Hari terakhir di Pelayaran Islamik dan terakhir qiamullail.Disebabkan hujan jemaah terpaksa dilakukan solat di KTV Lounge di deck 9.Sebelum menyertai qiamullail kami dua beradik telah meletakkan bagasi di luar pintu kabin kerana mereka mengutip diawal pagi.Solat tahajjud di imam kan oleh Ustaz Muzammil.Semasa menunggu subuh jemaah mengikut Ustaz Muzammil membaca surah-surah pendek .
Ustaz Muzammil mengimamkan solat subuh,manakala tazkirah disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharin.
Suasana di dalam KTV Lounge semasa melakukan solat.Tempatnya sungguh selesa.
Intipati dari tazkirah
1)Doa untuk selesaikan hutang
2)Banyak bersyukur kepada Allah SWt -contoh amanah dalam kerja
3)Konsisten di dalam melakukan ibadah.
4)Memiliki pasangan yang soleh.
-membahagiakan rumahtangga
-amalkan air sembayang setiap waktu.
5)puji kepada kakitangan.
6)Anak yang soleh.
Ini adalah ayat yang di baca oleh Ustaz Haslin perlu dibaca 3 kali pagi dan petang.
Ke Mariners untuk sarapan pagi.Hari ini makan nasi lemak sotong,pencuci mulut agar agar serta teh tarik.
Balik ke bilik untuk berkemas untuk check out kabin.Terus ke Status Lounge untuk urusan keluar cruise.Sebelum itu kami ke kaunter di deck 7 Middle untuk menyelesaikan bayaran cd Forum bermuzikal (Simfoni illahi 6 ) sebanyak rm 30 .Pembayaran dalam ringgit Malaysia.
Sambil menunggu untuk keluar dari cruise,kakitangan cruise masih lagi memberi arahan agar meletakkan bagasi disuatu tempat yang disediakan.Kelihatan ada menggunakan berkerusi roda diberi laluan terlebih dahulu bagitu juga yang membawa anak kecil.
Sambil berjalan ke Boustead Cruise Centre,kelihatan sayup-sayup kelihatan cruise.Terus ketempat pengambilan bagasi.Cara kakitangan cruise menjalan kerja mereka bagitu sistematik.Bagasi disusun mengikuti deck dan pada bag terletak tag kabin.Kena tunjuk tag bilik kepada petugas semasa pengambilan bag.
Sempat mengambil gambar Cruise yang kami dua beradik naiki.
Ini adalah tempat bagasi yang tiba ditempatkan mengikut deck disusun dengan baik sekali
Kesempatan bergambar dengan Ustaz Haslin Baharin.
Selama 4hari 3 malam menyertai percutian Pelayaran Islamik banyak manafaat yang aku dapat.Dapat mengenali perserta pelayaran datang dari luar negara seperti Singapura dan Brunei.
Sangat berbaloi terdapat tazkirah yang bagitu baik disampai oleh Ustaz Hafidz dan Ustaz Haslin Baharin.qiamullail serta membaca surah-surah dari Al quran,memahami surah-surah dibaca ketika forum fizikal ,disamping memahami masyarakat di Phuket.Mengambil tauladan sikap rendah diri dan bagitu erat antara bos dan staff nya yang ada pada CEO Pelayaran Islamik.Segala akitivi yang diadakan dapat kami dua beradik menjayakan dengan baik sekali.Alhamdulillah.Rasanya dimasa hadapan ingin rasanya mengikuti pelayaran seperti ini lagi.Insya Allah.
No comments:
Post a Comment