Thursday, 23 May 2019

Pelayaran, lautan dan langit 29/3/2019( Pelayaran Islamik 33.0)


Setelah pulang melakukan umrah,adik kesayanganku mengajak aku untuk melancong ke
negara islam.Dia telah menceritakan hasrat hatinya kepada kawannya.Kawannya mencadangkan agar kami menyertai pelayaran islamik kerana ianya melancong sambil beribadah.Setelah mendapat butir mengenainya,adik kesayangan terus menghubungi travel agensi tersebut.Akhirnya bersetuju menyertai pelayaran Islamik 33.0.

 Pada tarikh yang ditetapkan 29 hb Mac 2019,pagi pagi lagi aku serta adik kesayangan bersiap untuk menyertai pelayaran islamik.Kami telah dihantar ke Boustead Cruise Centre ,Port Klang oleh buah hati.Rasa cemas pun ada memandangkan pertama kali menyertainya .Sampai sahaja di sana terus ketempat pendaftaran melapurkan diri serta check in bagasi.



Dari jauh kelihatan cruise yang besar dan gah.Hati mula rasa resah,bermacam yang difikirkan ,macam manalah nanti bila berada didalam cruise.Aku mula terbayang kalau kalau aku mabuk atau pening, memandangkan pelbagai atur cara telah disediakan.



Kesempatan berfoto   ditempat pendaftaran.Kami berkumpul disini.Kedengaran pihak travel agensi memaklumkan bagi perserta yang mengikuti tidak membawa bagasi boleh terus ke tingkat 2'

Penyerahan sejadah,tasbih,kompas dan tag nama ditempat pendaftaran.


Barang yang diberi semasa pendaftaran adalah sejadah,tasbih,kompas serta tag nama.

Kami di arah oleh petugas travel agensi ke tingkat 2.Kami kemudian  melalui imigresen dengan menyediakan passport.Pihak imigresen memberi kad,kemudian kami  melepasi imbasan bag dan terus menuju ke cruise Super Gemini.Dari jauh kelihatan cruise.Berhadapan pintu masuk ke cruise kami menyerahkan passport antarabangsa kepada petugas cruise serta menunjukkan kad untuk di swipe.

Ini suasana ditingkat 2  sementara menunggu untuk ke cruise

Kesempatan berfoto di jetty menuju ke cruise .Membaca doa"Bismillahi majraha wa mursaaha nina ragbi laghofuururahim."Dengan nama Allah yang menjalankan kendaraan ini belayar dan berlabuh sesungguhnya Tuhanmu Maha pemaaf lagi pengasih.


Ini adalah lorong menuju ke kabin kami di deck 10 yang karpet berwarna merah.Setiap deck karpet nya berbeza warna.Alhamdulilah biliknya amat selesa.Segala kemudahan disediakan seperti  berada di hotel dengan bilik air yang kecil tapi kemas dengan adanya shower, tuala serta set mandian.Dari bilik ini dapat melihat lautan yang terbentang luas kerana adanya tingkap.Kelihatan petugas-petugas  dan mengemas bilik terdiri daripada Indonesia ,Philippines dan China.

Bilik yang cukup selesa terbahagi kepada tempat tidur dan tempat rehat.

Ke Mariners  Restoran di deck 09 menikmati makan tengah hari.Sampai dimuka pintu restoran kami perlu mendaftar di kaunter dengan menunjukkan kad bilik serta memaklumkan berapa orang sebilik.Staf cruise akan memaklumkan meja,lokasi meja yang memudahkan dicari.Disini tiada istilah berebut meja.Ianya sungguh sistematik.


Ini adalah kad yang diberikan kepada kami sebelum masuk ke dalam Restoran.Tak perlu risau semua makanan di Restoran ini dijamin halal.

Ini adalah sarapan tengahari  aku, walaupun terdapat pelbagai makanan ada disediakan.Terdapat juga pencuci mulut disini seperti puding caremel,jelly.Semuanya sedap.Kami berdua beradik bergegas ke Stardust lounge deck 10 setelah menikmati makan tengahari.Kedudukan dewan setara dengan bilik kami.Acaranya adalah bacaan doa selamat,taklimat dan sesi suaikenal Asatizah dikenali oleh pihak travel agensi.
Dalam kekalutan ke Status Lounge sempat kami kauter pertanyaan bertanya tentang wi-fi. Bayaran dikenakan RM114 untuk 4 hari.Dan paparan diatas dan ikut arahan itu yang diberitahu oleh petugas disitu.Setelah berbincang dua beradik,akhirnya kami mengambil keputusan tidak membelinya.                                                                                                        


 Acara dimulai dengan memperkenalkan CEO Pelayaran Islamik ini.Kami dua beradik berpandangan antara kami.
Adikku mula berkata"bukan ke dia ni yang tolong ambil gambar kita semasa pendaftaran tadi".
Aku pun menjawab"ala mak malunya,minta CEO yang ambil gambar kita tadi".
Tak tahu beliau adalah CEO memandangkan beliau seorang hamble.Beliau menerangkan juga beberapa peraturan yang patut dipatuhi semasa menyertai pelayaran ini.

