Sunday, 27 October 2013

Tafsir ayat AlKursi(siri 1)

Ayat Al Kursi merupakan ayat ke255 daripada 286 ayat dalam surah Al Baqarah.Ayat ini dikenali dikalangan umat Islam dengan sebutan ayat al kursi,kerana ada sebutan al kursi pada ayat tersebut. Ayat mulia ini dimulai dengan nama "Allah" Yang Mulia keagunganNya,dan ayat ini mengkhabarkan bahawa hanya Allah itu satu-satunya Tuhan bagi seluruh makhluk.Allah itu "Yang tetap hidup" ertinya yang memiliki kehidupan sempurna lagi kekal,tanpa ada permulaan dan tanpa ada akhir.Dan Allah itu "Al Qayyum" ertinya Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan urusan sekalian makhlukNya dan memelihara mereka. "Yang tidak mengantuk usahkan tidur" ertinya Allah itu tidak lalai dan tidak tidur dari makhlukNya.Kerana hal ini merupakan tabiat baharu(makhluk) lemah yang memerlukan kedua perkara tetsebut untuk mengembalikan kekuatan dan kecergasannya. "Yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi".ertinya Allah memiliki segala yang ada dilangit dan dibumi,terdiri daripada manusia,haiwan,tumbuhan,benda mati dan segala yang hidup. "Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat(pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinya" ertinya tiada seorang pun yang dapat memberi pertolongan kepada orang lain disisi Allah Taala,melainkan apabila Allah memberi keizinan kepadanya,dan hanya akan diberi izin dengan berupa ilmu,kebijaksanaan,hikmah dan kurniaan.AlQuran Alkarim dan hadis-hadis sahih telah menyatakan bahawa Allah swt tidak memberi keizinan hambaNya seperti malaikat,dan bahawa syafaat yang besar itu hanya bagi Nabi Muhammad saw.

Friday, 18 October 2013

Khasiat Al Kursi(siri3)

16) Ada ulama yang menganjurkan agar ayat Al Kursi ini diamalkan khasnya bagi mereka yang dalam keadaan dukacita atau dalam kesulitan hendaklah dibaca ayat ini sebanyak 313x,sebaiknya pada waktu tengah malam setelah solat isyak,ditempat atau didalam keadaan sunyi agar benar-benar khusyu dan dalam keadaan berwudhuk yang sempurna. 17)Sesiapa yang membaca ayat al kursi ketika masuk rumah,maka syaitan akan keluar dari rumah itu.Ianya dapat menjaga dirinya,anak cucunya,rumahnya,hartanya dan rumah-rumah jiran tetangganya. 18)Amallah surah al kursi dan dua surah alBaqarah(ayat 285-286). sabda Rasullah saw:Sesungguhnya Allah Taala telah mengakhiri surah Al Baqarah dengan dua ayat yang mana ianya adalah perbendaraan Allah dibawah 'Arasy,maka belajarlah kamu akan ayat itu dan ajarlah ia kepada isteri-isteri kamu dan anak+anak kamu.Maka sesungguhnya ia adalah solat,doa dan Quran. Kaifiat amalan membaca ayat al kursi untul hajat tertentu: 1)Solat sunat 2rakaat sama ada solat sunat mutlaq,solat sunat hajat atau solat tahajjut sebaiknya diwaktu tengah malam yamg sunyi supaya benar-benar khusyu'. 2)Selepas selesai solat bacalah istigfar,bertaubat dan mohon ampun kepada Allah diikuti membaca AlFatihah dan selawat keatas Nabi saw. 3)Seterusnya bacalah Ayat Al Kursi seberapa banyak mengikut jumlah yang dikehendaki.Jika batal wudhuk ambil wudhuk semula.Disini elok diselangi dengan solat sunat semula sebelum menyambung bacaan Ayat Al Kursi. Peringatan:Khafiat mengamalkan membaca ayat Al Kursi ini ada berbagai cara lagi.mengikut yang biasa diamalkan oleh alim ulama dan guru-guru.

Khasiat ayat Al Kursi(siri2)

