Wednesday, 8 June 2016

NEW ZEALAND.Dari Queestown ke Mount Cook.

Aku dan adik kesayanganku pagi-pagi telah bangun.Setelah solat subuh ,sibuk kedapur menyediakan bekalan ke Mount Cook. Memulakan perjalanan dengan hujan renyai -renyai,kedinginan kian terasa dalam pukul 10 pagi kami memulakan perjalanan. Didalam perjalanan dikiri kanan kelihatan bukit bukau yang tiada pokok kelihatan berlumut.Meneruskan perjalanan ke Mount Cook kami singgah di Lindis Pass melalui Crowmell.

Dikiri kanan semasa perjalanan melalui ladang anggur,kilang wine,ladang biri biri,lembu,rusa. Kelihatan berpagarkan pagar letrik.

Kami singgah seketika di Lake Dunstan untuk melihat keindahan tasik tersebut.Kami sempat juga mencecahkan jari jemari kami merasa kesejukan air tasik tersebut.Sungguh indah sekali ciptaan Sang Pencipta.Mengambil foto satu kemestiaan.

Perjalanan mengambil masa 3 jam.Sampai dikaki Mount Cook lebih kurang pukul 1tengah hari.Kami berhenti disalah satu bangunan yang dikhaskan untuk pelawat.Bangunannya daripada kayu lengkap dengan kelengkapan seperti kerusi,meja,sink serta tandas.Cuaca disitu bagitu sejuk hingga mencecah 3 celcius.Setelah sarapan kami bertolak balik kerana tak tahan kesejukkannya.Kelihatan sedikit demi sedikit salji mulai turun.

Didalam perjalanan balik kami singgah ditepi jalan untuk mengambil gambar berlatar belakangkan Mount Cook.Hujan renyai-renyai berserta angin menambah sejuk cuaca disitu. Mengigil kami dibuatnya walau macammana pun kami puas dapat melihat ciptaanmu YaAllah.

Meneruskan perjalanan kami,sempat singgah di lake Tekapo  Hentiaan yang terdapat kedai cenderahati, mini market serta coffee house .Perut mula keroncong kami ke Coffee house pekena hot choklat.

Sampai di Queestown kami kepasar rayauntuk membeli keperluan .Dipasarraya didapati pada setiap barangan diberikan nombor kod.Kita perlu mencatat no kod pada plastik bag..Disertakan sekali ballpen senang bagi pelanggan menulisnya.Dibuat secara digital.Aku membeli ayam disini halal.

Sampai di apartment kami memasak untuk makan malam walaupun agak lewat.Ada yang menyediakkan air,aku pula memasak ayam goreng ,sayur serta sardin masak merah.Setelah sarapan kami menonton tv hingga larut malam. Besok ke lake wanaka.Mimpi indah malamini.....



No comments:

Post a Comment