Awal bangun pagi ini kerana untuk menyertai qiamullail.Dalam kami bersiap-siap telefon berbunyi,pihak cruise mengingatkan kami untuk qiamullail di deck 13 iaitu di basketball court.Angin agak kuat menyebabkan terasa sejuk.
Suasana yang nyaman serta hati yang tenang kami semua menyertai qiamullail.
Solat subuh di di imamkan oleh Ustaz Haslin.
Dipanjatkan doa yang bagitu syahdu disampaikan oleh Ustaz Haslin Diikuti dengan tazkirah subuh oleh Ustaz Hafiz.Disebabkan cuaca kurang memuaskan terpaksa berpindah ke KTV Lounge di deck 12.Ustaz menekankan tentang iman.Nikmat iman dan islam.Tanpa iman hidup menjadi sia sia.Ini merujuk kepada surah Muzammil.
a)Surah Muzammil. 73: 2
قُمِ ٱلَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang
tak dapat tidak untuk berehat),
Tentang persiapan da'i - Awal islam,Nabi Muhammad saw dihina terutama pembesar musyrikin dan dituduh tukang sihir.Nabi Muhammad saw amat sedih dengan tohmahan itu.Turunlah surah ini di mana Allah mengajar tarbiah kepada Nabi Muhammad SAW bangun waktu malam bermunajat.Malam bersujud kepada Allah dan bertasbih.
b) Surah Insan : 76: 26
Qiamullail-mendirikan malam selepas insyak dengan bersujud kepada Allah SWt.
وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَٱسْجُ
دْ لَهُۥ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam
C) Surah Al-Israa ayat 79. Tahajjud. ,,,, c
وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَتَهَجَّ
دْ بِهِۦ نَافِلَ
ةً لَّكَ عَسَىٰٓ أَ
ن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَا
مًا مَّحْمُودًا
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
Surah Al-Istana ayat 80
وَقُل رَّبِّ أَ
دْخِلْنِى مُ
دْخَلَ صِ
دْقٍ وَأَخْرِ
جْنِى مُخْرَجَ صِ
دْقٍ وَٱ
جْعَل لِّى مِ
ن لَّدُ
نكَ سُلْطَٰ
نًا نَّصِيرًا
80. Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",
Kesimpulan dari tazkirah itu adalah:
-mendapat kedudukan terpuji di dunia dan akhirat.
-Allah SWT akan memberikan tempat atau posisi yang benar
-Keluar dari segala masaalah.
-Pertolongan yang besar dari Allah SWT.
Setelah solat subuh dan mendengar tazkirah,kami ke Mariners di deck 9 untuk sarapan pagi.Seperti biasa kad kabin kami di swipe dan kami diberi kad yang menunjukkan nombor meja.Pelbagai juadah ada disediakan,aku hanya memilih mee goreng dan teh sahaja.
Kami dimaklumkan ada senaman di deck 13.Kami pun kesana tapi disebabkan cuaca kurang memuaskan,kami tidak menyertainya hanya bersiar-siar serta mengambil gambar sekejap sahaja di deck 13.
Hujan mulai turun kami mengambil kesempatan bergambar di deck 11
10.00 pagi -Forum bermuzikal(Simfoni Cinta illahi 6)
Kami ke kabin bersiap,-siap.Tepat pada pukul 10 pagi semua berkumpul di Starduck Lounge deck 10 mengikuti forum muzikal gandingan Ustaz Haslin Baharin a.k.a Ustaz Haslin Bollywood,Ustaz Hafiz Quran Hour,Mujiburizal dari Aceh & Kumpulan Nasyid Raihan.Di dewan ini kami bebas memilih tempat duduk.Cara persembahannya agak unit.Kumpulan Raihan memulakan acara membaca al-quran oleh qari dari Acheh.Sungguh lunak bacaannya diikuti dengan nasyid disambut pula dengan ceramah oleh Ustaz Hafidz dan ustaz Haslin berdasarkan surah yang dibaca oleh qari dan nasyid tersebut
1)Setiap apa jua samaada pekerjaan atau amalan kita lakukan perlu diucapkan dengan ucapan"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM"dan disudahi dengan"ALHAMDULLILAH"(bersyukur serta redha dengan rahmat Allah SWT.Sesiapa yang bersyukur akan bertambah nikmat Allah SWT berikan merujuk kepada surah Ibrahim 14: 5& 6
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَ
نجَىٰكُ
م مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَ
بْنَآءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَآءَكُمْ ۚ وَفِى ذَٰلِكُ
م بَلَآ
ءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ
6. Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar a
2)Tentang sikap manusia apabila mendapat nikmat dengan bersyukur.Merasai diri dimuliakan.Quran adalah panduan untuk kita.
a)Surah Fajr 89: 15
فَأَ
مَّا ٱلْإِ
نسَٰنُ إِذَا مَا ٱ
بْتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكْرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكْرَمَنِ
15. Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat, oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
b)Surah Fajr 89: 16
وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَٰنَنِ
16. Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!
Kalau Allah SWT mahu dia menjadi baik,di uji dengan musibah.Kena redha serta sabar.Di uji dengan kekurangan harta benda, sakit,kehilangan orang tersayang atau pun kelaparan.Kena
bersabar.