Antara Asatizah yang diperkenankan ialah kumpulan Raihan,Ustaz Haslin Bollywood dan ustaz Hafiz.Dimaklumkan oleh CEO Pelayaran Islamik bahawa Ustaz Muzamimll  Hasbullah tidak dapat serta  tetapi akan bertemu beliau di Phuket.


Diakhiri majlis ini dengan doa selamat oleh Ustaz Hafidz.

Setelah selesai majlis sesi suaikenal  Azatizah kami balik ke kabin masing-masing, untuk menunaikan solat zohor dan asar(jamak takdim).Kami bergegas ke deck 7 untuk taklimat Safety Still(mandatory).Semua wajib hadir.Sambil kami melintasi bilik menuju ke deck 7, kelihatan kaki tangan cruise mengetuk pintu bilik setiap bilik kabin berserta pengemuman melalui pembesar suara serta serin dibunyikan.Kaki tangan cruise mencatat kehadiran kami yang tercatit pada kad.Semua diminta beri perhatian pada taklimat yang diberikan .Taklimat ini tertumpu kepada cara  memakai jekat keselamatan.Sesi in tidak memakan masa yang lama.


Setelah taklimat selesai kami berdua mengambil kesempatan bersiar -siar didalam kapal ,setiap deck lain suasananya,ada yang kelihatan pelbagai frame yang tergantung di dinding deck.

Ini adalah tangga yang kami gunakan untuk di deck 13  untuk ke tempat solat berjemaah.

Terdapat juga lift  untuk menyenangkan penghuni di cruise ini.



Pukul 7.23 bersiap ke deck 13 di basketball court menyertai solat maghrib dan Isyak berjemaah(jamak takdim).Sampai sahaja disitu  kelihatan jemaah sudah bersedia dengan sejadah masing masing.Angin bertiup agak kuat meniup akan kain telekong dan sejadah.Sejadah ada yang dipelaster supaya tidak ditiup angin.Kelihatan langit yang cerah kian gelap.Subhanallah dapat melihat akan kebesaran Mu Ya Allah.Bila azan berkumandang ,kami membetulkan saf mengikut arah kiblat berdasarkan kompos.Tiba-tiba terasa sayu bila mendengar azan dilaungkan ditengah-tengah lautan ini.Petugas  disitu memaklumkan pihak cruise menghormati dengan memberhentikan aktiviti dalam tempoh waktu solat.
Bila azan bergema diatas  Basketball Court.Semua aktiviti di Cruise dihentikan bagi menghormati umat islam solat.

 Ini merupakan pengalaman aku yang  pertama yang tak pernah dibayangkan dapat solat  sebegini yang luar biasa.Adik kesayangan ku sempat berbisik kepadaku"Alhamdulilah syukur dapat juga kita solat dalam kapal ditengah lautan"katanya.Aku mengangguk mengiakan.

Kelihatan diwajah jemaah bagitu gembira dan bersyukur dapat melakukan solat walaupun ada ketika diganggu oleh sejadah yang ditiup angin.Kelihatan langit sudah gelap.Selesai solat diadakan juga tazkirah.Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Haslin.



Cara ustaz menyampaikan tazkirah bagitu baik sekali .Intipatinya
    1) Disuruh berbuat baik- serta taat kepada Allah  -
mencegah maksiat.
2) solat.                                                                 
3)bayar zakat.                                                   
Kena saling kenal mengenal,faham memahami serta saling bantu membantu.Sayang Allah SWT kena sayang diri sendiri.Sayang Allah SWT tiada nilainya.

                                            Selesai tazkirah,kami terus ke kabin untuk persediaan qiamullail        yang diadakan pada pukul 4.30 pagi.Kena bangun awal.Ada dikalangan jemaah menikmati  makan malam yang restoran nya dibuka 11.30 hingga 12.30. .Aku terus menukar pakaian tidur,merebahkan diri ket tilam yang empok,berdoa terus lena.....



No comments:

Post a Comment