5)Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Al Kursi sebanyak 170x pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat yang baik,insyaAllah akan berhasil hajatnya. 6)Sesiapa yang selalu marah,bacalah ayat ini.insyaalah akan dijauhkan drp syaitan yg memanaskan hatinya.Mereka yg rajin mengamalkan membaca ayat ini.insyaallah terjauh dari segala bala bencana dan gangguan syaitan. 7)Sesiapa yg membaca ketika mahu tidur bacalah taawwudz sebanyak 3x yaitu:A'uudzu billahi minas syaithaanir rajim.Lalu teruskan dgn membaca ayat kursi sebanyak 3x.Apabila sampai pada bacaan:Wa laa yauuduhuu khifdzuhumaa wa huwal alliyyul adziim".maka ulangilah sampai 3x.Insyallah tidur akan terbebas dari mimpi yang menyeramkan. 8)Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati.amalkan membaca ayat ini se banyak 170x.Amalan ini juga insyallah boleh mendapat petunjuk dari Allah swt tentang sesuatu yang ingin diketahuinya. 9)Sesiapa yg membaca ayat ini ketika hendak tidur maka dua malaikat akan menjaganya hingga kepagi.Ia akan terlepas dari kejahatan jin dan syaitan dan juga kejahatan manusia atau binatang. 10)Sesiapa yg mengamalkan ayat ini setiap selepas solat fardu,maka diampuni dihapuskan tiap-tiap kejahatannya. 11)Sesiapa yang membaca ayat ini dan dihadiahkan kepada ahli kubur,maka Allah swt masukkan empat puluh nur kedlm setiap kuburan didunia dari timur hingga kebarat,dan diluaskan kuburan itu serta mendapat pahala enam puluh nabi 12)Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat al kursi semasa sakit,maka Allah swt memudahkan ketika sakaratul-maut. 13)Menambah berkat makanan hendaklah membaca ayat al kursi dibaca pada makanan atau lauk, 14)Sesiapa yang mrmbacakan ayat al kursi dan ayat(inna rabbakumullahu..) dan al-muawwidzatain (surah al-Falaq dan an-Nas)pada orang yang hendak melahirkan,maka Allah akan memberikan kemudahan dalam proses bersalin. 15)Sesiapa yang membaca ayat ini pada harta benda,maka syaitan tidak berani mendekatinya.

Thursday, 17 October 2013

KHASIAT AYAT AL KURSI(siri 1)

Bismillaahir rahmaanir rahim.Allaahu laa ilaaha huwal hayyul qayyuumu laa ta khudzuhuu sinatuw walaa nauum,lahuu maa fis samaawaati wa maa fil ardii mandzal ladzii yasyfa'u indahuu illaa bi idznih,ya lamu maa baina aidiihim wa maa khalfahum wa laa yuhiithuuna bi syai im min ilmmihii illaa bima syaa-a wasi a kursiyyuhus samaawaati walardii wa laa yauudu hifdzuhumaa wa huwal aliyyul adzim. Ertinya:Allah,tiada Tuhan(yg berhak disembah)melainkan Dia yang tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbir(sekalian makhluknya) Yang tidak mengantuk dan tidak tidur,Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi,Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat(pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya,Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada dibelakang mereka.Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada(kandungan)ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki(memberitahu kepadanya) Luasnya Kursi Allah(ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi.Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya,Dan Dialah Yang Maha Tinggi(darjat kemuliaanNya),lagi Maha Besar(kekuasaanNya). Sabda Rasulullah saw:Aayatul kursiyyi sayyidatu aayil quraani. Ayat Al Kursi itu adalah penghulunya ayat-ayat Al Quran. Khasiat-khasiat ayat Al Kursi adalah: 1) Ayat Al Kursi adalah ayat paling mulia dalam al-Quran.Daripada Ubay bin Kaab ra bahawa Nabi saw bertanya kepadanya:"Ayat apakah yg paling mulia dlm alQuran?"Ubay menjawab:"Allah dan rasulNya sahaja yg lebih mengetahuinya."Nabi saw terus mengulangi pertanyaannya,kemudian Ubay menjawab:"Ayat Al kursi." 2)Sesiapa yg membaca ayat al Kursi akan terlindung dari gangguan jin dari pagi sampai petang dan sebaliknya sesiapa yang membacanya pada waktu petang maka dia akan terpelihara pula daripada gangguan jin sampai pada hari keesokannya. 3)Ayat Al Kursi adalah sebanding dengan seperempat alQuran. 4)Melebur dosa-dosa kecil.Bacalah ayat ini setiap lepas solat.Maka faedahnya dapat melebur dosa-dosa kecil yang telah dilakukan.melainkan dosa yang ada hubongan dengan manusia.