3)Allah bersama dengan orang yang sabar rujuk surah al-baqarah 2:153
a)Surah Baqarah 2:153.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ ﴿١٥٣﴾
153. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
4)Takwa.
1) Takut kepada Allah SWT.
2)Beramal dengan apa yang diperintahkan
3) Mencukupi apa yang ada.
4)Banyak bersedekah(bekalan untuk hari esok)
Tak sedar masa persembahan itu memakan masa 2 jam.Persembahan yang menarik dan menghiburkan.Setelah selesai kami ke Mariners untuk makan tengah hari.
Ke restoran masih sempat singgah ke duty free cuci mata.,Terdapat bermacam jualan disana.Ada make up,jam berjenama ,handbag serta pelbagai barang berjenama.

Solat zohor dan asar(jamak takdim) di kabin masing masing.Pada jam 2.30 ptg beratur di deck 10 untuk proses sticker untuk ke Phuket.Bagi kami agak senang kerana ianya selari dengan kabin kami.Saya mendapat sticker nombornya 34 manakala adikku nombor 35.Kami beratur keluar mengikut tanda arah menuju ke deck paling bawah dengan menggunakan tangga,manakala yang kurang upaya menggunakan lift.Setiap deck ada krew cruise.Boat telah sedia menunggu.
Suasana penumpang menunggu untuk ke Phuket.Kami menaiki boat mengikut had muatan yang dibenarkan.Istimewanya pelayaran islamik diberi keistimewaan untuk keluar terlebih dahulu dari penumpang lain.Boatnya sungguh selesa.
Suasana didalam boat,keutamaan keselamatan diutamakan.Tiada lebihan penumpang.
Ini adalah jeti yang mengambil dan menghantar penumpang dari cruise ke Phuket.Kelihatan dari daratan star cruise di tengah lautan.
Di Pa tong Beach, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.Aku dan adik aku termasuk tanpa sengaja di dalam kumpulan satu syarikat yang membawa CEO syarikat tersebut.
Didalam van pemandu pelancong menerangkan akan keistimewaan Phuket kepada kami.Persinggahan pertama,pusat barangan seafood seperti kekacang yang pelbagai perasa, jodol yang halal.Terdapat juga ruang yang non-halal.Petugas disitu memastikan kita orang muslim tak tersalah ambil.Kesempatan membeli kekacang memandangkan harganya berpatutan.
Persinggahan ke dua iaitu tempat cenderahati seperti t-shirt,bag,key chain.Pembayaran boleh digunakan ringgit Malaysia atau pun baht duit Thailand.
Sambil menunggu mereka,aku dapati wiring disini tak sistematik, wayar berselirat. Teringat aku cara wiring ini sama macam di Vietnam dan juga di Indonesia.
Sampai sahaja di kawasan berhampiran dengan Masjid Madinah Taklimat disampaikan oleh CEO Pelayaran Islamik.Beramai-ramai berarak menuju ke Masjid Madinah,disambut oleh penduduk kampung dan juga AJK masjid dengan bersalawat.
Berarak menuju ke Masjid Al Madinah Darul Salam.
Dimulai dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Masjid ,diikuti dengan daripada pihak pelayaran islamik.serta penyampai sumbangan dari pihak alumni Pelayaran Islamik.
Hidangan yang disediakan oleh pihak Masjid Madinah Darul Salam merupakan masakan negeri.mereka iaitu masakan Thailand.Ada tom yam,kerabu mangga,gulai kawah dan lain -lain lagi yang enak.
Nasi tambah diletak didalam plastik.
Kelihatan penduduk tempatan bagitu tekun menyediakan makanan menyediakan laksa bagi kami semua dimajlis ini.
Salah satu acara dimana ucapan daripada ustaz Muzammil dimajlis tersebut.Kami semua berkesempatan solat jamak takdim(solat maghrib dan Isyak) di Masjid Madinah ini.
Persembahan dari anak anak yatim serta persembahan dari Kumpulan Raihan.
Acara selesai dengan persembahan daripada kumpulan Raihan.Kelihatan diwajah anak -anak yatim terhibur.Kami beredar meninggalkan Masjid Madinah Darul Salam dengan seribu kenangan.Terbayang wajah penduduk tempatan disitu berserta anak anak yatim ke pintu pagar masjid.Komunikasi agak terbatas tapi sepertii sudah lama kenal.
Dalam perjalanan pulang ke jeti.Pemandu pelancong menunjukkan rumah agam dimiliki oleh seseorang yang terkaya disitu, supermarket yang terbesar,kawasan thunami pernah melanda ditempat itu.Melalui juga satu lorong yang kedai -kedainya seperti berada di bandar Melaka rasanya.
Sebaik tiba di jeti,kami terus berjalan menuju ke boat untuk pulang ke cruise.Kami merupakan penumpang yang terakhir.Sampai sahaja ke cruise kami ke Mariners untuk supper .Mengambil makanan ringan.Pulang ke bilik dengan keletihan tapi penuh kesyukuran.Alhamdulillah sudah selesai program hari dengan jayanya.Subuh besok qiamullail.
Siri berikutnya........