Pagi -pagi lagi kami bersarapan di apartment .Sementara menunggu yang lain bersarapan kami mengambil kesempatan berfoto -foto lagi.Hari ini kami semua akan membeli belah di Queenstown. Aku ,adik kesayanganku serta buah hati mula membeli barang untuk dibawa balik sebagai cenderahati. Beberapa helai t-shirt telah menarik minatku.Aku beli beg kain berlambangkan New Zealand.Dari satu kedai kedai kami masok,boleh dikata mereka ini peramah didalam melayan pelanggan.Rasanya sudah penuh rasanya tangann ni menjimbit barang -barang.Bila kami rasa penat kami mula berfoto.Ada kalanya ada orang berbangsa Inggeris datang menawarkan diri mereka untuk tolong mengambil gambar kami. Didalam perjalanan ke bandar kami sempat melalui pintu gerbang yang dimana tercatit nama-nama perjuang yang gugur srmasa perang.Bagitu gah sekali.
Bergambar di luar apartment dengan adik kesayangan serta cucu sebelum bershopping di Apartment Glebe.Apartmentnya sungguh selesa.
Dalam kesibukkan membeli belah ,kami masih lagi sempat berfoto walau pun hujan renyai-renyai.

Kesempatan diambil berfoto ditepi tasik di Queenstown.Kelihatan bandar yang bersih serta teratur kedai -kedainya menarik

Berkesempatan melalui pintu gerbang di Queestown dimana tercatat nama-nama pejuang yang gugur didalam perang. 8
Kesempatan bergambar ditengah-tengah bandar di Queenstown.
Bergambar di tepi tasik Glenorchy berlatar belakangkan tasik dan gunung ganang diliputi salji ketika senja.

Kesempatan bergambar ditasik yang terdapat bot berlatar belakangkan gunung ganang yang diliputi salji ketika senja didalam kesejukkan.
Lama juga kami membeli belah sementara itu buah hati telah pergi ke pos office mengirim postcard kepada temannya di Malaysia.Pertugas disitu salah seorangnya adalah rakyat Malaysia yang sudah bermustautin disana. Kami balik keapartment memasak untuk makan tengah hari.
Setelah solat zohor kami pun bertolak ke Glenorchy dimana anakku memandu sendiri dengan menyewa kereta disana.Didalam perjalanan ke Glenorchy masih lagi kami melalui jalan yang kiri kanannya terdapat bukit yang dilitup dengan lumut atau pokok yang daunnya hampir luruh dan ada juga daun daunnya telah bertukar warna. Bagitu cantik sekali.Setibanya kami ke Glenorchy aku lihat tasik yang bagitu luas .Rumah disana bagitu cantik sekali,kebanyakkanya rumah papan tapi moden serta menarik iaitu satu penempatan kecil. .
Kami semua mulalah berfoto.Anakku berfoto di jeti.Bagitu indah sekali berlatar belakangkan gunung yang diliputi salji.Adakalanya mereka berfoto ditepi pokok yang bagitu unik bentuknya.Hari semakin gelap,kami pun beredar balik ke Quèenstown terus menuju ke Erick fish and chips.Aku serta adikku tidak menyertai mereka kerana disitu terasa amat sejuk. Aku dan adikku ketandas awam .Tandas disini menggunakkan sistem letronik.Masok tandas serta tekan butang.Diluar tandas akan menunjukkan tandas sedang diguna. Anakku mengajak aku minum hot choklat manakala sempat lagi kami bershopping walaupun cuaca ketika itu bagitu dingin sekali .
Balik kerumah agak malam ,masih lagi memasak untuk makan malam.Setelah selesai makan malam kami semua mengadakan satu kejutan untuk adikku serta anak kawan yang sama menyertai kami iaitu jamuan hari jadi.Adikku bagitu terkejut kerana kami semua menyanyi lagu happy birthday untuknya sambil memotong kek.Kami masok kebilik tidur agak larut malam .Besok kemas nak balik.......
No comments:
Post a Comment