Berdiriku, melangkahkan demi langkah menuju ke cruise ingin merentasi lautan yang luas ,angin membisikkan bagitu lembut kepadaku.Hati kian berdebar kerana pertama kali menaiki cruise.Doa dipanjangkan"Bismillah majreehaa wa mursaahaa inna robbie laghafuurahim.Dengan nama Allah yang menjalankan kendaraan ini berlayar berlabuh.Tuhanku pemaaf lagi pengasih.
Berdirilah dan ketika kaki melangkah kedalam,aku terpegun melihat akan cantiknya setiap deck didalamnya.Hati kian berbunga keriangan melihat bilik kamar yang cantik.Dapat dilihat dari cermin tingkap akan laut serta sang matahari menyinari kemuka laut.
Berdirilah dan ketika kaki melangkah kedalam,aku terpegun melihat akan cantiknya setiap deck didalamnya.Hati kian berbunga keriangan melihat bilik kamar yang cantik.Dapat dilihat dari cermin tingkap akan laut serta sang matahari menyinari kemuka laut.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim memulakan langkah .
Bicara berdiri,langkah demi langkah mengatur langkah,melihat kebesaran Mu Ya Allah.Di pagi hari aku melihat kelangit kelihatan ditawan sekumpulan awan yang membisikkan akan mahu dituruti air hujan yang akan membasahi cruise serta lautan yang terbentang luas.
Bicara berdiri,aku berdiri melihat potret didalam cruise ini.Apa yang dilihat juadah berada diatas dulang diluar bingkai potret.Mungkin usaha harus ditingkatkan biar sampai diluar kotak kekuasaan diri tetapi keimanan harus berada didalamnya tanpa melepasi bingkai potret nanti hidup kita kecundang.
Dari dalam cruise ditingkap kelihatan hujan sudah turun,Sang matahari masih sentiasa menyinari cahayanya keatas permukaan laut.
Masih Berdiri di sini, sang matahari kian ganas memancarkan hingga bayangan ku hampir tiadaTeringat ku akan nyanyi nasyid dari Raihan sebentar tadi memuji akan kebesaran Mu Ya Allah.Muzik adalah bahasa spirit.Melodinya seperti tiupan angin kegembiraan yang mengetuk pintu perasaan kita,mereka membangunkan kecintaan kepada,Sang Pencipta.
Bicara berdiri,kaki terus melangkah,melihat dibibir pantai tersergam indah bangunan yang hasil ciptaan manusia.Ada bangunan yang tinggi serta bentuk dipelbagaikan.Bagitu jugalah kehidupan kita sebagai insan tidak sama perjalanannya.
Berdirinya aku disini,melihat kebesaran Mu Ya Allah.Mendongak kelangit yang membiru yang tak pernah cukup melukiskan keindahan.Berdoa " Rabbana maa khalaqta haadza baathilan subaanaka faqinaa adzaaban nar.Wahai Tuhan kami,tidak Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka peliharalah kami dari siksa neraka.
Bicara berdiri,menyertai rombongan ziarah ke Masjid Al Madinah Darul Salam.Disambut oleh ahli masjid serta anak -anak yatim.Tangan dihulur berserta selawat didendangkan.Sedih dan sayu bila melihat kanak kanak kecil berjubah hitam dengan senyuman menghulurkan tangan.Dihidang dengan juadah yang enak oleh penduduk tempatan.Alunan muzik serta persembahan oleh Raihan sebagai hiburan.Tak dapat dilupa dapat solat berjemaah disini.Hati kian terhibur berserta sayu , dapat melakukan 2 dalam 1.Melancong serta beribadah.
Berdiri bersama jemaah yang lain diatas deck lakukan solat.Bergema alunan azan di laut yang terbentang luas.Solat maghrib dan subuh disini berjemaah berserta tazkirah oleh Ustaz bertugas.Dikatakan dalam tazkirah pakaian takwa yang paling baik.Tiada iman mengatasi takwa.Kadangkala kedengaran ustaz mengusik jemaah yang bagitu leka melihat matahari kian mengintai kami yang sedang mendengar tazkirah.Kata ustaz "janganlah leka tengok matahari yang nak terbit tu,tengoklah i,i jealous tahu".
Bicara berdiri,gembira kerana satu pengalaman yang indah telah tercipta,gembira bersama CEO Pelayaran Islamik dimalam Gala iaitu majlis malam kesyukuran'Jubah nite.Dihidang dengan hidangan yang lazat tak terkata berserta dengan halua telinga yang sedap didengar oleh RaihanBerserta zikir dan selawat sekali.CEO bertanya,"macam mana dengan hidangan dan persembahan tadi.Adakah kalian puas hati?". ,,,,
Tangan di angkat kelangit.Doa dipanjatkan agar aku bisa berdiri memanjatkan doa.doa musafir selalunya dimakburkan."Ya Allah Engkau Maha Mendengar,Maha Mengetahui,Maha Esa dan Maha Mulia,Engkau Tuhan tempat bergantungnya segala sesuatu,Engkau tinggikan langit dengan kekuasaan Mu dan aku hamparkan bumi dengan kekuasaan Mu,Engkau cipta awan dengan kekuasaan Mu,dan Engkau alirkan lautan dengan kekuasaan Mu.Wahai Zat yang bertasbih kepada Nya,ikan-ikan dilautan serta binatang-binatang buas di lautan pasir.Wahai Dzat yang tidak tersembunyi bagi Nya di tujuh langit dan tujuh bumi,Wahai Dzat yang bertasbih kepadaNya tujuh langit serta apa yang terdapat padanya,tujuh lapis bumi dan apa yang terkandung didalamnya.Wahai Dzat yang tidak mati dan tidak ada yang kekal kecuali wajahnya yang Mahaluhur dan yang kehendaknya diingkari.
#Ketika berada di cruise semasa menyertai pelayaran islamik 33.0
Apa yang diperolehi dari pelayaran ini amat berharga.
ReplyDelete