan hari lahir bagi mereka yang menyambut hari lahir pada hari itu.Kek yang besar diarak diatas pentas dengan menjemput mereka dengan lagu selamat hari jadi dinyanyikan.
Kelihatan CEO memperkenalkan kakitangan yang menjayakan jamuan ini berserta staff nya. Rasanya beliau bagitu menghargai setiap kerja yang dilakukan oleh kakitangan nya.
Juru foto pelayaran islamik bagitu sibuk mengambil gambar setiap meja dia datang dan diambilnya gambar.
Ini adalah makanan paling istimewa adalah loyster.Rasanya semua makanan hendak dirasa.
Berkesempatan bergambar bersama CEO Pelayaran Islamik yang bagitu baik sekali.Kemesraan yang ditunjukkan membuat kita rasa bagitu selesa berada didalam program yang diadakan.
Bergambar dengan asatizah dan teman-teman pelayaran islamik.
Berkesempatan bergambar dengan kakitangan Pelayaran Islamik sebelum balik ke bilik.Tersenyum puas bila melihat majlis ini berjalan dengan bagitu teratur .Dari majlis ini aku mendapat satu pengajaran iaitu seseorang yang berjawatan tinggi tapi bersikap merendahkan diri tidak merugikannya malah dihormati diatas sikapnya itu.Sikap bersatu padu didalam satu kumpulan serta kerja dengan penuh keikhlasan dapat menjayakan satu majlis dengan sempurna.Di bilik aku sebelum tidur aku berdoa agar aku dapat menjadi insan yang baik untuk diri sendiri dan keluarga kerna kata kata ustaz Haslin bagitu menyentuh jiwaku. Niat dapat bangun sebelum subuh untuk menghadirkan qiamullail.Insyaallah.