Dimusim PKP ni banyak aktiviti yang boleh dilakukan .Kemarin aku dan adik kesayangan cuba membuat brownies kedut.Ia bagitu sedap dimakan bersama ice-cream.Memang sedap.
Brownies kedut
Bahan A
1/2 cawan butter
1 cawan dark coklat coin
- masak secara double boil.Kacau sampai larut dan tidak berketul.Tutup api.
Bahan B
1 cawan gula perang
2 biji telor gred A
pukul sebati dengan whisk.Tidak perlu lama.Rasa di jari samada masih terasa gula.
Bahan C
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
secubit garam.
Masukkan adunan cokelat tengah panas ke dalam Bahan B.
Kacau sebati
Masukkan bahan C sedikit demi sedikit.Kacau guna senduk.
Jangan terlebih kacau.Sedikit esen vanila.
Sapu butter pada loyang.
Letakkan kertas minyak ke dalam loyang dan sapu butter di atasnya.
Jika suka boleh tabur walnut/kekacang di atasnya.(walnut hendaklah dibakar terlebih dahulu)
Panaskan oven menggunakan suhu 160 C
Menggunakan api atas bawah
Bakar selama 40 minit
Biarkan brownies didalam oven hingga ia sejuk untuk membolehkan brownies berkedut.Buka sedikit oven.
No comments:
Post a Comment