Wednesday, 16 October 2013

Khasiat surah Al Qadr

Bismillaahir rahmaanir rahiim. 1) Innaa anzalnaahu fi lailatil qadr. 2) Wa maa adraaka maa lailatul qadr. 3) Lailatul gadri khairum min alfi syahr. 4) Tanazzalul malaaikatu war ruuhufiihaa bi idzni rabbihim min kulli amr. 5) Salaamun hiya hattaa mathla'il fajr. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 1) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (AlQuran)pada mlm kemuliaan. 2) Dan tahukah kamu apakah mlm kemuliaan itu? 3) Mlm kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. 4) Pada mlm itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dgn izin dari Tuhannya untuk mengatur segala urusan. 5) Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar. Adapun khasiat-khasiat yg terkandung didlm surah Al Qadr antara lain adalah: 1) Untuk keteguhan iman Bacalah surah ini setiap hari jumaat sebanyak 1000x.Insyaalah iman kita akan selalu dijaga oleh Allah dan tidak mudah luntur oleh berbagai cobaan.Orang yang mengamalkan secara berterusan tidak akan mati sebelum mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw. 2) Baca kpd kanak-kanak. Dibaca diubun kanak-kanak.khususnya bayi yg baru lahir.Lnsyaallah tidak akan berlaku zina keatas dirinya.Jika dibaca surah ini pada ubun anak-anak dan isteri,insyAllah mereka tidak akan melakukan perkara yg tidak diingini. 3) Terpelihara dari gangguan Sesiapa membaca surah ini ketika mendaki bukit,nescaya terpelihara dari gangguan syaitan.Jika dibaca ketika menaiki kenderaan,nescaya selamat dalam perjalanan sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju. Sesiapa membaca surah ini 10x.nescaya diampunkan seribu(1000) dosanya oleh Allah. Jika dibaca ketika hendak bermusafir.Insyaallah selamat dalam perjalanan pergi dan balik. 4) Sesiapa yang berkehendakkan perkataannya sentiasa benar(tidak bercakap bohong) hendaklah mengamalkan surah yang mulia ini. 5) Surah ini jika ditulis pada bekas yang bersih,kemudian dihapuskan dengan air.Sesiapa meminum air ini.Insyaallah akan dilimpahkan cahaya pada matanya dan yakin pada hatiny 6) Supaya ditunaikan segala hajat dan dilimpahkan rezeki bacalah surah ini sebanyak 41x Mintalah kepadanya dengan kesungguhan hati.Insyaallah. Sabda Rasulullah saw: Sesiapa membaca surah Innaa Anzalnahufii Lailatilqadr sebanyak 100x,nescaya terlukis pada hatinya nama Allah Yang Maha Besar dan dimakbulkan segala.permintaaannya. Diriwayaat dari hadith Nabi: Sesipa mengambil tanah kubur yang bersih ketika hendak mengebumikan jenazah,kemudian dibacakan surah ini sebanyak 7x.Setelah selesai letakkan tanah itu bersama-sama jenazah tadi atau didalam liang kubur.Nescaya mayat tersebut tidak akan di azab didalam kubur. Demikianlah diantara khasiat surah Al Qadr dimana dalam ayat ini. diterangkan bahawa Al Qur Al Quran diturunkan pada mlm Laialatul Qadr yaitu kemuliaan yang nilainya lebih dari seribu bulan.Pada mlm itu malaikat Jibrail turun kedunia untuk mengatur segala macam urusan. Amin.

Friday, 4 October 2013

Rahsia & khasiat Bismillah(siri 3)

Khasiat-khasiat yg terkandung didlm bacaan 'Basmalah' antaranya ialah: 1) Aman dari gangguan syaitan:Bacalah"Bismillahir rahmannir rahim" 21 kali ketika hendak tidur amanlah ia. dari gangguan syaitan.Dari kejahatan dan manusia dan jin dari kecurian,kebakaran.terhindar dari mati mendadak dan terhindar dari semua bencana.Lakukanlah setiap malam ketika mahu tidur. 2) Menyembuhkan segala macam penyakit:Bacalah'Bismillaahir rahmanir rahim'kpd atas penyakit apa saja atau org kena sihir 100 kali selama tujuh hari atau lebih.nescaya Allah hilangkan penyakit dan sihir. itu insyaaalah. 3) Hajat:Berkata Iman Ghazali r.m.t bermaksud:Barang siapa membaca bismillah..12000 x diakhir membaca tiap-tiap 1000x Bacalah selawat dan salam kpd Nabi Muhammad s.a.w (Allahumma shalli wa saliim'alaa syadina Muhammad)Setelah genap 12000 x lalu berdoa kpd Allah,mintalah apa yg dihajatkan.Insyaalah Allah dgn ikhtiar Allah akan mendtgkan semua hajatnya. 4)Mencerdaskan akal:Ambillah air lalu bacalah basmalah sebanyak 786x .Kemudian minumkan kpd orang yg bebal otaknya.Waktu minumkanya pada saat matahari terbit selama 7 hari berturut-turut.Insyaallah dgn usaha ini akan dapat membantu mencerdaskan akalnya. Demikianlah khasiat-khasiat yg terkandung didlm bacaan Basmalah dan masih banyak lagi.Akan tetapi khasiat-khasiat ini janganlah semata-mata dijadikam pegangan tanpa berusaha.Hanya kpd Allah-lah kita semua bertawakal Amin.

Tuesday, 1 October 2013

Rahsia & khasiat Bismillah(siri2)

Teknik mengucap Bismillah secara khusyuk:Nabi Muhammad s.a.w menyucapkan Bismillaahirrahmaanirrahiim atas suruhan Jibrail.Kemudiam diingatkan oleh Jibril,Bismillah,ya Muhammad,bacalah dgn mengingati Allah Tuhan engkau.Berdirilah &duduklah dgn mengingat Allah Taala.Tiga cara menyucapkan Bismillah:a) Ingat Allah Tuhan kita. b) ucapkan Bismillahhirrahmaanirrahiim secara perlahan/berbisik serta resapkan kedlm hati apa yg baru diucapkan dan rasakan di dlm dada apa yg terasa, yg bererti merasakan jawapan Allah.c)Serahkan sepenuhnya kpd Allah apa pun yg akan terjadi.
2)ingat Allah Tuhan kita yang Maha pengasih serta penyayang.Ucapkanlah serta rasa didlm dada(kalbu) apa yg terasa dan lakukan berulangkali.antaranya membangkitkan rasa mahabah(rasa kecintaan) tindakan dilakukan sesuai dgn keredhaannya akan segera dtg bantuan yg diharapkan dari Allah.