Monday, 29 June 2020

Burnt Cheese Cake


Burnt Cheese Cake .

Bahan-bahan

500 cheese (suhu bilik)
 200 ml Dairy whipping cream
160 g gula caster
3 biji telor saiz A
1/2 sudu besar vanilla
1 sudu besar tepong gandum

Cara-caranya.

Putar cheese bersama gula hingga berkrim
Masukkan telor satu persatu dan putar
(gunakan speed sederhana)
Masukkan whipping cream putar lagi
Diikuti tepung gandum dan vanilla

Masukkan audanan ke dalam acuan yang telah dialas dengan kertas minyah.
Hentakloyang untuk buang bubble
Suhu  oven 200 C
Bakar 50 - 1 jam

Jangan terus keluarkan kek bila dah masak
Tunggu betul-betul sejuk
Simpan dalam peti sejuk sekejap.






Ternyata kek ini memang sedap .Saya amat menyukainya.

Thursday, 11 June 2020

Karamel puding Cokelat Kek

Puding Karamel

120 gula
40 ml air panas
4 biji telur gred A
60 g gula kaster
350 ml susu cair
1/2sudu kecil vanila

Panaskan gula atas api yang pelahan.Apabila cair masukkan air.Kacau dan tuang dalam bekas.
Telur dan gula dikacau sebati dengan menggunakan whisk.
Pastikan gula hancur.Masukkan susu cair dan esen vanila.
Tuang adunan ini ke adunan gula hangus tadi.

Sponge kek

3 biji telur gred A
90 g gula kaster
75 g tepung kek
15  g serbok koko
30 ml susu (fresh milk) 50 g butter yang telah di cairkan.

Putar telur
Masukkan gula .Putar hingga gebu.
Masukkan tepung dan serbuk koko (kaup balik)
Seterusnya masuk Fresh Milk diikuti butter.

Tuang adunan sponge kek di atas adunan tadi pelahan-lahan.
Bakar menggunakan teknik water bath.
Suhu 160
Masa 60 minit
Menggunakan api atas dan bawah.

Setelah sejuk masukkan ke dalam peti sejuk.
Terbalikkan dan keluarkan ia dari acuan.





Wednesday, 10 June 2020

Puding Kastad

PUDING KASTAD

Bahan-bahan:

1 cawan kastad
1/2 cawan susu cair
1 biji putih telur
Esen  vanilla
4 cawan air
4-6 sudu gula pasir

Cara membuatnya:

Putih telur dipukul hingga kembang.

Campurkan kastad dan susu cair.Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
Masukkan air kacau lagi.
Masukkan gula.
Masak hingga hampir pekat.Masukkan segera putih telur dan kacau lagi hingga pekat.
Masukkan aduan ini dalam bekas.
Sejukkan.

Untuk Kuahnya:
Masukkan merah telur,susu cair dalam 11/2 tin dan gula secukup rasa serta 1/2 sudu kastad.
Masak.

Untuk hiasan:
1 tin kecil buah campuran.

Catatan:
Resipi  ini dari allahyarhamah kakak (Rohadzam).Sungguh sedap.Setiap kali ada jamuan  atau hidangan waktu petang ini adalah puding kegemaran anak -anak.



Sunday, 7 June 2020

Brownies oh brownies








Dimusim PKP ni banyak aktiviti yang boleh dilakukan .Kemarin aku dan adik kesayangan cuba membuat brownies kedut.Ia bagitu sedap dimakan bersama ice-cream.Memang sedap.


Brownies kedut

Bahan A
1/2 cawan butter
1 cawan dark coklat coin
- masak secara double boil.Kacau sampai larut dan tidak berketul.Tutup api.

Bahan B
1 cawan gula perang
2 biji telor gred A
pukul sebati dengan whisk.Tidak perlu lama.Rasa di jari samada masih terasa gula.

Bahan C
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
secubit garam.

Masukkan adunan cokelat tengah panas ke dalam Bahan B.
Kacau sebati
Masukkan bahan C sedikit demi sedikit.Kacau guna senduk.
Jangan terlebih kacau.Sedikit esen vanila.

Sapu butter pada loyang.
Letakkan kertas minyak ke dalam loyang dan sapu butter di atasnya.
Jika suka boleh tabur walnut/kekacang di atasnya.(walnut hendaklah dibakar terlebih dahulu)

Panaskan oven menggunakan suhu 160 C
Menggunakan api atas bawah
Bakar selama 40 minit
Biarkan brownies didalam oven hingga ia sejuk untuk membolehkan brownies berkedut.Buka sedikit oven.